Showing posts with label social. Show all posts
Showing posts with label social. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Perempuan bersalin vs ibu bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Hari ni memang hari baru buatku….

Tak pernah ku menyukai cell culture sebegini rupa….

Sampai baca 10 buku pasal cell dengan biotechnology….

Hihihihi…

Pasni aku leh jadi expert hybridoma cell….

Ngeh, ngeh ngeh……

Dah lame tak bukak isu semasa…

Dan cerita hari ini tentang perempuan bersalin dan ibu bersalin….

Apa bezanya ea???

Perempuan yang bersalin adalah perempuan biasa yang tiada sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki bersalin (dengan kata lain mengandung anak luar nikah)….

Dan ibu mengandung ialah seorang Ibu yang mendapat anak hasil daripada hubungan halal beliau dengan seorang lelaki yang bernama suami….. (aku punya tafsiran kalau dalam kamus korang cari for sure tak jumpa)….

Kenapa aku bukak cerita ni…

Sebab baru je aku baca paper petang tadi lepas berhempas pulas di library tentang mayat baby perempuan yang ditinggalkan dekat surau di Melaka….

Ada gambar dia dekat utusan online menyebabkan aku sebak….

Comel r baby tu…

Walaupun dah jadi mayat tapi tenang je baby tu….

Tapi sedih kan manusia nie….

Bila dipikir-pikirkan senangnye dorang lahirkan anak lepas tu buang macam tu aja….

Dan satu lagi perkara aku tak paham kenapa perlu dibuang budak itu di surau….

So disgusting lah perangai korang….

Kenapa tak korang tu pergi kat surau bertaubat, kenapa perlu commit another sin???

Kesian baby tue….

Cerita pasal perempuan bersalin…

Pernahkah anda terpikir kenapa senang sangat perempuan-perempuan ni menyembunyikan kandungan dan seterusnya melahirkan anak dengan mudah dekat tandas-tandas awam…..

Sedangkan cuba korang Tanya mak korang, senang tak lahirkan korang….

Jawapan dia memang susah…

Terutama part bersalin tu…..

Menahan sakit berjam-jam….

Kes aku lahir, lak mak aku tak tahan tapi doctor yang cipan tu boleh kata nanti-nanti…

Kepala lutut dia….

Akhirnya, Aku dilahirkan di bilik menunggu di Hospital Besar Melaka…

Jawapan yang simple untuk kenapa perempuan sangat mudah menyembunyikan kandungan dia (kira macam tak ada tanda muntah-muntah,kaki bengkak, mengidam dan etc.aku tak tahu sangat sebab aku anak last plus adik beradik aku semua belum kahwin lagi) dan mudah sangat bersalin…..

Sebabnya setiap kesakitan yang ditanggung ibu ketika bersalin akan dihapuskan setiap dosanya dan jika seorang ibu meninggal ketika melahirkan anak akan dikira syahid….

Kira macam berjuang lah…

So bagi perempuan bersalin lak….

Aaah, Lu Pikir lah sendiri…..

Jadi kepada kawan-kawan janganlah kyusuk bercinta sehingga terlanjur….

Dosa berzina tue bukan dosa kecik dan boleh buat main-main….

Jangan kata dah tua nanti baru nak bertaubat….

Kalau anda tak sempat tua macam mana??

Teringat kisah masa gempa bumi kat Indonesia yang lepas tsunami tu….

Dalam runtuhan bangunan ada mayat lelaki dan perempuan sedang mengadakan hubungan seks…..

Aibnya mati macam tue….

Ni just reminder to me and to all lah….

Kepada yang dah terlanjur, tolonglah jangan lakukan dosa besar yang lain iaitu bunuh anak korang….

Kalau taknak hantar ke rumah anak-anak yatim ke…

Jangan biarkan mereka….

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang mencarinya….

Oklah….

Ja Na….

baby and him....

both are really cute...

Conteng-conteng

~rasa macam nak bunuh je orang yang buang baby tu dah r kat Melaka lak tue~

~minggu yang senget tapi tetap berjaya dapat mengikuti pekembangan semasa~

~pertama kali ‘update’ blog dalam tempoh kurang 24jam setelah sekian lama~

*close your eyes and you know that He always be with you no matter what*

Ana_anasha


Sunday, August 16, 2009

luahan hati

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
mungkin ada di antara pembaca blog ni pelik dengan topik di atas ni....
luahan hati???
apakah???
sebenarnya sejak kebelakangan ni aku terpikir, adakah aku patut berubah dari jadi budak yang baik kepada budak yang kurang baik.....
maksud aku mengurangkan rasa nak tolong orang,nak jaga hati orang sebaliknya tolong diri sendiri dan jaga hati sendiri dulu baru lah terpikir nak jaga hati orang lain.....
erm....
perkara ni macam berpusing-pusing kat kepala otak.....
sampai jadi bengung...
sebab apa??
sebabnya bila aku baik dengan orang tapi orang tu balas dengan cara yang tak betul....
aku cuba jadi baik, orang memijak aku dengan sesuka hati beliau je....
honestly kadang-kadang aku penatlah jadi macam ni.....
tapi tatkala aku renung kembali....
memang banyak kali aku bersusah payah demi orang.....
hati aku sakit demi nak jaga hati orang....
tapi bayarannya Yang DiAtas yang membalasnya.....
Dia memudahkan segala macam perkara yang berlaku kat aku di bumi ni.....
segala urusan dipermudahkan......
bila aku fikir-fikir balik, kita buat baik kepada manusia tapi manusia tak menghargainya.....
sebaliknya Yang Maha Esa tu menghargai apa yang kita buat....
kesimpulannya:-

~biarlah seribu kaki memijak diriku ini,aku tetap akan tersenyum kerana aku tahu Yang Satu itu tetap ada membantuku bangkit semula~
ana_anasha

Ja Na....

*biarlah hari-hari depression ni berakhir dengan tenang, aku dah mula masuk "milk club" khas untuk orang tengah down...hihihihi*

Sunday, March 15, 2009

jom ramai2 belajar kawal emosi

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
sebelum bermula episod baru dalam post ni nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada en zaki kerana merajinkan diri beliau melawat ke blog yang tak seberapa ni... MyEm0.com
(tak adalah kewujudan siti dalam K16 lagi...yi pie...)
okaylah kenapa agaknya isu ini iaitu cara untuk mengawal emosi ini dibuka yerk... MyEm0.CoM
sebenarnya dalam minggu-minggu ini aku rasa macam aku cuba memperbetulkan emosi seseorang dan akhirnya aku terhimpit dengan emosi mereka... MyEm0.Com
huhuhuhu...

okaylah taknak cerita panjang nilah yang berjaya dicari cara untuk mengawal emosi anda:-

1.yakin pada diri yang anda boleh kawal emosi anda.maksudnya jangan benarkan emosi anda membelenggu diri anda sampai anda ke jalan yang buntu.

2. tumpukan perhatian pada emosi anda yang mana akan membantu anda fokus pada persekitaran anda dan boleh repon dengan baik pada persekitaran kita.tak adalah kita marah tak pasal-pasal kat orang lain kan.

3. baca buku atau bahan bacaan lain yang boleh membuat kita bertukar emosi,contoh baca buku fantasi membuatkan emosi kita masuk ke dalam buku tersebut.

4.cari punca emosi anda.contoh kalau marah sebab apa kita marah.mana ada orang marah ikut suka dia je kan.

5. fahamilah perasaan orang lain dengan sebaik-baiknya dan anda akan boleh kawal emosi anda.

6. teruskan bertenang dengan apa juga yang berlaku pada kita.belajar bertenang adalah satu cara untuk kekalkan emosi yang baik pada kita.

7.berfikiran positif sentiasa.emosi kita tak akan tenang selagi kita asyik berfikiran negatif saja.

8. menjaga diri anda

9. meditasi bagi yang non-muslim dan pada yang Muslim kembali kepada Nya seperti banyakkan bersolat dan berzikir.

10. fikirkan benda lain jangan terlalu fikirkan masalah sampai menggangu emosi kita.

11.pergilah ambil angin,bercuti ke.

12. pergi menjerit kat mana-mana untuk lepaskan emosi. (macam dalam cerita Hana Yori Dango,aku pun cari peluang nak ke pantai nak jerit puas-puas)

okaylah tu saja yang aku jumpa masa buat carian di google dan yahoo.tapi bagi aku cara aku nak kawal emosi ialah:-

1. fikirkan benda lain,kalau aku sedih ke marah ke aku cari bahan-bahan yang akan membuatkan emosi aku ke arah lain seperti bahan bacaan yang kelakar.

2.aku senyum dan bergembira dengan insan-insan sekeliling aku.agaknya inilah sebab kawan-kawan aku ramai ingat aku ni 'happy go lucky'.

3. ada masa-masa aku akan 'burst'.cik mazi sendiri dah rasa dan rummate-rummateku pernah nampak aku 'burst' dengan orang tapi aku cepat-cepat fikir yang aku tak boleh macam ni nanti hati dan perasaan aku yang tak tenang sebab tu kalau aku moody kejap je.5 ke 10 minit dah okay.

4.aku jenis yang berfikiran positif.apa-apa hal pun aku akan selesaikan dengan cara aku tersendiri. 'live life with a bright'.

5. aku juga selalu memberi motivasi kepada diri.kira aku paksa diri aku lah ni.macam aku suka cakap pada diri 'ana ko boleh', 'ana rileks jangan emo' dan sebagainya.siapa lagi nak bantu aku kalau bukan aku sendiri.

6.last but not least aku selalu mengadu pada-Nya kalau aku ada masalah kerana aku tahu Dia yang bagi aku masalah supaya aku ingat kat Dia.aku rasa malu dengan Dia sebab selalu mengadu dengan Dia tapi bila aku senang sikit jarang aku selalu bercakap dengan Dia.Masya-Allah masih kerdil lagi iman hambaMu ini.tapi cara ini memang berkesan.

okaylah harap korang pun boleh belajar sesuatu dari post hari ni.asyik cerita tentang kehidupan aku jek kadang-kadang aku nak juga buat penyelidikan tentang benda-benda ni.
oklah..
Ja Na...

~Dia takkan memberi ujian yang tidak boleh dtanggung oleh hamba-Nya~
ana_anasha

Wednesday, January 7, 2009

Boycott?????

assalamualaikum and salam sejahtera....

today we always heard about the cruelty of zionis...
people keep saying to boycott products and so on...
just this morning i open Utusan forums i read many people want to boycott israel's product and keep asking the media to show what product to boycott.for me we did not had to keep asking the product that we have to boycott otherwise, we just buy our Malaysian product.because i keep getting the list what product to boycott but both not really complete.so i think many people will confuse and the possibility they buy Israel product is really high whenever they purchase foreign product.so it best to purchase Malaysian product.it is simple like that.we drop the Israelian economy by increasing Malaysia economy.go with that is far better than we have to doing hard to find the product to boycott.for me we have to make campaign to buy ONLY MALAYSIAN PRODUCT.it is cheaper and can increase the economy of Malaysian.okay that's all.my advise to you guys is the easier ways to drop the Israel economy is by increase our economy.
okay see ya...

new quote : having a problem isnt a reason to ignore the environment.....
~ana~

Sunday, September 14, 2008

stress managment

assalamualaikum dan salam sejahtera
tajuk pada post kali ini ialah STRESS
pernah tak anda rasa tertekan sangat sampai rasa nak menangis..
saya pernah...
dan sedang...
dan sebab itulah saya seach di yahoo pasal stress nie...
so ni nak kongsi besama2....

Punca stress dikalangan student...
biasanya assignment yang terlalu banyak....
then penuh dengan aktiviti2 lain...
masalah dengan kwn2 atau dengan pasangan masing2....

cara untuk mengurus stress atau tekanan...
1. hilangkan ia dengan cepat...
-Cara untuk hilangkan stress cepat....
* buat sikit senaman pernafasan...
* bersolat bagi yang muslim atau buat meditasi pada yang non-muslim. 'Solat itu penyelesaian bagi masalah dan solat akan memberi ketenangan pada diri kita'.
*buat senaman ringan
berimiginasi benda2 yang baik
* menulis (macam saya sekarang lah)
*cari perseptif yang lain.

2.jaga diri anda
-makan dengan betul
-tidur cukup (sekurang2 nya 6 jam)
-bersenam selalu
-ada hobi supaya dapat isi masa lapang dan dapat kurangkan stress
-ambil nutrisi yang betul (tambah-tambah bulan puasa ni)
-adakan hubungan yang baik (paham-paham jelah ye)

4. cuba maintankan sikap positif
-jadi insan yang optimis
-dapat kawal diri dan emosi
-dapat mgawal kesempurnaan (fikirlah tak ada benda yang sempurna dalam dunia ni)
- belajar menjadi lebih gembira.
-fikir positif
-teruskan dengan 'sense of humor anda'.(ketawa penawar duka)
-buangkan perasaan stress tu
-buangkan rasa marah
-pergi lah berseronok dengan kawan2 atau dengan keluarga

5.cipta suasana yang betu
-dengarlah musik
-betulkan suasana (mungkin sebelum nie tempat kita berserabut so cari point of view yang lain )
-aromatherapi (guna je minyak wangi yang sesuai atau beli sabun mandi yang baunya best.tak payah membazir pergi spa)
6. untuk orang-orang yang sibuk (macam saya sekarang nie)
-cari punca stress
-buat pengurusan masa yang betul
-cari masa free untuk relaks yang betul2
-tau mana yang penting so selesaikan yang penting dulu

okay tue jek nak tulis..
kadang2 tu stress tu boleh menyebabkan migrain.tapi stay cool and ingat Yang Maha Esa.Dia saja boleh membantu anda.kerana setiap masalah yang Dia berikan adalah satu cara bagi-Nya nak hapuskan dosa-dosa kita.ingat kat Dia selalu.Thanx q...