Wednesday, February 25, 2009

rindu bangat sama my family

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tiba-tiba je rasa rindu sangat kat famili tercinta...
mungkin kerana terlalu sibukkan minggu-minggu ni....
sampai kawanku Ilham iaitu exco akedemik CHEST kata janganlah terlalu sibuk takut nanti akedemik jatuh....
aku bukan apa taknak kehidupan sibuk tapi taknak kehidupan yang membosankan...
tapi famili tetap ku rindui....
miss my mum,dad n my bros and sis....

sejak duduk di UMP ni hampir 2 tahun ni setiap 2hari sekali aku akan telefon rumah...
sebab rindu kat mak...
maklumlah ni kali pertama berjauhan daripada famili...
dulu sekolah di Jasin dan matrik di melaka yang mana hampir tiap-tiap minggu aku akan membalikkan diri....
hihihihi..
jom bercerita tentang my famili....

ayahku - Mohamad bin Hamid
kami panggil bapak.dia strict tapi tak suka marah depan-depan.biasanya dia tunjuk muka dia kita taulah dia marah.aku sendiri pun banyak kali gak kena tegur.biasalah nakal.dulu aku selalu mengikut ayahku ni masuk pergi kerja dia kat ladang kelapa sawit.agakya tu yang agak kasar tu aku ni.keluarga ayahku ni sangat rapat dengan keluarga kami.sebabnya aku dan adik beradik akulah orang yang selalu menjaga arwah nenek di kampung dulu.dan rumah yang aku tinggal sekarang ialah rumah arwah atuk aku.arwah bagi kat ayah aku sebab dulu sebelum aku dilahirkan keluarga kami amatlah susah.ayahaku terkenal di kampung aku sebagai sidang.fakta lain ialah adik-beradik aku takut sikit dengan ayah aku even aku sendiri pun kecut perut sikit kalau nak mintak duit tapi dengan tenang dapat gak duit.hihihihi.itulah adik beradik aku kata ayah aku manjakan aku.yeke????.pengalaman paling menakutkan aku ialah ayah aku masuk ICU tahun lepas.macam nak nangis je bila dengar.dapat tahu je cepat-cepat call ayahku nasib baik tak ada apa-apa.tapi akakku cerita masa2 tu agak mencemaskan juga lah.ayah aku juga rajin membuli kucing2 rumahku dan suka bagi makan supper pada kucing2 ku.

makku - Sabariah bt Hashim

makku ni jenis sensitif sikit.kalau aku terlepas cakap mak aku mulalah merajuk tapi aku juga yang akan meminta maaf kat dia dengan cepat-cepat.mak aku ni selalu kena tegur dengan aku pasal selalu makan tak ikut diet yang sepatutnya sebabnya mak aku ni ada kencing manis.tiap-tiap bulan kena buat 'check-up' kat hospital.tapi mak aku ni selalu habiskan makanan yang tak habis.masakan mak yang paling aku suka ialah karipap.memang nombor satu lah.dan mak aku tahu yang aku suka sangat karipap dia ni so bila aku balik dia mesti buatkan karipap tu dengan syarat aku kena tolonglah.mak aku ni dulu orang susah.dia banyak belajar memasak daripada mak mertua dia aka arwah nenek aku.kalau dia ada problem dia selalu cerita dengan aku pasal aku paling close dengan dia maklumlah ni baru pertama kali keluar dari melaka.mak aku jenis gelabah sikit.pasal abang aku accident motor hari tu aku terlepas cakap kat mak.mulalah gelabah so aku cepat-cepat kata dia tak ada apa-apa.mak aku juga suka membebel tapi mak mana yang tak suka membebel kan.lagi satu mak aku suka gunakan bahasa melayu kuno.hanya orang2 tertentu saje yang boleh faham.kalau akak aku lewat balik dia mula risau dan bila aku nak balik biasanya dia dah tunggu kat depan rumah dah.lagi satu dia suka membebel kat kitaorang pasal kucing2 yang melambak kat rumah tu tapi sebenarnya dia pun sayang kat kucing2 rumah kitaorang tue.

alongku - Zainuddin bin Mohamad
dia ni susah nak ditafsirkan tapi manusia ni tak prefect kan begitu juga dia.harap dia belajar dari kesilapan dan berubah.dia sekarang bekerja kampung di kilang buat kerisik di kampung

angah - Zamri bin Mohamad
kaum adam yang paling kuat membebel di dalam rumahku syurgaku.kalau ada yang tak kena mulalah kami dibebelnya.contohnya kalau lambat nak keluar membebel lah dia kat kitaorang tapi biasanya yang kena bebel akakku pasal dialah yang paling lewat bersiap kalau kitaorang nak keluar.dia ni pemurah sikit sebab selalu ajak kitaorang tengok wayang ataupun keluar berjalan bersama-sama.dia mempunyai perangai 'family first'.setiap kali aku nak balik UMP dia akan bagi duit sikit.oklah tu.dia tak akan bagi orang lain sentuh kereta VIOS dia tu.ala gila kedekut.dia suka gajet.baru beli GPS untuk kereta dia tu.sekarang dia bekerja di JB sebagai penolong perancang bandar dan desa.walaupun duduk kat JB tapi still rajin membalikkan diri.mempunyai sebuah rumah yang hampir siap di MITC.dan dia nie particular sikit.pengemas sikit r.baju kena iron selalu.pakaian kena basuh selalu dan etc.

alangku - Zoolzarizi bin Mohamad
dia ni macam versi opposite daripada angahku.seorang yang tak jaga sangat barang and jenis tak kisah.tapi dia sedang meningkat maju sebagai usahawan cacing berjaya dan bondaku lah yang menolong beliau dalam usahanya memajukan ternakan cacing.dia gak usahawan topup yang berjaya dan aku adalah pembeli topup regular daripada dia.hujung bulan semester baru bayar.hahahaha.dia juga ada buat tanaman lain.nak tau hal-hal lain click sini.tapi kisah dia menjadi pengajaran pada diriku yang mana dia menganggur selama setahun then dia dapat bekerja sebagai pembantu di rumah ketua menteri melaka.kalau orang biasa mesti taknak kan.dengan adanya ijazah tapi nak kerja gred SRP saja.tapi dia kerja je kat situ dari situ dia berkenalan dengan ramai orang dan akhirnya bekerja sebagai Pen.Pegawai Sistem Maklumat di Perumahan Melaka.so siapa2 nak rumah kat melaka boleh contact eik.lagi satu dia pandai masak nasi goreng atau mee goreng selalu gak pau dia.dia juga mempunyai rumah di Taman Maju tapi menetap di rumah kami.

akakku - Anis Wahida binti Mohamad
peguam yang berjaya dekat rumahku.kerja dia tak lain membela mat-mat rempit.so siapa kuat merempit boleh contact ye.hobi dia ialah shopping barangan make-up.kitaorang suka kutuk dia pasal kalau bermake-up tu lama gila.tu yang bengang kalau keluar dengan dia.seorang pemandu yang 'berkemah'.kalau naik kereta dengan dia mesti sakit telinga dengar dia memekak membebel mengutuk orang lain.huhuhuhu.dia memang ada ciri2 peguam berjaya kerana tak boleh kalah dan kalau dia angin satu badan habislah orang dimarahinya.tak kira lah siapa.kenangan terindah ialah bila dia marah pakcik yang cuba mencuri beg duitnya yang berisi duit aku sekali tu di masjid tanah.hahaha.kalau dengan dia janganlah cari pasal kalau tak naya je.lagi satu kalau shopping dengan dia penat wo.memang perempuan sungguh terutama kalau shopping baju2 raya.tapi ribuan terima kasih pada dia yang berjaya mencarikan daku baju raya yang murah tapi cantik.bila berkaitan dengan kes dia selalu berbincang dengan aku or abang aku kalau kes tu ada kaitan dengan field kitaorang.dia memang berusaha bersungguh-sungguh bila nak menang kes.

abangku - Zabidi bin Mohamad
takkan korang tak kenal dia lagi.admin blogger UMP.sangat aktif berblog dekat UMP.minat gila pada kereta sesuai dengan course beliau iaitu kejuruteraan mekanikal dalam automotif.aku suka gila buli dia kat UMP suruh belikan barang2.tapi dia juga tempat aku lepaskan rindu pada famili.yelah at least ada gak famili members yang aku leh jumpa selalu.aku selalu gak bergaduh dengan dia zaman kanak2 dulu.dia ni juga kuat merempit.who's say engineer cannot merempit (pinjam orator punya slogan).dan dia adalah punca tulang rusukku patah.memang trauma nak naik motor dengan dia.nasib baiklah masa naik kereta dia tak merempit sangat.kalau tak siap mu.datang support aku masa manifesto MPP hari tu tapi yang tak boleh bla nye dia bawak segerombolan kawan2 dia duduk depan rumah masing2 menjerit kat ak.ayoi ai.tapi thanx a zillion lah tolong support.sangat menyayangi laptop dan motor dia.dapat duit nak servis dulu motor dia.basuh bersih2 motor dia.tapi yang bestnya motor dia satu kilometer depan dah dengar dah bunyi dia.bising wei.setakat ni dah ramai dah tahu kewujudan dia sebagai abang aku.so kawan2 kalau nampak aku lepak dengan lelaki mana ntah jangan cepat assume yang dia pakwe aku dia mungkin abangku.hampir 4 tahun yang lepas aku temankan abang aku ni daftar KUKTEM dan lebih 1 setengah tahun yang lepas dia yang teman aku mendaftar kat UMP ni.kaki download.balik rumah saja ada je cerita baru yang boleh ditonton di laptopnya.anyway thanx a zillion for your help and support while im in UMP.

aku - Anashahira bte Mohamad
perlukah aku bercerita tentang aku.anak bongsu daripada 6 adik beradik.tu saja kot.kalau korang nak tahu lagi ikutilah blog ni dari masa ke semasa.

perasan atau tidak nama adik beradik kami lelaki mula dari huruf Z dan perempuan mula dari huruf A.siapa yang bagi idea tersebut tak tahulah.
last but not least,persamaan kami semua ialah kami adalah cat maniac.masing2 ada kucing kegemaran di rumah.hihihihhi

disini terdapat gambo2 kenangan2 yang ada...
enjoy


aku,abangku,kakakku dan kucingku.gambo ni tak silap diambil waktu aku tadika.lupe lak aku de gambo seksi dalam laptop nie)


aku dan abangku (gambar diambil masa umur 2 tahun)


my mum,me n my bro (umur 2 tahun)



peristiwa dimarahi ayah kerana main dengan pintu (siotnye angahku dia amik gamboku tangah menangis,umur kalau tak silap setahun lebih)

kat air panas Gadek wif my mum and my alang


me n my bro again (kami suke ambil gambar bersama masa kecil2)

gambo my parents (snap before kitaorang nak beraya )

me,my alang n my bro (kat Tanjung bidara)

my sis,me n my bro (raya umah TYT)

masa daku kecik2 (kakakku,angahku dan aku)

penyeri keluarga kami.ni sebahagian sahaja selebihnya boleh rujuk blog BD Fabregas

nota kaki :-->gambar alongku tak ada sal dia jarang gila ambil gambar begitu juga my dad tapi raya tu sempat snap gambar dia dengan my mum.angahku pula biasanya dia yang jadi cameraman so memang tak ada gambar dia yang latest.


Ja ne...
new quote
~bila semakin jauh kita daripada keluarga,hati kita semakin dekat dengan keluarga~
ana_anasha

p/s: sebenarnya rindu bangat nak pergi ke alamat ni:
batu 21 kesang tua,77000 jasin,melaka.
tapi banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan di UMP.hanya doa dan hati yang merindui jek yang sampai ke rumah.jasadku belum masa untuk kembali ke rumah.tunggulah tatkala 1 Mei 2009 tiba.ku akan melepaskan kerinduan pada rumah tercnta

7 comments:

Anonymous said...

hahaha hampeh.. alamak, gambar2 comel aku dah terlepas ke pihak luar..

anashahira said...

comei ker????xnampak comei pon....

Anonymous said...

Huhuhuhuhuhuhuhuhu,...
Kalau ada sesiapa nak belajar cacing atau blog boleh beritau..
Caj murah2 je..

Lagi satu camne nak berjaya jadi usahawan.. Semua utang je.. Huh..

p/s :- Rumah Taman Maju telah disewa...

Anashahira said...

bukan utang....
mnagguh bayaran...
hahahaha...
ada pameran cacing kat jom masuk U...
under fakulti kimia...
mari2 dtg 28 dan 1 mac ni....

Zamri bin Mohamad said...

Hampeh tol..... Camner Amer leh gi Final... X pueh ati tol.... eh bukan topik Raja Lawak ker?? nguwawawawawa opss I'm soriiii

Mr Final said...

btul jek ckp ilham tuh.. bz2 tp study tetap y 1st

anashahira said...

zamri~ hampeh....silap tempat ler wahai angahku...
Mr Final~ mmg tgh dlm progress mgutamakn akademik tue yg x balik cuti tue...