Wednesday, February 18, 2009

tag oleh abg jamil....

tagged lagi...gila taglah budak UMP nie....
nie ditag oleh abang Jamil lak.....
USING ONLY ONE WORD! It's not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It's really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you

received it from!

******************************************************************
1. Where is your cell phone?
here
2. Your significant other?
smile
3. Your hair?
short
4. Your favourite thing?
laptop
5. Your dream last night?
forget
6. Your favourite drink?
isotonik
7. Your dream/goal?
syurga
8. What room you are in?
small
9. Your hobby?
surf-ing
10. Your fear?
Allah
11. Where do you want to be in 6 years?
Korea
12. Where were you last night?
WDKU2
13. Muffins?
anything
14. Wish list item?
banglow
15. Where you grew up?
jasin
16. Last thing you did?
bathing
17. What are you wearing?
shirt
18. Your TV?
samsung
19. Your pets?
Cats
20. Friends?
many
21. Your life?
busy
22. Your mood?
gloomy
23. Missing someone?
yup...
24. Car?
BMW
25. Something you're not wearing?
earring
26. Your favourite store?
fresco (ada kat Jasin,Muar dan Tampin)
27. Your favourite color?
green
28. When is the last time you laughed?
yesterday
29. Last time you cried?
months
30. Who will resend this?
anyone
31. One place that I go to over and over?
class
32. One person who emails me regularly?
friendster
33. Favourite place to eat?
cafe
34. Why you participated in this survey?
tagging
35. What are you doing tonight?
studying
thanks a zillion sebab sudi mengetag...
nak tagged juniorku...
fatiehah dan juga fadzrulhisyam
have fun bro n sis....

ditag oleh nurul

assalamualaikum....
sengal minah nie die g tag aku......
caranya
begini ;1. Tangkap @ sertakan 3 gambar anda yang anda rasakan paling seksi
2.
Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan.Mungkin anda rasa senyuman anda
masa itu seksi. Sertakan!!
3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi bagi
anda.
4. Tag 5 rakan-rakan anda yang seksi.
5. Selamat
berseksi.



sebab bergambar dengan dekan dan penasihat MPP...


seksi sebab diapit oleh jejaka2 yg kurang hensem


sebab rasa macam dah jadi chemical engineer je....

tak mau tag orang..hahahaha


debat piala NC bahagian 2

kemudiannya kami dikehendaki ke astaka pada malamnya...
sebab nak amibil sijil dan tengok pusingan akhir...
berharap sangat NC datang tapi malangnya...
malam tu janji dengan Dany pergi bersama-sama...
so tengok debat BI yang dah separuh jalan...
bagiku kurang menariklah...
banyak sangat tengok teks...
tak nampak kedebatan nye...
dudk dengan Dany dan depan kami ialah fadzrulhisyam
debator UMP-IEM...
then datang dekan HEPA...
kemudiannya bermula pusingan akhir...
Umum 2 vs Kelab Kebudayaan dan Kesenian...
abang khairul menjadi YDP dewan...
best2...
mungkin nampak sikit juniorku suria agak gagap lah...
tapi good job....
agak sengit...
after debat ada persembahan dan daku mengambil sijil...
kesian fadzrulhisyam pasal dia sorang je wakil IEM...
gila trofi lah tue...
hihihihi...
dan kemenangan berpihak pada kelab kebudayaan dan keseniaan...
tahniah!!!!
sempat berfotografi sebelum pulang...
tahniah pada penganjur iaitu kelab Orator....

tue je nak post...nie gambar sekitar debat...



wakil CHEST,dari kiri Dany,aku dan Haidar

bila PM perempuan pertama berbicara

apa yang dipikirkan si Dany tue,yo yo oo jek si Haidar nie dengar

bila MPPUMP vs CHESt

kepenatan yang terselah selepas suku akhir (aku dan yan)


Suria aka Juniorku sedang berdebat-pusingan akhir

depan tengah pandang kamera Suffi belakang dia yan,baru habis dengar debat



after semuanya berakhir: dari kiri runners debat NC,aku,abg khairul dan Dany

oklah tue aje... Ja Ne...

credit to

: Danial and Haidar for being such a great teammates
: Abg Khairul Afizan, Abg MC manifesto MPP KK2 (sorry once again
because didnt know your name) and abg Afifi for being such a great mentor
: MTs CHEST and Ashriq Muzammil for supporting us
: CHEST opponets ( UMP-IEM,MPP,Swing,PETAKOM) for being such great
opponent
: runners and commitee of piala naib canselor for such great event
: to all supporter that i didnt mention.thanks guys...

~cuba benda baru dalam hidup kita supaya kita dapat melihat dunia dari pelbagai perspektif~
ana_anasha


debat piala NC '09

assalamualaikum dan salam sejahtera...
sambung kisah di bawah....

pukul 630 pagi dah bangun dan bersiap2...
open laptop dan skype...
cari additional idea untuk berdebat nie...
then dany skype ku...
die partner bersama dengan haidar sekali...
tepat pukul 8 izyannisa' merangkap setiausaha MPP mesej...
dia ajak pergi debat bersama-sama...
so ikutlah die...
debat ni di blok W....
so tunggu lah aku si haidar sebab aku tak kenal sangat si dany ni...
maklumlah junior aku..
mana aku nak kenal kan....
aku dah lah lupa nak minta phone number si haidar pada ash...
memang macam sengal juga..
semakin jam berjalan semakin ramai orang dah mendaftar...
CHEST je belum ni...
aku masih lepak dengan yan,Suffi (YDP MPPUMP) dan Aimi (NYDP MPPUMP)...
mereka wakil MPP...
wah takutnya...
bila mereka pun nak pergi aku terperasan sorang mamat ni duduk je kat bangku tu...
then dia panggil aku...
oooo...
dia nie dany rupanya...
then disebabkan dah lewat terus lah mendaftar tapi dalam hati memang bengang sal lambatnya Haidar ni...
so..
aku dengan dany bicang apa-apa yang patut dulu...
dalam 840 baru si Haidar sampai...
sambung perbincangan...
mengundi dapat pembangkang dan kerajaan UMP-IEM...
tajuk perbahasan pertama ialah IPTA dapat membentuk integriti pelajar...
huhuhu susah tu...
tapi untuk pusingan pertama memang kelakar sebab peraturan tak tahu...
so masing2 main redah je....
daripada wakil CHEST dan UMP-IEM....
tapi akhirnya hakim memberi serba sedikit format dan dany nampaknya berjaya menjadi debator terbaik...
tahniah dany...
second round...
alamak lawan MPP semua kawan2ku...
CHEST jadi kerajaan dan MPP jadi pembangkang untuk tajuk Isu Dunia tidak serius Israel-Palestin....
berat isu nie....
dan sangat seronok pula...
dah lah ramai penyokong CHEST yang terdiri daripada MT CHEST sendiri....
tapi kesilapan paling nyata ialah aku terpanggil Afif awak....
aiyoyai...
tapi keputusan tak berpihak pada kami sebab stuktur...
aku dengan rasa bersalahnya merasakan aku punca kekalahan...
sorry guys....
3rd round bermula petang tu...
datang ke blok W dengan naik kereta YDPMPP tu...
round 3 pula tajuk dia Budaya Sopan Santun Semakin dilupakan...
jadi pembangkang lawan Swing...
abang khairul Afizan merangkap mantan Presiden CHEST jumpa kami...
dan beri sedikit tips....
Swing ni budak2 orator yang menambahkan kuota untuk berlawan debat ni...
agak blur sebab tajuk dia agak susah lah...
dengan muka blurnya aku tak sangka kami akan menang dengan margin 0.5 saja...
hahahahaha...
then abang yang jadi hakim tu pun memberitahu kami apa yang perlu kami betulkan secara individu...
kemudian abang khairul afizan pula panggil...
gembira dia kot sebab kami menang..
memang sayang betul dia kat CHEST eik...
tapi tak dapat nak cakap banyak pasal hari dah hujan...
aku lak janji nak tumpang Suffi so tak boleh r nak tunggu lama2...
then malamnya Haidar skype masa tengah dinner dengan roommate dalam bilik...
katanya abang Khairul nak jumpa...
adui ai penat tue...
aku suruh Haidar gerak dulu..
dah la malam2 gelap tak berteman...
tak ada nombor dany pulak nak mintak dia ikut sekali..
so tawakal aja...
sampai sana abang khairul suruh kami berbincang...
cari idea dulu...
dah penat perah idea ni...
kami diajak masuk untuk tengok 'mock debat'...
memang best r mereka2 yang berpengalaman berdebat...
kagum rasanya...
tahu tahap kita takat mana kan...
after that abang khairul ajak keluar dari bilik then berdiskusi bersama...
dengan bro firdaus aka Swing...
dapat banyak idea...
balik dengan dany kurang sikit perasaan takut...
ada orang temankan...
then balik terus surf internet pasal PPSMI..
target bakal jadi pembangkang untuk saringan keempat..
tapi kejutan bermula bila dia cakap tak ada saringan keempat tapi terus ke suku akhir...
tapi bila tengok ranking debator:
Dany-12
Aku-14
Haidar-15
dekat2 jek ranking kitaorang...
barulah bersatu...
nampak sangat tahap kitaorang hampir sama aja dalam debat...

quarter final
tajuk: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matemati perlu dikekalkan
kena baling syiling..
namun nasib tak menyebelahi kami kitaorang tak dapat pembangkang sebaliknya kami dapat kerajaan...
ayoi yai dah lah selalu kalah kalau jadi kerajaan...
dengan pantas abang khairul bincang dengan kami kasi idea-idea bernas...
thanx alot abg khairul dan abg yang jd MC masa manifesto KK2 (sorry tak tahu nama)...
tapi disebabkan permulaan stuktur yang tak bagus oleh aku tapi penggulungan aku okay...
aku suka...
kami tak dapat ke separuh akhir..
tapi bersyukur juga lah...
tak payah pening2 nak cari maklumat baru...
balik boleh terus tidur tanpa fikir nak berdebat...

to be continued...

minggu2 yang memenatkan

assalamualaikum dan salam sejahtera...
setelah bersusah-payah selama seminggu yang kepenatan...
apa yang membuatkan blog ni tak diupdate kepenatan ni berlaku...
ni gara-gara seorang kawan yang sangat memeningkan kepala...
sepanjang minggu nie aku sangat2lah sibuk dengan kerja2 berbangkit seperti assignment mass dan heat transfer ditambah pula dengan lab microb aku dan test prob n stat pada selasanya...
kepenatan memang terjelas di raut wajahku...
hihihihihi
kisah ni bermula pada pukul 9.00 malam...

aku merileks kan diri sambil menonton cerita Gokusen kat laptop...
dan habis satu episod aku pun terus bekerja keras siapkan mass...
nasib baik berjaya siapkan...
then berniat nak stay-up malam tue cuz nk siapkan 2 lagi tugasan nie...
tapi take 5 dulu...
siap buat air nescafe lagi
sambung tengok Gokusen...
tiba2 datang satu skype yang menyuruh aku wakil CHEST untuk debat piala NC...
terkejut + bengang gak masa tue..
tapi setuju jelah...
sebab kawan2 punya pasal kan...
lagipun takkan aku nak memalukan CHEST kot..
dan penjelasan panjang lebar daripada presiden CHEST iaitu Irwan Syah melembutkan sikit hati nak pergi berdebat..
tapi niat biar kalah awal....
teruk betul....
lepas tue tidur tapi tak berapa lena lah dah meneguk nescafe nye pasal....
adui ai...
tapi teruskan tidur walaupun macam tidur2 ayam...

to be continued in next post...

Saturday, February 7, 2009

kena tag..

assalamualaikum dan salam sejahtera


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag
yang mengetagku ialah nurul junior ku aka kwn idah kat mrsm dulu.tp sowi lama dah xreply pon tag nurul.

fakta /hobby ak

1. aku memang minat giler sama itu Harry Potter series.baru je habis baca buku finale.

harry potter and deathly hollow

2. aku juga minat betul ambil gambar candid.ni antara koleksi-koleksi gambar yang diambil (sori kepada korang yang gambarnya telah diambil secara candid )


kelas prob n stat masa take 5



kelas industrial biotech b4 lecturer masuk


kafe masa tengah sibuk pukul 12tgh hari


gambar apakah ini????
3. aku jenis yang suka buat timing r.contoh: pukul 11 aku kena bangun buat kerja,esok aku kena basuh baju dan etc

4. aku jenis yang segan dengan orang tapi biasanya orang yang tegur dulu dan bila dah tegur menegur jadi rapat

5. sebenarnya dekat sekolah dulu saya bukanlah jenis yang aktif kira jadi nerdies je tapi sekarang dah rajin involve dengan aktiviti di UMP

6. pencapaian paling membanggakan untuk diri sendiri ialah boleh lak aku bertanding untuk MPP pulak.memang agak bangga lah cuz benda tu tak pernah terbayang

7.perangai aku yang agak baik ni menyebabkan aku senang dipergunakan oleh orang-orang tertentu.biarlah apa dia nak buat hanya Tuhan je yang dapat balas.

8. sangat menyayangi laptop ku dan laptop adalah menda paling penting kat U nie yang ke-2 hset tapi bila kat rumah 2,2 benda ni jarang nak pegang.kenapa ye

9. aku amat miss zaman persekolahan terutama form 5 rindu bangat sama mereka-mereka yang ex-5Alfa dan cikgu-cikgu

10.aku jenis perempuan yang tak reti nak bersolek dan melawa.belum sampai seru lagi

nak tag saper2 jelah.satu lagi fakta tentang aku.memang tak suka menyusahkan orang.kalau nak menyusahkan diri anda dipersilakn balas tag di atas.

~i want to discover myself before others discover from me~
ana_anasha

isu semasa???

assalamualaikum dan selamat sejahtera....

sebenarnye malas nak bukak isu sensitif macam ni tapi rasa macam bengang jek dengan politician malaysia ni. macam siot je perangat sorang-sorang.sebagai warganegara yang masih belum mengundi saya personally rasa annoying dengan mereka-mereka ni.tak kira lah dari BN atau pembangkang. kenapa melayu mudah lupa??sibuk nak harta dan pangkat sampai lupa nak bela rakyat sendiri.lupakah mereka yang ramai dah berkorban masa dan tenaga yang menyebabkan korang wahai YB-YB sekalian menang.aik Lu pikir r Sendiri.

Demonstrasi Jalanan???
what the hell.daripada kamu-kamu sibuk buat demonstarsi jalanan halang raja muda nak pergi masjid baik korang-korang buat demonstrasi jalanan kat Palestin ada manfaatnya.kalau tak puas hati kan banyak saluran lain yang betul untuk suarakan ketidakpuasan hati.contohnya piket.negara kita ada undang-undang beb jangan ikut suka hati korang je bertindak.menyusahkan banyak orang.tengah korang sibuk buat demonstrasi jalanan tahukah korang orang-orang di luar sana tergelak tengok korang.nak ke korang tengok peristiwa Portugis menakluk Melaka berulang.nama aja belajar subjek sejarah tapi tak reti-reti.

politician malaysia
tak payah susah-susah hati negeri tu dapat kat orang parti lain ke tak.yang penting jaga kebajikan orang bawah anda dulu barulah nak fikir pasal benda lain.ni tak karang sibuk-sibuk nak saman lah nak demonstrasi lah nak kutuk-mengutuk antara satu sama lain,hasilnya rakyat terseksa.lepas tu siapa yang nak disalahkan kalau bukan korang.anda diamanahkan menjaga kebajikan mereka bukan kebajikan sendiri.takut hilang jawatan dan sebagainya.huhuhuhu.kenapa tak ada politician malaysia yang betul-betul mementingkan rakyat berbanding parti....

oklah mungkin ada orang di luar sana akan melenting dengan apa yang aku tulis.tapi ni pendapat aku sebagai mahasiswa yang kecewa dengan mereka yang bergelar politician.hope the new generation akan ubah.kalaulah Tunku Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lock,Tun Sambathan masih hidup tentu mereka kecewa.penat nak buktikan pada pihak British yang kita boleh hidup sendiri tapi hasilnya.korang judge lah sendiri.

itu saja nak tulis.apa-apa pun ini pandangan aku dan tak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.Ja Ne..

~pemimpin yang baik tahu bila dia perlu memimpin dan bila dia perlu dipimpin~
ana_anasha