Saturday, January 17, 2009

Demam+selsema+assignment yg melambak...

assalamualaikum dan salam sejahtera...












minggu ni bagiku rasa macam nak pengsan je.
nasib baik Tuhan masih memberi kekuatan fizikal kepadaku untuk teruskan juga.
demam dah terjadi taklah lama sangat dalam minggu ni je.
pergi klinik UMP dia bagi Paracetamol dengan ubat selsema je.
ingatkan dia ada nak bagi antibiotik ker.
adui ai.doktor tak ada punya pasal.
demam ku kerana suhu badan naik.
tapi tak ada lah mendadak sangat.
mungkin pasal cuaca kat gambang ni dah macam kat London.
ramai yang demam juga ni.
kesian pada mereka.
jangan lupa makan ubat ya.
tugasan yang diberi minggu ni sangat banyak.
tak terkira dibuatnya.
setakat ni berjaya siapkan dua tugasan iaitu mass transfer dan report eksperimen.
penat menulis.
tak sia-sia berjaga sampai ke pagi untuk siapkan report.
tapi tak boleh bergembira sangat pasal ada lagi yang menunggu.
tak tau kenapa bengang sangat dengan orang-orang skype yang tiba-tiba je add.
tak ada kerja lainkah mereka tu.
orang dah tak layan pun masih nak menyibuk juga ke.
macam cipan.
mungkin emo sikit tapi kepenatan sem ni hanya tuhan je tahu.
penat siapkan assgnmnt before due date ni.
tapi tu azam kan nak tingkatkan pointer jadi terpaksa berkorban sikit.
sem ni tiap-tiap minggu ada assignment.
minggu pertama pun dah ada.
makin banyak minggu makin banyak assignment.
sampai tak jumpa masa nak belajar.
tapi kena aturkan semula masa lepas pulang bercuti mingu ni.
yi pie.
seronoknya berjumpa dengan melaka semula.
sayang bangat ama melaka......
chaus, Ja na

~ketika rasa lemah fizikal dan emosi ketahuilah bahawa Dia sentiasa membantu kita apabila kita meminta dari-Nya~
-aku-

No comments: