Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

Bergambar di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
dalam pada mengantuk mencari maklumat untuk projek sempat gak nak upload gambar walaupun tenet kat UMP macam siput dan kekura bertanding siapa paling perlahan....
enjoy.....
pagi raya bersalam dengan ayah tercinta....

candid tanpa aku

candid agi...sengal tol r

happy time with my family


kubur lama famili mak aku

bersediakah kita???

beraya dengan saga akakku

luar MITC....rumah terbuka MB dan TYT Melaka

jom naik beca....menyibuk r minah sebelah aku ni....

pokok kelapa yang ditanam kami bertiga lebih 10tahun dulu

rumah yang aku spend banyak masa disitu ketika zaman kanak-kanak...

rombongan meminang fariha untuk kamel....
(pasangan berbaju hitam di hujung sebelah kiri anda)

dengan makcik yang bawa aku pergi beraya....

itu je gambar yang dapat aku selitkan untuk post kali ni....
Ja Na...

Venue Gambar:-
rumahku, kesang tua,jasin,melaka
Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas, Selandar
MITC, Ayer Keroh Melaka
rumah arwah nenekku, Jalan Bunga Jermin, Felda Kemendore @ Felda Tun Ghafar
rumah Fariha, kawan sekolahku, Kampung Abbey, Nyalas
rumah pacat @ izat; Kampung Chohong, Jasin

credit to:-
*my big bro for the family picture
*aniesh for the friend picture

final words:-
*Happy birthday Makcik; thanx for being a good friend to me....
*aku tak pernah merasa balik ke kampung sebab kampung sebelah mak dan ayah aku dekat aja dalam sepuluh minit
*dulu masa kedua-dua belah arwah datuk dan nenek aku masih ada, pagi raya kami bersolat di Masjid Kg Kesang Luar lepas tu bertolak ke felda kemendore dan petangnya ke Selandar
*paling-paling pun masa dulu kami akan duduk di kampung sampai 2 pagi dan kami balik ke rumah semula dan datang esoknya sebab sedara ramai sangat yang balik, tak muat tempat tidur
*dah duduk di negeri orang barulah aku merasa balik kampung...

~nothing sometimes better than everything~
ana_anasha

Tuesday, September 15, 2009

berpuasa di UMP untuk tahun ke-3

assalamualaikum dan salam sejahtera....
sekarang baru ada masa nak update blog sebab kabel telefon telah menunjukkan kebengungan nye...
dan ni update pun guna PC abang tak guna lappy....
so,tiada gambar dapat diuploadkan....
tahun ni aku rasa ramadhan yang mencabar emosi....
bukan fizikal....
lemah jiwa juga lah dibuatnya....
dan ramadhan tahun ni juga lah aku telah merosakkan jam biologi aku....
mana taknya esok ada kelas, aku cuma tidur sejam je dari pukul 3pg-4pg....
esoknya pula ada presentation...
memang agak masak lah juga...
nasib baik masa tu hari rabu jadi petang aky tidur semula lah....
dan yang lagi sengalnya, bila cuti hujung minggu aku stay-up sampai subuh lepas tu aku bantai tidur gila-gila....
bangun cuma bersolat saja....
dan stail aku berbuka kat sana agak mengejutkan kawan-kawanku....
makan kuih saja sudah....
tahun ni juga 3 kali aku berbuka puasa di luar;
1. berbuka dengan geng2 budak BKB dekat Tanjung Lumpur (cidi bila kamu nak bagi gambar??)
2. disebabkan tinggal seorang-sorang dalam bilik, so keluar dengan mazia dan rummate-rummatenya ke kedai sebelah shell dan petronas merangkap sebelah kedai katak....
3. keluar dengan mazia, mirul dengan duan sebab nak beli baju raya, makan pizza untuk berbuka....
dan pertama kalinya aku bershopping raya sendiri tanpa mak atau akak aku...
tahun lepas baju-baju raya aku semuanya akak aku beli disebabkan aku kesuntukan masa nak beli....
pertama kalinya aku balik ke kampung dengan menaiki bas UMP....
best gak sebab bukan naik bas persiaran tapi naik bas UMP yang baru...
siap ada seat belt lagi....
seronot,seronot...
tapi tahun ni disebabkan ramai adik beradik aku yang berkerja di luar melaka jadi mereka akan balik paling awal jumaat dan paling lewat sabtu....
terpaksalah aku berseorangan menyiapkan lauk berbuka, mengemas rumah bersama mak aku jek...
fuih...
dah lah tudung raya belum beli lagi...
pening,pening....
aku harap kabel tenet nie boleh sambung kat lappy aku tengah malam nie...
dapatlah aku download video suju banyak-banyak...
Ja Na
Final Words
*tahun ni tak ada kad raya, semua hantar guna facebook aja*
*ada orang dah minat lagu korea,hihihihi, welcome to da club*
*bosan sikit sebab abang dengan kakak aku tak ada kat rumah plus kawan-kawan pun belum balik lagi ni*
*abang aku dah mula buat perancangan raya.aku tak available selasa depan*
*assignment raya belum disentuh lagi.aduis*

~perkara yang berlaku ada cerita disebaliknya~
ana_anasha

Sunday, April 26, 2009

Happy Birhday my dad



my dad n mum masa raya




assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ni hari penting buat famili aku...
sebabnya hari ni hari lahir ayahanda kami....
yang ke-???
biarlah rahsia...
walaupun beliau sangat strict kepada kami namun beliau bekerja keras untuk kami...
doaku moga beliau sihat selalu dan saya sayang ayah saya...
peace...
telefon ayah tadi call beliau tapi tak diangkat...
beliau yang call semula...
fuh selamat kredit....
so sempat wish...
akakku di rumah sambut birthday ayahku dengan membeli KFC satu bucket...
eea menyampah mereka ni makan best2 tanpa mengajak adikmu yang bongsu ni...
jaga beliau masa birthday dia....
Ja Na...

~put your family ahead from everything because they sacrife more just to make us live~
ana_anasha

Sunday, April 12, 2009

selamat menyambut hari kelahiran




assalamulaikum dan salam sejahtera...
post kali ini menceritakan tentang.....
birthday orang...
sebenarnya post nie saja dibuat lewat sebab aku takut dimarahi beliau kerana membocorkan tarikh hari lahirnya...
so...
ucapan selamat menyambut hari lahir ditujukan khas buat :-
mereka yang menyambut hari lahirnya pada 12hb April iaitu,
my KMM friend budak UMS sekarang ni iaitu Lin
dan tak lupa juga

insan tersayang iaitu..............

....
.........
..............
.....................
.............................
..........................................
..........................................................
............................................................................
...............................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................




My big bro aka admin bloggers UMP.....(sori ambil gambar curi tadi)

to kawan-kawan dia sorry tak dapat beritahu tarikh lahir beliau sebab beliau dah kasi warning jangan mengada-ada beritahu orang lain kerana beliau takut 'Peristiwa Minyak Hitam' berlaku semula....
sebentar tadi aku membelanja abang aku di kafe makan semperna hari lahir die...
mula-mula nak makan kat luar akan tetapi kenderaan menjadi masalah...
naik motor??
no,no,no...
sampai bila-bila pun ku tak akan naik motor dengan beliau...
peristiwa terbang itu masih melekat di benak ku....
siapa-siapa yang nampak aku dengan lelaki tadi,beliau adalah my big bro atau dalam bahasa melayunya abangku...
takut lak berlaku salah faham...
aku masih single and not available tau...
tak bersedia lagi nak berpunya...
okaylah tu saja post ni...
chaus....
Ja Na

next birthday line-up
mizah dan jijah 20 April
my beloved dad 26 April

~ingatlah ketika umur semakin meningkat semakin banyak tanggungjawab dan bebanan yang perlu kita tanggung~
ana_anasha

Wednesday, February 25, 2009

rindu bangat sama my family

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tiba-tiba je rasa rindu sangat kat famili tercinta...
mungkin kerana terlalu sibukkan minggu-minggu ni....
sampai kawanku Ilham iaitu exco akedemik CHEST kata janganlah terlalu sibuk takut nanti akedemik jatuh....
aku bukan apa taknak kehidupan sibuk tapi taknak kehidupan yang membosankan...
tapi famili tetap ku rindui....
miss my mum,dad n my bros and sis....

sejak duduk di UMP ni hampir 2 tahun ni setiap 2hari sekali aku akan telefon rumah...
sebab rindu kat mak...
maklumlah ni kali pertama berjauhan daripada famili...
dulu sekolah di Jasin dan matrik di melaka yang mana hampir tiap-tiap minggu aku akan membalikkan diri....
hihihihi..
jom bercerita tentang my famili....

ayahku - Mohamad bin Hamid
kami panggil bapak.dia strict tapi tak suka marah depan-depan.biasanya dia tunjuk muka dia kita taulah dia marah.aku sendiri pun banyak kali gak kena tegur.biasalah nakal.dulu aku selalu mengikut ayahku ni masuk pergi kerja dia kat ladang kelapa sawit.agakya tu yang agak kasar tu aku ni.keluarga ayahku ni sangat rapat dengan keluarga kami.sebabnya aku dan adik beradik akulah orang yang selalu menjaga arwah nenek di kampung dulu.dan rumah yang aku tinggal sekarang ialah rumah arwah atuk aku.arwah bagi kat ayah aku sebab dulu sebelum aku dilahirkan keluarga kami amatlah susah.ayahaku terkenal di kampung aku sebagai sidang.fakta lain ialah adik-beradik aku takut sikit dengan ayah aku even aku sendiri pun kecut perut sikit kalau nak mintak duit tapi dengan tenang dapat gak duit.hihihihi.itulah adik beradik aku kata ayah aku manjakan aku.yeke????.pengalaman paling menakutkan aku ialah ayah aku masuk ICU tahun lepas.macam nak nangis je bila dengar.dapat tahu je cepat-cepat call ayahku nasib baik tak ada apa-apa.tapi akakku cerita masa2 tu agak mencemaskan juga lah.ayah aku juga rajin membuli kucing2 rumahku dan suka bagi makan supper pada kucing2 ku.

makku - Sabariah bt Hashim

makku ni jenis sensitif sikit.kalau aku terlepas cakap mak aku mulalah merajuk tapi aku juga yang akan meminta maaf kat dia dengan cepat-cepat.mak aku ni selalu kena tegur dengan aku pasal selalu makan tak ikut diet yang sepatutnya sebabnya mak aku ni ada kencing manis.tiap-tiap bulan kena buat 'check-up' kat hospital.tapi mak aku ni selalu habiskan makanan yang tak habis.masakan mak yang paling aku suka ialah karipap.memang nombor satu lah.dan mak aku tahu yang aku suka sangat karipap dia ni so bila aku balik dia mesti buatkan karipap tu dengan syarat aku kena tolonglah.mak aku ni dulu orang susah.dia banyak belajar memasak daripada mak mertua dia aka arwah nenek aku.kalau dia ada problem dia selalu cerita dengan aku pasal aku paling close dengan dia maklumlah ni baru pertama kali keluar dari melaka.mak aku jenis gelabah sikit.pasal abang aku accident motor hari tu aku terlepas cakap kat mak.mulalah gelabah so aku cepat-cepat kata dia tak ada apa-apa.mak aku juga suka membebel tapi mak mana yang tak suka membebel kan.lagi satu mak aku suka gunakan bahasa melayu kuno.hanya orang2 tertentu saje yang boleh faham.kalau akak aku lewat balik dia mula risau dan bila aku nak balik biasanya dia dah tunggu kat depan rumah dah.lagi satu dia suka membebel kat kitaorang pasal kucing2 yang melambak kat rumah tu tapi sebenarnya dia pun sayang kat kucing2 rumah kitaorang tue.

alongku - Zainuddin bin Mohamad
dia ni susah nak ditafsirkan tapi manusia ni tak prefect kan begitu juga dia.harap dia belajar dari kesilapan dan berubah.dia sekarang bekerja kampung di kilang buat kerisik di kampung

angah - Zamri bin Mohamad
kaum adam yang paling kuat membebel di dalam rumahku syurgaku.kalau ada yang tak kena mulalah kami dibebelnya.contohnya kalau lambat nak keluar membebel lah dia kat kitaorang tapi biasanya yang kena bebel akakku pasal dialah yang paling lewat bersiap kalau kitaorang nak keluar.dia ni pemurah sikit sebab selalu ajak kitaorang tengok wayang ataupun keluar berjalan bersama-sama.dia mempunyai perangai 'family first'.setiap kali aku nak balik UMP dia akan bagi duit sikit.oklah tu.dia tak akan bagi orang lain sentuh kereta VIOS dia tu.ala gila kedekut.dia suka gajet.baru beli GPS untuk kereta dia tu.sekarang dia bekerja di JB sebagai penolong perancang bandar dan desa.walaupun duduk kat JB tapi still rajin membalikkan diri.mempunyai sebuah rumah yang hampir siap di MITC.dan dia nie particular sikit.pengemas sikit r.baju kena iron selalu.pakaian kena basuh selalu dan etc.

alangku - Zoolzarizi bin Mohamad
dia ni macam versi opposite daripada angahku.seorang yang tak jaga sangat barang and jenis tak kisah.tapi dia sedang meningkat maju sebagai usahawan cacing berjaya dan bondaku lah yang menolong beliau dalam usahanya memajukan ternakan cacing.dia gak usahawan topup yang berjaya dan aku adalah pembeli topup regular daripada dia.hujung bulan semester baru bayar.hahahaha.dia juga ada buat tanaman lain.nak tau hal-hal lain click sini.tapi kisah dia menjadi pengajaran pada diriku yang mana dia menganggur selama setahun then dia dapat bekerja sebagai pembantu di rumah ketua menteri melaka.kalau orang biasa mesti taknak kan.dengan adanya ijazah tapi nak kerja gred SRP saja.tapi dia kerja je kat situ dari situ dia berkenalan dengan ramai orang dan akhirnya bekerja sebagai Pen.Pegawai Sistem Maklumat di Perumahan Melaka.so siapa2 nak rumah kat melaka boleh contact eik.lagi satu dia pandai masak nasi goreng atau mee goreng selalu gak pau dia.dia juga mempunyai rumah di Taman Maju tapi menetap di rumah kami.

akakku - Anis Wahida binti Mohamad
peguam yang berjaya dekat rumahku.kerja dia tak lain membela mat-mat rempit.so siapa kuat merempit boleh contact ye.hobi dia ialah shopping barangan make-up.kitaorang suka kutuk dia pasal kalau bermake-up tu lama gila.tu yang bengang kalau keluar dengan dia.seorang pemandu yang 'berkemah'.kalau naik kereta dengan dia mesti sakit telinga dengar dia memekak membebel mengutuk orang lain.huhuhuhu.dia memang ada ciri2 peguam berjaya kerana tak boleh kalah dan kalau dia angin satu badan habislah orang dimarahinya.tak kira lah siapa.kenangan terindah ialah bila dia marah pakcik yang cuba mencuri beg duitnya yang berisi duit aku sekali tu di masjid tanah.hahaha.kalau dengan dia janganlah cari pasal kalau tak naya je.lagi satu kalau shopping dengan dia penat wo.memang perempuan sungguh terutama kalau shopping baju2 raya.tapi ribuan terima kasih pada dia yang berjaya mencarikan daku baju raya yang murah tapi cantik.bila berkaitan dengan kes dia selalu berbincang dengan aku or abang aku kalau kes tu ada kaitan dengan field kitaorang.dia memang berusaha bersungguh-sungguh bila nak menang kes.

abangku - Zabidi bin Mohamad
takkan korang tak kenal dia lagi.admin blogger UMP.sangat aktif berblog dekat UMP.minat gila pada kereta sesuai dengan course beliau iaitu kejuruteraan mekanikal dalam automotif.aku suka gila buli dia kat UMP suruh belikan barang2.tapi dia juga tempat aku lepaskan rindu pada famili.yelah at least ada gak famili members yang aku leh jumpa selalu.aku selalu gak bergaduh dengan dia zaman kanak2 dulu.dia ni juga kuat merempit.who's say engineer cannot merempit (pinjam orator punya slogan).dan dia adalah punca tulang rusukku patah.memang trauma nak naik motor dengan dia.nasib baiklah masa naik kereta dia tak merempit sangat.kalau tak siap mu.datang support aku masa manifesto MPP hari tu tapi yang tak boleh bla nye dia bawak segerombolan kawan2 dia duduk depan rumah masing2 menjerit kat ak.ayoi ai.tapi thanx a zillion lah tolong support.sangat menyayangi laptop dan motor dia.dapat duit nak servis dulu motor dia.basuh bersih2 motor dia.tapi yang bestnya motor dia satu kilometer depan dah dengar dah bunyi dia.bising wei.setakat ni dah ramai dah tahu kewujudan dia sebagai abang aku.so kawan2 kalau nampak aku lepak dengan lelaki mana ntah jangan cepat assume yang dia pakwe aku dia mungkin abangku.hampir 4 tahun yang lepas aku temankan abang aku ni daftar KUKTEM dan lebih 1 setengah tahun yang lepas dia yang teman aku mendaftar kat UMP ni.kaki download.balik rumah saja ada je cerita baru yang boleh ditonton di laptopnya.anyway thanx a zillion for your help and support while im in UMP.

aku - Anashahira bte Mohamad
perlukah aku bercerita tentang aku.anak bongsu daripada 6 adik beradik.tu saja kot.kalau korang nak tahu lagi ikutilah blog ni dari masa ke semasa.

perasan atau tidak nama adik beradik kami lelaki mula dari huruf Z dan perempuan mula dari huruf A.siapa yang bagi idea tersebut tak tahulah.
last but not least,persamaan kami semua ialah kami adalah cat maniac.masing2 ada kucing kegemaran di rumah.hihihihhi

disini terdapat gambo2 kenangan2 yang ada...
enjoy


aku,abangku,kakakku dan kucingku.gambo ni tak silap diambil waktu aku tadika.lupe lak aku de gambo seksi dalam laptop nie)


aku dan abangku (gambar diambil masa umur 2 tahun)


my mum,me n my bro (umur 2 tahun)



peristiwa dimarahi ayah kerana main dengan pintu (siotnye angahku dia amik gamboku tangah menangis,umur kalau tak silap setahun lebih)

kat air panas Gadek wif my mum and my alang


me n my bro again (kami suke ambil gambar bersama masa kecil2)

gambo my parents (snap before kitaorang nak beraya )

me,my alang n my bro (kat Tanjung bidara)

my sis,me n my bro (raya umah TYT)

masa daku kecik2 (kakakku,angahku dan aku)

penyeri keluarga kami.ni sebahagian sahaja selebihnya boleh rujuk blog BD Fabregas

nota kaki :-->gambar alongku tak ada sal dia jarang gila ambil gambar begitu juga my dad tapi raya tu sempat snap gambar dia dengan my mum.angahku pula biasanya dia yang jadi cameraman so memang tak ada gambar dia yang latest.


Ja ne...
new quote
~bila semakin jauh kita daripada keluarga,hati kita semakin dekat dengan keluarga~
ana_anasha

p/s: sebenarnya rindu bangat nak pergi ke alamat ni:
batu 21 kesang tua,77000 jasin,melaka.
tapi banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan di UMP.hanya doa dan hati yang merindui jek yang sampai ke rumah.jasadku belum masa untuk kembali ke rumah.tunggulah tatkala 1 Mei 2009 tiba.ku akan melepaskan kerinduan pada rumah tercnta