Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Perempuan bersalin vs ibu bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Hari ni memang hari baru buatku….

Tak pernah ku menyukai cell culture sebegini rupa….

Sampai baca 10 buku pasal cell dengan biotechnology….

Hihihihi…

Pasni aku leh jadi expert hybridoma cell….

Ngeh, ngeh ngeh……

Dah lame tak bukak isu semasa…

Dan cerita hari ini tentang perempuan bersalin dan ibu bersalin….

Apa bezanya ea???

Perempuan yang bersalin adalah perempuan biasa yang tiada sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki bersalin (dengan kata lain mengandung anak luar nikah)….

Dan ibu mengandung ialah seorang Ibu yang mendapat anak hasil daripada hubungan halal beliau dengan seorang lelaki yang bernama suami….. (aku punya tafsiran kalau dalam kamus korang cari for sure tak jumpa)….

Kenapa aku bukak cerita ni…

Sebab baru je aku baca paper petang tadi lepas berhempas pulas di library tentang mayat baby perempuan yang ditinggalkan dekat surau di Melaka….

Ada gambar dia dekat utusan online menyebabkan aku sebak….

Comel r baby tu…

Walaupun dah jadi mayat tapi tenang je baby tu….

Tapi sedih kan manusia nie….

Bila dipikir-pikirkan senangnye dorang lahirkan anak lepas tu buang macam tu aja….

Dan satu lagi perkara aku tak paham kenapa perlu dibuang budak itu di surau….

So disgusting lah perangai korang….

Kenapa tak korang tu pergi kat surau bertaubat, kenapa perlu commit another sin???

Kesian baby tue….

Cerita pasal perempuan bersalin…

Pernahkah anda terpikir kenapa senang sangat perempuan-perempuan ni menyembunyikan kandungan dan seterusnya melahirkan anak dengan mudah dekat tandas-tandas awam…..

Sedangkan cuba korang Tanya mak korang, senang tak lahirkan korang….

Jawapan dia memang susah…

Terutama part bersalin tu…..

Menahan sakit berjam-jam….

Kes aku lahir, lak mak aku tak tahan tapi doctor yang cipan tu boleh kata nanti-nanti…

Kepala lutut dia….

Akhirnya, Aku dilahirkan di bilik menunggu di Hospital Besar Melaka…

Jawapan yang simple untuk kenapa perempuan sangat mudah menyembunyikan kandungan dia (kira macam tak ada tanda muntah-muntah,kaki bengkak, mengidam dan etc.aku tak tahu sangat sebab aku anak last plus adik beradik aku semua belum kahwin lagi) dan mudah sangat bersalin…..

Sebabnya setiap kesakitan yang ditanggung ibu ketika bersalin akan dihapuskan setiap dosanya dan jika seorang ibu meninggal ketika melahirkan anak akan dikira syahid….

Kira macam berjuang lah…

So bagi perempuan bersalin lak….

Aaah, Lu Pikir lah sendiri…..

Jadi kepada kawan-kawan janganlah kyusuk bercinta sehingga terlanjur….

Dosa berzina tue bukan dosa kecik dan boleh buat main-main….

Jangan kata dah tua nanti baru nak bertaubat….

Kalau anda tak sempat tua macam mana??

Teringat kisah masa gempa bumi kat Indonesia yang lepas tsunami tu….

Dalam runtuhan bangunan ada mayat lelaki dan perempuan sedang mengadakan hubungan seks…..

Aibnya mati macam tue….

Ni just reminder to me and to all lah….

Kepada yang dah terlanjur, tolonglah jangan lakukan dosa besar yang lain iaitu bunuh anak korang….

Kalau taknak hantar ke rumah anak-anak yatim ke…

Jangan biarkan mereka….

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang mencarinya….

Oklah….

Ja Na….

baby and him....

both are really cute...

Conteng-conteng

~rasa macam nak bunuh je orang yang buang baby tu dah r kat Melaka lak tue~

~minggu yang senget tapi tetap berjaya dapat mengikuti pekembangan semasa~

~pertama kali ‘update’ blog dalam tempoh kurang 24jam setelah sekian lama~

*close your eyes and you know that He always be with you no matter what*

Ana_anasha


Saturday, October 24, 2009

busy n hectic weeks.........

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
agak berminggu-minggu tak update blog ini....
ini disebabkan kesibukan yang amat memeningkan...
ada Chest Sweat and Sweet Weekend lepas tu sibuk dengan Symbion pula....
aduis...
hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnye aku....
ni masih ada side effect die di badan ku ni.....

Mari Bercerita Tentang Sweat and Sweet Weekend
tarikh : 10/10/2009 (Chem-Race) dan 11/10/2009 (Annual Dinner CHEST)
tempat: UMP dan Bukit Gambang Resort City

untuk Sweat and Sweet Weekend ni aku memegang jawatan sebagai bendahari tersengal sekali....
pening wei...
masa ChemRace aku telah tidak menghadirkan diri disebabkan aku melarikan diri ke kelas Unit Operation....
hohohohoho...
malam tu gak aku ter'stuck' dalam jem...
dan datang meeting lewat gila....
brifieng untuk esoknya masa meeting....
perbalahan berlaku.........
apakah,mengapakah.........
esoknye sebelum bertolak, aku yang baik hati ni cuba siapkan kerja bioreactor yang ala-ala sengal tu....
aduis....
sampai-sampai aja tak ada orang tapi driver bas dah tunggu....
mati daku kena marah dengan en driver...
tertekan sungguh.....
kemudiannya angkat barang-barangan dan bergerak ke BGRC....
aku pergi menolong encik MC dan juga Syikin yang tengah busy dengan jemputannya tempat duduk.....
lepas tu tolong melayan VIP pula....
tapi pertama kali makan dihidangkan....
best,best...
banyak lagi peristiwa berlaku....
tapi benda dah lalu biarlah berlalu.....
balik, aku siapkan bioreactor...
macam orang gila siapkan dia....
minum nescafe bertahan sampai 4 pagi...
argh..........
esoknnya memang mengantuk, nasib baik tak ada Unit Op...
tapi semua orang bertanyakan daku pasal Bioreactor...
apakah???
aku yang kesuntukan masa boleh siapkan tapi kebanyakkan orang tak boleh siapkan....
i'm very disappointed ....
macam tue juga kisahnya dengan assignment polymath.....
penatnya badan......


bergambar dengan Dr J....

dengan syikin AJK Jemputan kami....


tak sampai seminggu lepas tu aku busy dengan Symbion '09 yang telah ditangguh itu...
tarikh:18/10/2009 dan 19/10/2009
tempat : UMP dan Teluk Cempedak (team building)
pemegang jawatan AJK Cenderahati....
last minit idea untuk frame tue....
last minit baru nak siap packing semua cenderahati....
tension wei....
lepas tue bergabung dengan hal-hal akademik lagi....
Oma.....
sepanjang aku mengendalikan Symbion 09 ada peristiwa menjengkilkan berlaku....
seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa orang yang tak ada 'manners' macam perempuan itu....
hello, aku dah tolong belikan satu botol air mineral untuk anda guna duit aku dan aku dah hulurkan botol air mineral tu dengan baik, kau boleh rampas dari tangan aku.....
wei, aku tak paham lah wei...
apa salah aku kat kau aaah...
aku yang menyebabkan kau tercedera ker???
setahu aku kau yang hampir membuatkan aku lelah sebab aku terpaksa berlari dari check point awal ke check point 4 tue....
dan tak pernah aku berjumpa dengan orang yang tercedera lepas tu menyalahkan orang lain...
wei, salah anda,anda careless....
please lah wei....
macam diri anda tue perfect sangat....
aku tahulah UMP nie tak segah ***, tapi kalau tak berminat why sign in for the 1st place....
ooooh....
tidak ter'emo'....
selain part tue overall aku agak puas hati dengan Symbion nie sebab committe die best2.....

selepas melayan budak annoying di TC.....

sesi bertukar hadiah.....comei tak hadiah dari daku untuk Aida....

kami power rangers merah...bakal pengarah Symbion 2010, adikku nipan...

coretan terakhir
*aku benci pada meeting kerana aku tak pernah jumpa meeting yang punctual, sangat wasting other people time*
*ingatan buat semua; dalam keadaan pressure dan stress sekalipun jangan emo sebab kalau anda emo, orang lain tambah stress dan ia akan berterusan tanpa henti....cool and calm k....learn how to deal with stress*
*aku sakit badan lagi sekarang ni...ottoke....siapa ada ubat*
*post mortem S&S W malam lepas Symbion, honestly waktu dapat sms tue rasa macam nak pengsan aje.....Thanx tika for understanding my exhaustingness....*
*for Symbion, aku non-stop working sebab aku terlalu flexible*
*tambah lagi sikit;
credit to:-
- commitee CHEST S&S weekend atas kerjasama dan berakhirnya sebuah function
-Dzul ketua bahagian cenderahati yang tabah, Nawwar yang bekerja dengan aku bersama aku, mazia yang tolong aku dikala orang lain telah 'lesap', Mah pengarah program yang tabah dan tak marah aku atas kesilapan yang berlaku semasa on the way ke TC (gommeneh) dan semua commitee lain, malas nak taip panjang-panjang penat....
- Nad aka Carrot dan Sya aka Hae yang sudi memberikan semangat kepada ku....mekasih....sayang kamu berdua....

Ja Na

~Janji Allah kepada kita Hambanya;~
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
"SURAH AL-INSHIRAH : AYAT 5"

Sunday, August 16, 2009

luahan hati

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
mungkin ada di antara pembaca blog ni pelik dengan topik di atas ni....
luahan hati???
apakah???
sebenarnya sejak kebelakangan ni aku terpikir, adakah aku patut berubah dari jadi budak yang baik kepada budak yang kurang baik.....
maksud aku mengurangkan rasa nak tolong orang,nak jaga hati orang sebaliknya tolong diri sendiri dan jaga hati sendiri dulu baru lah terpikir nak jaga hati orang lain.....
erm....
perkara ni macam berpusing-pusing kat kepala otak.....
sampai jadi bengung...
sebab apa??
sebabnya bila aku baik dengan orang tapi orang tu balas dengan cara yang tak betul....
aku cuba jadi baik, orang memijak aku dengan sesuka hati beliau je....
honestly kadang-kadang aku penatlah jadi macam ni.....
tapi tatkala aku renung kembali....
memang banyak kali aku bersusah payah demi orang.....
hati aku sakit demi nak jaga hati orang....
tapi bayarannya Yang DiAtas yang membalasnya.....
Dia memudahkan segala macam perkara yang berlaku kat aku di bumi ni.....
segala urusan dipermudahkan......
bila aku fikir-fikir balik, kita buat baik kepada manusia tapi manusia tak menghargainya.....
sebaliknya Yang Maha Esa tu menghargai apa yang kita buat....
kesimpulannya:-

~biarlah seribu kaki memijak diriku ini,aku tetap akan tersenyum kerana aku tahu Yang Satu itu tetap ada membantuku bangkit semula~
ana_anasha

Ja Na....

*biarlah hari-hari depression ni berakhir dengan tenang, aku dah mula masuk "milk club" khas untuk orang tengah down...hihihihi*

Wednesday, March 11, 2009

love is cinta....hihihihihi

assalamualaikum dan salam sejahtera....
lama rasanya tak bercerita tentang cinta...
ada apa pada cinta....
jawapannya aku sendiri tak tahu...
walaupun aku pernah rasa ingin bercinta tapi aku rasa selesa mengelak dari terjebak dari alam percintaan...
kepada si dia yang aku pernah confess...
tahukah kamu aku confess hanya untuk melegakan perasaan aku sahaja dan bukan ingin ber'couple' dengan kamu....
tapi perkara itu dah lama berlalu...
aku sudah tak punya perasaan tu lagi....
harap kamu faham....
apa benda aku teremo lak nie...
okaylah taknak emo2 ni nanti korang lak tertekan...
jom enjoy quote dan poster yang dihadiahkan oleh roomate tersayang....


aku juga berharap begitu....


hurm no comment....


jom sahabatku berdoa untuk dapat suami soleh....

lagi satu benda yang dihantar roomateku padaku hari ni...
jomlah baca dan renungkan....

Anda Ingin Bercinta?
Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Mengapa bercinta? Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.. Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan?
Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata.
Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan.
Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin.
Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa.
Hilang hala tuju hidupnya.
Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?

* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?

* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga.
Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya.
Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka.
'Pijak semut tidak mati'.
Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif.
Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda.
Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi.
Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa.
Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'.
Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa.
Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah.
Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima.
Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.


3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya?
Mancung hidung, kumisnya tebal?
Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama.
Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ?
Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?

* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?

* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat.
Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina.
Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan.
Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.


4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur?
Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda?
apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang.
Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya.
Dan ia akan berusaha untuk mencapainya.
Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU.
Eloklah lupakan sahaja.
Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda?
Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur.
Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya.
Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak.
Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.


5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?

* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta?
Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan?
Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan.
Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli.
Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..


6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah.
Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda.
Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?).
Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi.
Semaklah semula adatnya bagaimana Rasulullah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak.
Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain?
Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang.
Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
fikir2kan wahai insan yang sedang bercinta.....

Ja Na...
credit to:-


my roomate for the pictures and the story...

quote from me:-
~sayangilah Dia lebih dari segala2nya kerana cinta dari Dia adalah yang kekal....
sayangilah diri kita lebih dari menyayangi orang lain nescaya diri kita akan terpelihara
sayangilah keluarga lebih dari orang luar kerana mereka tempat kita bergantung di hari susah
sayangilah sahabat lebih dari kekasih kerana merekalah tempat kita mengadu di kala susah
sayangilah kekasih dengan berpada-pada kerana tidak pasti mereka adalah jodoh kita~
ana_anasha