Tuesday, September 15, 2009

berpuasa di UMP untuk tahun ke-3

assalamualaikum dan salam sejahtera....
sekarang baru ada masa nak update blog sebab kabel telefon telah menunjukkan kebengungan nye...
dan ni update pun guna PC abang tak guna lappy....
so,tiada gambar dapat diuploadkan....
tahun ni aku rasa ramadhan yang mencabar emosi....
bukan fizikal....
lemah jiwa juga lah dibuatnya....
dan ramadhan tahun ni juga lah aku telah merosakkan jam biologi aku....
mana taknya esok ada kelas, aku cuma tidur sejam je dari pukul 3pg-4pg....
esoknya pula ada presentation...
memang agak masak lah juga...
nasib baik masa tu hari rabu jadi petang aky tidur semula lah....
dan yang lagi sengalnya, bila cuti hujung minggu aku stay-up sampai subuh lepas tu aku bantai tidur gila-gila....
bangun cuma bersolat saja....
dan stail aku berbuka kat sana agak mengejutkan kawan-kawanku....
makan kuih saja sudah....
tahun ni juga 3 kali aku berbuka puasa di luar;
1. berbuka dengan geng2 budak BKB dekat Tanjung Lumpur (cidi bila kamu nak bagi gambar??)
2. disebabkan tinggal seorang-sorang dalam bilik, so keluar dengan mazia dan rummate-rummatenya ke kedai sebelah shell dan petronas merangkap sebelah kedai katak....
3. keluar dengan mazia, mirul dengan duan sebab nak beli baju raya, makan pizza untuk berbuka....
dan pertama kalinya aku bershopping raya sendiri tanpa mak atau akak aku...
tahun lepas baju-baju raya aku semuanya akak aku beli disebabkan aku kesuntukan masa nak beli....
pertama kalinya aku balik ke kampung dengan menaiki bas UMP....
best gak sebab bukan naik bas persiaran tapi naik bas UMP yang baru...
siap ada seat belt lagi....
seronot,seronot...
tapi tahun ni disebabkan ramai adik beradik aku yang berkerja di luar melaka jadi mereka akan balik paling awal jumaat dan paling lewat sabtu....
terpaksalah aku berseorangan menyiapkan lauk berbuka, mengemas rumah bersama mak aku jek...
fuih...
dah lah tudung raya belum beli lagi...
pening,pening....
aku harap kabel tenet nie boleh sambung kat lappy aku tengah malam nie...
dapatlah aku download video suju banyak-banyak...
Ja Na
Final Words
*tahun ni tak ada kad raya, semua hantar guna facebook aja*
*ada orang dah minat lagu korea,hihihihi, welcome to da club*
*bosan sikit sebab abang dengan kakak aku tak ada kat rumah plus kawan-kawan pun belum balik lagi ni*
*abang aku dah mula buat perancangan raya.aku tak available selasa depan*
*assignment raya belum disentuh lagi.aduis*

~perkara yang berlaku ada cerita disebaliknya~
ana_anasha

No comments: