Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

akhirnye.....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
bergembira hati ini tatkala sudah mendapat laptop baru....
berbekalkan duit yang dibagi oleh ayah sebanyak RM1500 dan ditambah dengan duit sendiri sedikit, berjaya aku mendapatkan sebuah laptop baru....
Compaq Presario CQ40....
setakat nie berpuas hati....
dan telah menamakan beliau dengan nama comppy....
sengal kan aku....
aku suke sebab waranti die 3tahun dan dapat banyak gak gift tadi....
apa-apahal pun...
aku berharap aku bahagia bersama commpy seperti mana aku bahagia bersama lappy....
apa-apahal pun jasa lappy tetap dikenang....
yuhu....
lastly, thanx to jijah,zuu n sya yang sudi menemaniku membeli comppy....
jasamu dikenang....
tak lupa gak buat Iz yang menyewakan kereta dia....
maceh....
love you guys....
Ja Na...

*sekadar untuk berbicara
~dah lepas dah PRK UMP nie, apa yang aku boleh simpulkan adalah;
politik boleh diumpamakan seperti assignment, assignment adalah satu benda yang baik tapi kalau kita asyik tangguh je, die akan jadi bebanan pada kita dan akan menyusahkan kita....
politik adalah satu yang baik tapi kalau kita layan dia buruk mesti akan jadi buruk, ye tak.....
oklah apa-apa pun tahniah pada yang menang, semoga anda kuat memperjuangkan hak student dan yang kalah it's okay, banyak lagi peluang menanti anda....
all together..
Hwaiting

conteng-conteng
~even though my heart is ache, i try to smile again...~
~like someone who make people smile~
~like someone who has no pain~
~i queitly cry behind you today~
*kang daesung; trying to smile

Sunday, January 24, 2010

hanya sekadar berbicara

assalamualaikum dan salam sejahtera...
akhirnya tiba musim durian....
alamak silap lak....
tibanya musim pilihan raya umum kampus.....
dah lebih setahun dah selepas aku terjebak dalam PRK kat UMP nie....
banyak kenangan juga....
walaupun tak menang tapi ada bestnye....
dan tahun ini....
walaupun aku tak bertanding....
tapi aku membantu si mamat ini:-
nama diberi, Mohd Fadzrul Hisyam...
aaah....
korang baca sendiri lah poster kat bawah nie....

Undillah beliau sekiranya anda rasa beliau layak....
nak tahu beliau layak or tidak, datang ke manifesto beliau....
sebab bagi aku dia memang layak berdasarkan pengenalan aku dengan dia hampir setahun ini....
janganlah tutup mata main undi je...
nanti kalau orang yang dipilih bermasalah takkan korang nak salahkan diorang...
sebaliknya salahkan diri korang....
for more information go to
http://www.bicarasipemikir.blogspot.com/
Ja

*cis dah 3 hari tanpa lappy, otak jadi jem stawberry dah nie
*kerja PCI tidak berjaya dibuat lagi....
*kepala kusut, hampir terputus tanpamu lappy....
*erm...harapanku moga lappy kembali kepada aku.....
*macam lagu heartbeat lak aku dengan lappy cuma lappy aku tahu lappy akan kembali
*masih tak mendengar khabar berita dari orang kedai yang membetulkan lappy ku.....

~dont be so childish because someday all people will know what you up to, dont think that you're save forever for your childish play~
ana_anasha

Tuesday, November 10, 2009

Berkelah di studi week.....

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
satu paper dah berakhir....
sekarang fokus pada paper lain pula
nak bercerita tentang perkelahan budak-budak c7204....
ni kira farewell party untuk syahidah nafisa lah....
huhuhuhuhu
kejadian berlaku pada 8/11/2009....
perbincangan untuk trip ni dibuat pada rabu sebelumnya

trip kami....

645am: bangun pagi, solat subuh, mandi, packing
815am: aku pergi ATM dan call Iz nak kunci kereta
830am: tunggu Yana dan cari kereta
845am: bertolak
850am: Petronas Gambang;
aktiviti: isi minyak, beli makanan ringan untuk berkelah
940am: sampai ke Teluk Cempedak
aktiviti: cari port, beli nasi lemak, set-up tempat makan, sarapan, ambil gambar puas- puas, main air,salin pakaian, beli aiskrim dekat McD
12.00pm: Bertolak ke Megamall
aktiviti: window shopping, bowling,solat zuhur,makan tengah hari
2.30pm: Bertolak ke Kuantan Parade
aktiviti: window shopping sambil cari handset yana
3.30pm: Bertolak ke Terminal Makmur
aktiviti: beli tiket pulang ke kampung
4.00pm: bertolak ke Giant
aktiviti: beli belah, makan ABC (yummy)
5.00pm: Pulang ke UMP
aktiviti: pusing-pusing ke UMP dengan driver-driver yang berbeza-beza (dengan kata lain menghabiskan minyak)
6.00pm: solat Asar, pengsan beramai-ramai.......

kanak-kanak riang c7204

taknak pandang kamera

3 gadis berpayung di pantai.....

model makanan ringan

aku: daehyuk saranghae

tiyah:3.95 Wo ai Nie

idah:Mingtao, wo Ai Nie

camerawoman aka Yana : ......... i Love U

saranghae.....

main-main ajek.....

luasnyew pantai

my lovely roommates...

aku dan budak yang bakal ke LI t....

mirror pictures (sempat lagi tu)

coret-coret
*best betul main bowling walaupun asyik masuk longkang aje
*jumpa daddy kat TC, tak perasan beliau, so kena marah r....
*ada kes lemas masa tue sebab ombak memang kuat...
*aku dipukul ombak sampai basah tudung
*perbincangan mula-mula dulu taknak basahkan diri langsung tapi lain jadinya
*bola bowling tak masuk longkang bila budak-budak nie jerit nama daesung
*beli roti tapi tak dapat buat sandwich pun kat sana
*macam orang gila pergi beli tiket untuk budak-budak nie sebab semuanya syarikat bas lain-lain
*kepada idah; Good Luck for your Industrial Training; nanti free kita pergi lagi trip macam ni....
*berjaya juga menjerit kat pantai untuk lepaskan ketensionan yang melanda.....

~jangan terburu-buru membuat keputusan kerana ianya hanya akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk~
ana_anasha


Saturday, October 24, 2009

busy n hectic weeks.........

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
agak berminggu-minggu tak update blog ini....
ini disebabkan kesibukan yang amat memeningkan...
ada Chest Sweat and Sweet Weekend lepas tu sibuk dengan Symbion pula....
aduis...
hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnye aku....
ni masih ada side effect die di badan ku ni.....

Mari Bercerita Tentang Sweat and Sweet Weekend
tarikh : 10/10/2009 (Chem-Race) dan 11/10/2009 (Annual Dinner CHEST)
tempat: UMP dan Bukit Gambang Resort City

untuk Sweat and Sweet Weekend ni aku memegang jawatan sebagai bendahari tersengal sekali....
pening wei...
masa ChemRace aku telah tidak menghadirkan diri disebabkan aku melarikan diri ke kelas Unit Operation....
hohohohoho...
malam tu gak aku ter'stuck' dalam jem...
dan datang meeting lewat gila....
brifieng untuk esoknya masa meeting....
perbalahan berlaku.........
apakah,mengapakah.........
esoknye sebelum bertolak, aku yang baik hati ni cuba siapkan kerja bioreactor yang ala-ala sengal tu....
aduis....
sampai-sampai aja tak ada orang tapi driver bas dah tunggu....
mati daku kena marah dengan en driver...
tertekan sungguh.....
kemudiannya angkat barang-barangan dan bergerak ke BGRC....
aku pergi menolong encik MC dan juga Syikin yang tengah busy dengan jemputannya tempat duduk.....
lepas tu tolong melayan VIP pula....
tapi pertama kali makan dihidangkan....
best,best...
banyak lagi peristiwa berlaku....
tapi benda dah lalu biarlah berlalu.....
balik, aku siapkan bioreactor...
macam orang gila siapkan dia....
minum nescafe bertahan sampai 4 pagi...
argh..........
esoknnya memang mengantuk, nasib baik tak ada Unit Op...
tapi semua orang bertanyakan daku pasal Bioreactor...
apakah???
aku yang kesuntukan masa boleh siapkan tapi kebanyakkan orang tak boleh siapkan....
i'm very disappointed ....
macam tue juga kisahnya dengan assignment polymath.....
penatnya badan......


bergambar dengan Dr J....

dengan syikin AJK Jemputan kami....


tak sampai seminggu lepas tu aku busy dengan Symbion '09 yang telah ditangguh itu...
tarikh:18/10/2009 dan 19/10/2009
tempat : UMP dan Teluk Cempedak (team building)
pemegang jawatan AJK Cenderahati....
last minit idea untuk frame tue....
last minit baru nak siap packing semua cenderahati....
tension wei....
lepas tue bergabung dengan hal-hal akademik lagi....
Oma.....
sepanjang aku mengendalikan Symbion 09 ada peristiwa menjengkilkan berlaku....
seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa orang yang tak ada 'manners' macam perempuan itu....
hello, aku dah tolong belikan satu botol air mineral untuk anda guna duit aku dan aku dah hulurkan botol air mineral tu dengan baik, kau boleh rampas dari tangan aku.....
wei, aku tak paham lah wei...
apa salah aku kat kau aaah...
aku yang menyebabkan kau tercedera ker???
setahu aku kau yang hampir membuatkan aku lelah sebab aku terpaksa berlari dari check point awal ke check point 4 tue....
dan tak pernah aku berjumpa dengan orang yang tercedera lepas tu menyalahkan orang lain...
wei, salah anda,anda careless....
please lah wei....
macam diri anda tue perfect sangat....
aku tahulah UMP nie tak segah ***, tapi kalau tak berminat why sign in for the 1st place....
ooooh....
tidak ter'emo'....
selain part tue overall aku agak puas hati dengan Symbion nie sebab committe die best2.....

selepas melayan budak annoying di TC.....

sesi bertukar hadiah.....comei tak hadiah dari daku untuk Aida....

kami power rangers merah...bakal pengarah Symbion 2010, adikku nipan...

coretan terakhir
*aku benci pada meeting kerana aku tak pernah jumpa meeting yang punctual, sangat wasting other people time*
*ingatan buat semua; dalam keadaan pressure dan stress sekalipun jangan emo sebab kalau anda emo, orang lain tambah stress dan ia akan berterusan tanpa henti....cool and calm k....learn how to deal with stress*
*aku sakit badan lagi sekarang ni...ottoke....siapa ada ubat*
*post mortem S&S W malam lepas Symbion, honestly waktu dapat sms tue rasa macam nak pengsan aje.....Thanx tika for understanding my exhaustingness....*
*for Symbion, aku non-stop working sebab aku terlalu flexible*
*tambah lagi sikit;
credit to:-
- commitee CHEST S&S weekend atas kerjasama dan berakhirnya sebuah function
-Dzul ketua bahagian cenderahati yang tabah, Nawwar yang bekerja dengan aku bersama aku, mazia yang tolong aku dikala orang lain telah 'lesap', Mah pengarah program yang tabah dan tak marah aku atas kesilapan yang berlaku semasa on the way ke TC (gommeneh) dan semua commitee lain, malas nak taip panjang-panjang penat....
- Nad aka Carrot dan Sya aka Hae yang sudi memberikan semangat kepada ku....mekasih....sayang kamu berdua....

Ja Na

~Janji Allah kepada kita Hambanya;~
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
"SURAH AL-INSHIRAH : AYAT 5"

Wednesday, October 7, 2009

berexpo dan berkonvo

assalamualaikum dan salam sejahtera....
agak terlewat juga menulis post ni....
tapi tak apalah.....
sepanjang khamis,jumaat, sabtu dan ahad aku rajin ke expoconvo'09 kat taman teknologi UMp....
hari khamis aku merayau ke sana buat pertama kalinya sebab lab dekat dengan tapak expo....
jadi after lab aku pergi merayau r....
lama gak....
hari jumaat aku pergi dengan roommatku berjalan-jalan....
gambar-gambar yang rajin ditangkap...
enjoy.....

gelang yang dibeli....tapi manik dia dah terputus.....pengajarannya; jangan pakai 2 gelang tangan di tangan yang sama....

buku program konvokesyen ke-4 UMP.....sedih nama abang aku tak ada.....

kereta produa yang join produa eco-challange...dekat pameran karnival akedemik....

dengan roomateku,tiyah di depan canseleri barunye air terjun.....

pandangan tepi....

pandangan sisi....(ramai betul orang yang nak bergambar kat sini pada hari kejadian....)

penuh dengan konsentrasi minah ni main congkak....

saya memang tak puas hati dengan anda....cukup serius main congkak dekat expoconvo....

khas untuk budak yang agak sengal....hihihihihi.....

my 2 orang senior yang baru berkonvo......

tahniah buat semua yang dah berkonvo dan dah membuang title pelajar....
kepada senior yang ku tak jumpa pada hari kejadian; tahniah....
Ja Na...

final words
*sesungguhnya aku kesian melihat kawan-kawanku yang penat dengan expoconvo; dengan tak tidurnya, dengan berlari dari kelas ke tapak expo......
*seronok berjumpa dengan senior-senior aku semula sebab lepas ni tak tahu dapat jumpa lagi ke tak....
*tak sabar rasanya nak berkonvo seperti mereka....erm bilakah...
*bengang dengan EAC, terpaksa LI di semester 7...huhuhuhuhuhu
*aku tak sangka seorang kawanku bersikap ditaktor dan tak pedulikan orang lain...

~kita selalu merasakan diri kita betul; tapi betulkah tindakan kita disisi Yang Satu...renung-renungkanlah~
ana_anasha

Wednesday, September 30, 2009

Bergambar di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
dalam pada mengantuk mencari maklumat untuk projek sempat gak nak upload gambar walaupun tenet kat UMP macam siput dan kekura bertanding siapa paling perlahan....
enjoy.....
pagi raya bersalam dengan ayah tercinta....

candid tanpa aku

candid agi...sengal tol r

happy time with my family


kubur lama famili mak aku

bersediakah kita???

beraya dengan saga akakku

luar MITC....rumah terbuka MB dan TYT Melaka

jom naik beca....menyibuk r minah sebelah aku ni....

pokok kelapa yang ditanam kami bertiga lebih 10tahun dulu

rumah yang aku spend banyak masa disitu ketika zaman kanak-kanak...

rombongan meminang fariha untuk kamel....
(pasangan berbaju hitam di hujung sebelah kiri anda)

dengan makcik yang bawa aku pergi beraya....

itu je gambar yang dapat aku selitkan untuk post kali ni....
Ja Na...

Venue Gambar:-
rumahku, kesang tua,jasin,melaka
Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas, Selandar
MITC, Ayer Keroh Melaka
rumah arwah nenekku, Jalan Bunga Jermin, Felda Kemendore @ Felda Tun Ghafar
rumah Fariha, kawan sekolahku, Kampung Abbey, Nyalas
rumah pacat @ izat; Kampung Chohong, Jasin

credit to:-
*my big bro for the family picture
*aniesh for the friend picture

final words:-
*Happy birthday Makcik; thanx for being a good friend to me....
*aku tak pernah merasa balik ke kampung sebab kampung sebelah mak dan ayah aku dekat aja dalam sepuluh minit
*dulu masa kedua-dua belah arwah datuk dan nenek aku masih ada, pagi raya kami bersolat di Masjid Kg Kesang Luar lepas tu bertolak ke felda kemendore dan petangnya ke Selandar
*paling-paling pun masa dulu kami akan duduk di kampung sampai 2 pagi dan kami balik ke rumah semula dan datang esoknya sebab sedara ramai sangat yang balik, tak muat tempat tidur
*dah duduk di negeri orang barulah aku merasa balik kampung...

~nothing sometimes better than everything~
ana_anasha

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

assalamualaikum dan salam sejahtera....
jom cerita pasal raya....
sebab dah lama tak update....
busy bangat dengan raya....

Raya Eve
kerja pertama dibuat ialah membuat ketupat...
aku memang fail mengayam ketupat nie...
so aku nye kerja mengisi beras di dalam ketupat.....
lepas tu aku dipanggil untuk menyiapkan langsir pulak.....
terpaksa menyiapkan langsir serta memasangnya....
kena buat seorang-sorang lak tu....
sambil bukak lappy, tapi disalah paham oleh mak....
dia ingat tengah main lappy tak buat kerja....
sedeynya....
malam semua preparation siap...
pakcik datang siapkan air....
iron baju semua dan tidur agak lewat malam tu......

1 Syawal
pagi-pagi pukul 600 dikejutkan oleh bonda tercinta....
semua ahli keluargaku termasuk binatang berkaki empat bangun....
disebabkan tahun ni tak ada sesiapa pun yang tak pergi ke masjid, jadi pagi-pagi lagi dah kena siap-siapkan kuih raya...
lepas tu orang dari masjid datang,so kena siapkan ketupat...
lepas siap-siap semua kuih-kuih raya dan tempat sajian di luar,kami bersarapan dan kena ambil giliran siapa yang nak mandi dulu....
aku ikut ayahku bersama mak dan akak ke masjid...
geng-geng lelaki naik myvi alangku.....
balik solat raya, alangku dengan akakku pergi bergambar dengan kereta baru masing-masing....
aku yang bagi idea ambil gambar famili depan rumah....
kelam kabut betul...
dengan rambut spike abang aku yang sengal....
lepas tu mula bermaaf-maafan....
aku mempunyai tabiat aku suka bersalam ikut umur....
mula dari ayah dan last sekali abang aku....
yang kelakarnya aku mintak duit raya dari semua abang-abang dan akakku....
sampai aku kejar abang aku sebab nak duit raya...
sengal kan...
lepas tu bersiap-siap ke kubur....
pergi ke kubur arwah atuk dan nenek sebelah mak dulu...
lepas tu pulang ke rumah hantar mak balik...
lepas tu kami pergi ke rumah terbuka MB dan TYT Melaka....
ada orang state kat rumah aku....
bak kata beliau "dia buat rumah terbuka guna duit kita tau"....
lepas tu pulang ke rumah....
tolong mak kemas-kemas dan ada 2,3 orang tetamu datang termasuklah sepupu aku....
petang pukul 2 pergi ke kampung ayah aku di felda kemendore @ felda tun ghafar....
pakcik aku adakan jamuan kat sana....
dengar-dengar rumah tu nak demolish sebab makcik aku siap cakap ambillah gambar banyak-banyak...
sedih kalau rumah tu nak demolish sebab banyak kenangan rumah tu....
rumah ke-2 aku sebelum arwah nenek aku meninggal....
lepas tu ke kubur arwah atuk dan nenek kat sana....
pulang ke rumah, aku solat dan landing kat katil....
makcik dan pakcik aku datang pun aku tak sedar....
Gomeneh, tak sengaja...
penat sangat,dah lah lewat tidur malam tu....
tapi bila makcik sebelah mak aku datang, aku terpaksa bangun sebab diorang cari pula.....
makcik aku yang sorang ni berasal dari kuantan, so borak-borak lah pasal kuantan dan UMP...
maaflah, "i'm still thinking that Kuantan is kinda bored city"....
malam, sedara-mara datang....
abang aku agak-agak sengal sikit sebab tak habis-habis main mercun dia...
aduis sakit telinga wei....

2 Syawal
bangun agak lewat....
sedara-mara berpusu datang dan pergi.....
penat nyer....
agak petang kami pun rancang ke rumah makcik di Malim memandangkan kesihatan pakcikku tak berapa baik....
duduk sana selama 2jam....
gila ah....
lepas tu balik ke rumah atuk sedara aku dekat area kesang tu juga....
jumpa dengan kawan sekolahku merangkap 2pupu aku, amalina....
dah kerja dah dia tu, jadi nurse...
malam macam biasa melayan tetamu yang hadir....
dan aktiviti malam abang aku membakar duit, kata pakcik konservatif aku....

3 Syawal
menghantar abangku pulang ke rawang...
rancang nak gerak pukul 8 tergendala disebabkan akakku yang suka ber"make-up" tebal....

pit-stop pertama di Seremban, rumah mak sedara....
dengan tak telefon, inform nak datang, main redah aja...
ada ke tak ada dia kat rumah tawakal je....
nasib baik dia ada,peristiwa kelakar; aku tak reti bukak paip rumah dia nak basuh pinggan....

pit-stop kedua, bangi, selangor...
ingat nak pergi rumah anak angkat mak aku....
sekali dia tak ada...
peristiwa kelakar; akak aku bagi nombor telefon orang lain kat abang aku bukan nombor telefon anak angkat mak aku.....

pit-stop ke-3, putrajaya, rumah sewa akakku...
yang ni aku bengang sikit, semalamnya beria-ia nak pergi tengok rumah dia, sekali kunci rumah tak bawak...
dah rasa macam pencuri nak mencuri rumah orang jek...
sengetnya akak aku....

pit-stop ke-4, alamanda putrajaya....
tak ada sebab sangat pergi sini...
window shopping jek....
akak aku,mak aku dan angah aku pergi ke kedai watson,aku dengan abang aku masuk ke kedai buku MPH....
nak cari tempat makan, abang aku haus...
kejap jek lepak alamanda ni, banyak kedai tak bukak lagi....

pit-stop ke-5, masjid sultan mizan, bersolat jamak zuhur dan asar....
masjid ni baru 90% siap....
scenary dia memang cantik lah...
terutama khat dekat cermin...

pit-stop ke-6, rumah mak sedara di Sg Buaya, Rawang....
ni aku paling tak puas hati...
akak dan abang aku masing-masing kata mereka lagi bagus dari GPS, tapi rupa-rupanya GPS manusia ni membawa kepada kesesatan....
inilah yang terjadi sekiranya ada 3 guide; abang aku,akak aku dan GPS angah aku....
makcik aku dah risau sebab janji pukul 3 sampai tapi pukul 4 baru tiba....
dengan perut lapar ni, nasib baik makcikku dah siapkan nasi tomato...
best,best...
makan sambil berbincang hal-hal panas....
lepas tu abang aku ambil kenderaan kesayangan dia dan pulang ke rumah dia....
sebenarnya aku teringin nak ke rumah dia jumpa PanPan aka anjing rumah sebelah dia yang dia dan budak rumah dia manjakan....

pit-stop ke-7, bukit beruntung,rawang
hampehnye abang aku, motornya tiada minyak...
nasib baik kitaorang hantar dia balik kalau tak, tersadai dia kat sana....
sampai kawasan rumah dia, anjing dia dah menyalak dengan gembiranya....
terbukti yang PanPan memang manja dengan abang aku...
sengalkan...
bukan nak kutuk tapi nak kutuk juga, rumah dia macam orang lari dari hutang ahlong...
takleh nak dibayangkan....
aduis....
beli minyak, kemudian bergerak ke destinasi seterusnya....

pit-stop ke-8, seksyen 2, bangi
sampai tepat 730....
sampai-samapi solat dulu...
memandangkan ayah aku dah beritahu akan kehadiran aku dan lain-lain ke rumah dia, so die dah bersiap-sedia dah......
solat dulu lepas tu berborak lagi....
isu hangat lagi....
aduis....
dalam 830 ada tetamu lain datang, jadi kami pun mengechaukan diri...

pit-stop ke-9, rumahku syurgaku....
akak aku yang bawa sebab angahku dah mengantuk....
aku lak mari tidur dalam kereta....
penat wei....
esoknya ada temu janji dengan kawan-kawan pula....
sampai rumah dalam pukul 1030....
aku baru sedar aku tak mandi dalam pukul 12...
aku mandi pukul 1....
bijak tak???

4 Syawal
janji melayu memang tak leh pakai....
janji 930 jadi 10....
memang sengal kan....
beraya di rumah rakan-rakan sekolah dulu dan rumah 2 orang cikgu sekolah dulu....
mereka tetap macam tu...
siap kena tegur lagi dengan cikgu haslina; korang ni masih tak berubah lagi....
best..
tapi paling best dapat gak aku beraya rumah cikgu abu kassim...
my faveret cikgu tue, cikgu fizik aku...
tapi aku tak puas hati bila dia cakap fizik aku sengal...
aku dapat A2 tau bukan C5....
menangis,menagis....
tapi lama bangat tak jumpa beliau....
nasib baik nama ini masih diingati....
yi pie....
malam, tak banyak aktiviti selain tengok astro, cerita raya....
dapat panggilan dari unexpected person tapi tak sempat nak angkat....

5 Syawal
beraya di negeri sembilan....
mula-mula ke tampin, gemencheh dan terus ke palong....
ada juga peristiwa kelakar yang mana pakcik aku bising ayah aku tak ikut sekali beraya....
huhuhuhu....
on the way pulang, singgah pondok kempas kampung mak kat sana....
dah raya ke-5 baru balik kampung, sengal kan....
malam diisi dengan aktiviti depan lappy or tv bersama keluarga..

6 Syawal
mak ajak pergi ke Selandar rumah sedara kat sana....
tapi aku dah tak larat....
lagipun ini peluang last aku nak berdating puas-puas dengan lappy dan streamyx....
sebab abang aku dah kerja....
petang diisi dengan mendownload talk show suju....
yi pie.....

7 Syawal
teman akakku pergi service kereta....
EON, kenapa servis kamu macam cipan...
dah tahu kereta melambak tunggu diservis dia boleh pergi makan lak tu selama setengah jam....
aduis macam ni punya orang pun ada ker??
lepas tu membeli-belah di tesco dan makan di rasa mas kat tesco...
tapi kecewa tak ada chicken chop....
pulang ke rumah, aku kehilangan seekor lagi kucing...
sedihnya.....
aku,akakku dan angahku bersiap nak pulang keesokannya

8 Syawal
hari ni lah tue....
alang aku sorang hantar aku pulang...
mak aku pesan jangan tidur....
tapi aku terlelap at least 4 kali....
sampai aku terkejut masa abang aku bercakap dengan aku....
parah,parah....
sampai di UMP, aku rasa aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi hari esok aka kuliah pertama selepas

cuti 2 minggu....
apa-apa pun chaiyok, gambatte, hwaiting...

final words
*masih ada insan yang bermain mercun di UMP nie....
*berniat nak puasa 6 esok, hope jangan ada halangan
*raya yang memenatkan tahun ni
*aku agak annoying dengan pakcik konservatif dan menantunya...
*gembira dapat unexpected call
*doa aku ialah semoga aku dapat berjumpa jodoh dengan cepat
*aku still alergik sama qamil, far tolong r betulkan sikit kepala pakwe kamu tue,senget bebenar....

~life is full of sweet and bitter, take the sweet as encouragement to us and take the bitter as our reminder~
ana_anasha

Monday, July 6, 2009

pictures that tells story....


assalamualaikum dan salam sejahtera....
macam yang ditulis dalam post sebelum nie,kali nie ak sertakan gambar-gambar semasa cuti...
enjoy....


kolam yang baru dibina.....
bercuti di showroom proton...... (abangku jadi model)

pizza semperna kehadiran kereta baru di rumah.....


yummy.....dinner dengan pizza di rumah...


duduk di gelongsor air......

kebaikan kolam air panas....
jom mandi di kolam air panas.....

nie rasa macam nak minta royalti iklankan kolam air panas,ayer panas,jasin....


cenderahati pilihan di MYDIN tapi kansel nak beli.....
after meeting kita photo taking k....
plaza angsana,johor baharu.....
kuih yang tiada nama dan rasanya agak pelik....
cantiknya cara orang ni aturkan gelas tu (akulah tu)
nasi minyak buatan orang kampungku....(siapa yang kahwin nie??)
we are best friends forever...yoish....

bila kami berjumpa,terlalu bising.....miss u guys.....

my addiction......

my ideal types.....ngeh3....

~have fun while u can but beware of certain things~
Ja Na....
Saranghae....