Sunday, January 4, 2009

blogku kembali

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

syasyi buri des(lama x jumpa)....
lama betul tak post kat sini sebab kekangan masa dan tenaga...
hari nie dah 4 januari 2009...
new year dah tiba....
dah menjadi warga UMP semula...
result agak kurang memberangsangkan...
mungkin banyak main kot...

learn from your mistake before you repeat it again
-aku-

sepanjang cuti selama sebulan setengah ni banyak benda yang berlaku....
iye ke???
boleh lah...
ada 3 movie yang ditonton sepanjang cuti ni iaitu:

Antoo Fighter


Pengarah : Azizi Chunk
Genre : seram,komedi
Pelakon: Radhi (OAG), Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae,Nasrizal Ngasri,Scha

Cerita ni ditengok ketika balik daripada rumah kawan akak yang bertunang.tengok bersama-sama abang2ku.memula macam excited nak tengok tapi bila keluar macam hampeh jek cerita dia.CGI yang lemah boleh ditutup dengan cerita yang mantap tapi cerita pun tersekat dan membuatkan orang tak tahu apa yang nak diceritakan.tengah sibuk-sibuk berlawan tak tahu kalah ke menang.cara berlawan pun macam hampeh.macam tengok cerita budak tadika je.wei menyampah sih tengok cerita macam tu.

Twilight
Pengarah: Catherine Hardwicke
Penulis Novel: Stephenie Meyer
Genre: Fantasi, seram, drama
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Kellan Lutz, Michael Welch, Peter Facinelli, Taylor Lautner



Cerita ni saya tengok bersama-sama teman sekolah dulu.untuk CGI cerita ni memang best dan nampak 'real'.adegan berlawan antara pontianak yang memang best sekali.adegan paling best sekali ialah bila keluarga si pontianak Cullen ni main besbol memang 'smart'.tapi kelemahan cerita ni adalah duration dia sangat lama.dalam wayang tu beberapa kali juga melihat jam dan tertanya-tanya kenapa cerita ni tak habis lagi.jalan cerita dia pendek je tapi duration terlalu panjang yang menyebabkan cerita ni jadi agak bosan.komen aku bagi cerita ni adalah best dan sesuai untuk orang yang tak kisah duduk kat panggung wayang lama-lama.

CicakMan 2 : Planet Hitam
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Genre : aksi,komedi
Pelakon: Saiful Apek, Fasha Sandha,Aznil Nawawi,
Adlin Aman Ramlie ,AC Mizal,Sharifah Amani ,Louisa Chong ,Linda Onn ,Yusry KRU,Aziz M.Osman


cerita ni juga tengok kat wayang dengan adik beradik.secara jujurnya kecewa juga dengan hasil karya yusry ni sebab kita jangkakan yang cicakman 2 ni lebih best dan bagus dari cicakman 1 tapi silap lah pulak.CGI dia yang tak seberapa.pelik gak kenapa cicakman 1 CGI dia jauh lagi cantik daripada Cicakman 2.erm itulah tiada kemajuan dalam cerita ni.aksi terlalu banyak sampai pening dibuatnya.tak ada cerita pun.watak Iman yang dipegang sharifah amani tak jadi.tak rasa macam orang buta pun.tau lah dia tak buta tapi pandai-pandailah.sejujurnya rasamacam membazir je tengok cerita ni.jangan marah ye.

ok tu jek cerita dalam post kali ni.
Ja na (jumpa lagi)

~kesuraman hidup ini akan menjadi lebih suram jika kita tak berusaha mencari sinaran matahari~
-aku-

No comments: