Tuesday, May 19, 2009

tempat pengajianku.....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
semperna hari guru yang telah lama berlalu, aku rasa belum lama lagi untuk aku bukak cerita tentang sekolah dan pengajar-pengajarku....
yoish.....

langkah pertama aku


 ialah belajar di pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua....
aku satu-satunya dalam keluarga aku yang pergi pra-sekolah yang lain ke tadika...
senang duduk pra-sekolah ni sebab abang dan kakak aku ada kat sana masa tu....
so kalau ada apa-apa memang senang nak refer...
paling tak boleh bla aku menangis masa ayah aku lambat jemput...
maklumlah petang tu ada konvokesyen...
muhahaha...
akhirnya ada sorang cikgu yang bawa aku ke kelas akak aku.....
masa aku pra-sekolah buat pertama kalinya aku sambut birthday...
beli kek dan sambut dengan kawan-kawan....
dapat pergi jalan-jalan...
dulu keluarga aku susah so nak jalan-jalan ikut pakcik dengan makcik jek....
ada 2 kelas masa tu kelas merah dengan biru...
aku kelas merah cikgu aku masa tu cikgu Aminah Zakaria...


lepas pra-sekolah aku terus masuk ke darjah 1H....
aku ni kira 'direct entry' sebab masuk-masuk dah dapat kelas pertama...
yoish...
abang aku ada lagi tapi akak aku dah berhijrah ke Sekolah Menengah Sharifah Rodziah....
tapi aku ni tak berapa pandai sangat berbanding abang aku masa tu selalu sangat naik pentas ambil hadiah dan selalu dapat nombor 1,2,3 dalam kelas....
macam sedih je aku ni sebab pencapaian agak teruk masa tu...
masa darjah 2 aku boleh dapat nombor 20 lebih nasib baik je tak turun kelas....
lepas peristiwa tu aku agak insaf sikit....
teruk nye rasa diri...
masa tu aku berubah sikit jadi rajin....
lepas tu pencapaian dah meningkat selalu dapat nombor bawah 10....
aku mendaftar sekolah agama masa aku darjah 3...
tapi aku daftar lewat sikit sebabnya aku pun tak tahu....
ustaz yang jaga kelas aku namanya ust Hilmi...
sampai sekarang aku ingat sama beliau...
lepas aku tamat darjah 1 sekolah agama dia pun pindah....
banyak gak gambar aku ambil masa tu....
masuk nasyid....
best,best...
masa aku darjah 4 kelas dah tukar nama dari 4Hijau ke 4 Cerdas atau singkatan dia 4S....
masa tu abang aku darjah 6...
masa tu aku dah terkenal dikalangan kawan-kawan abang aku....
hahahaha...
tak apalah....
dapat kelas tinggi pula tu...
huhuhuhu...
lepas tu bermula ke darjah 5, arwah nenek aku meninggal...
sedih tau lepas 3 hari birthday aku....
masa darjah 5 ni kajian tempatan diajar oleh cikgu osman aka cikgu seman...
dan darjah 6 dia ajar aku maths....
dia cikgu paling ditakuti sejak dari zaman akak aku bersekolah lagi....
dia memang garang dan suka suruh student dia buat jalan kerja kat depan...
kalau tak dapat masak lah korang....
dapat balasan setimpal....
setimpal ker???
aku pernah kena sekali je buat kat depan...
masa tu muka aku penuh dengan kecuakan sebab aku tak faham soalan dia...
dia macam tau-tau aja...
tu pertama kali dan terakhir dia panggil aku buat kat depan....
lama juga aku cuba memahami soalan dia, namun aku berjaya juga membuatnya....
aku dengan rendah hati menyatakan kalau dia tak ajar cara macam tu aku tak fikir aku boleh score maths dengan senang hatinya....
dan cikgu BM aku cikgu Salmah...
perkataan paling aku suka dengar ialah "aku timang dia ni karang"...
hihihihi...
masa darjah 6 result aku nombor bawah 10....
masa tu aku jadi pengerusi kelab Bahasa Melayu dan timbalan Setiausaha Pengakap...
sengal tak????
aku juga join perkhemahan pengakap daerah....
dan aku ke Langkawi rombongan ke sana yang kebanyakkannya diikuti cikgu-cikgu....
ada peristiwa yang melucukan berlaku iaitu kami terkunci...
kena marah pasal buat bising kat bilik..
hampir separuh classmate aku adalah sedara aku...
masa keputusan UPSRku amat membanggakan dan juga keputusan SSRA (Sijil Sekolah Rendah Agama) ku...
aku gembira tambahan pula aku berjaya mendapat anugerah Pelajar Terbaik subjek Kajian Tempatan....
aku melonjak-lonjak gembira dengan harapan dapat ke MRSM atau SBP...

langkah seterusnya 
Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah dimana segala-galanya bermula.....

kecewa...
itu perkataan yang boleh dilafazkan apabila aku tak dapat tawaran mana-mana SBP....
cuma dapat mengikuti program Racangan Khas di sekolah ini...
aku disuruh masuk ke asrama dia...
namun aku tak tahan lama memandangkan anis pun telah keluar begitu juga syahira...
aku homesick gila...
ditambah dengan treatment daripada kakak-kakak dormku...
setelah keluar aku gembira dan dapat belajar dengan baik....
yoish...
masa tingkatan 1 ada peperangan bersegi...
budak lelaki vs budak perempuan...
tapi aku dan budak-budak perempuan yang duduk luar tak terlibat...
peperangan ini berlanjutan sampai form 3 sebab masa tu dah tambah lagi satu group peperangan....
aku tak faham beb...
aku sentiasa okay dengan mana-mana pihak...
masa form 3 cikgu-cikgu mula memarahi kami kerana perangai seperti kitaorang tak ambil exam masa tu....
antara cikgu-cikgu yang dah bising of courselah cikgu Kalthom mak si Nasri ni...
maklumlah guru kelas kami bimbang itu pasti....
paling best bagi aku ialah geografi masa cikgu seri ajar masa kelas tambahan....
walaupun beliau garang sebab dia cikgu disiplin tapi tetap best cara dia ajar.....
aku memang buat muka tak malu pergi depan tanya dia masa kelas dia petang-petang....
disebabkan aku dah terjatuh cinta sama SMKIS aku buat decision taknak pindah walau apa pun result PMR aku....
dan result PMR aku amat membanggakan....
dan keputusan aku tak pergi mana-mana amat memeranjatkan cikgu-cikgu aku....
alah best apa cikgu kat situ macam cikgu kassim,cikgu hanisah,cikgu hadijah,cikgu magesh, cikgu haslina dan lain-lain....
penat menulis...
dan keputusannya SPM aku tak begitu membanggakan tapi okaylah....
dan keputusan aku lagi tinggi dari kebanyakkan rakanku yang berpindah ke MRSM dan SBP....
yoish....
sebabnya aku tak rasa tertekan sangat duduk SMKIS ni...
cikgu yang aku suka cikgu Abu Kasim yang menyebabkan subjek fizik tetap di hatiku....
huwa huwa hah...
cikgu hanisah yang membuatkan aku rasa add math tak ada lah susah sangat yang penting jangan careless....
cikgu hadijah GTK kami yang sporting selalu mengadu dengan beliau kalau ada apa-apa hal berbangkit terutama kes dengan cikgu abu kasim tu...
cikgi khadijah yang membuatkan kami rasa sejarah tu memang best...
cikgu haslina yang membuatkan kami sukakan kimia.....
cikgu mages yang marah aku ketika buat esei sebab aku bengung sikit pasal grammar-grammar nie....
dan semua sekali cikgu...
tanpa anda saya takkan ada menjadi saya sekarang....

selepas SPM tawaran ke matrikulasi melaka jurusan sains fizikal

KMM paling unik sebab bangunannya...
pensyarah kat sana banyak aku dah lupa nama sebab sekejap jek dapat bersama...
yang aku ingat cik salwana yang ajar kimia...
kimia masa semester 2 aku dapat score mungkin sebab lecturer tuto dengan kuliah sama-sama best...
fizik tetap maintain....
dan buat MUET masa kat sana...
aku kecewa dengan result reading aku yang menyebabkan aku tak boleh dapat bend 5....
huhuhuhu...
nampak sangat aku malas membaca...
huhuhuhu...
teman aku kat sana ialah che ku....
selalu studi bersama beliau...
aku duduk KMM jarang sabtu ahad aku ada kat sana sebabnya aku selalu sangat balik ke rumah....
hihihihihihi
so kenangan tak banyak...

pilihan ke-2 UPU, Universiti Malaysia Pahang jurusan Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)
dapat je balasan sms yang menyatakan aku dapat UMP aku tergelak besar...
sebabnya ni U abang aku....
dapat jurusan ni aku rasa gembira jugalah sebab ni antara jurusan yang aku nak...
dan aku terus berusaha kat U ni dibantu oleh pensyarah-pensyarah yang best...
tak lupa juga dengan Jurutera Pengajar kat UMP ni....
bantulah aku dalam mencapai kejayaan...
yoish....
perjalanan masih jauh menanti.....

Ja Na...

~seorang pendidik mendidik anak orang lain demi kebahagiaan kedua ibubapa pelajarnya,begitu besarnya jasa pendidik,hormatilah mereka~
ana_anasha

2 comments:

Anonymous said...

salam..sy nk tnye..susa tak nk dpt kos mcm akak ni ea? agak2 pointer brape ea? btw sy ex asasi sc uitm..thanx !! =)

ainylynia said...

hehhe,. sy dapat kos macam akak. di *UMP bakal junior akak. nak tahuuu bole pasal kos ni ? :)