Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Coming soon on your nearest exam hall.....

assalamulaikum dan salam sejahtera...
just drop by to wish all my friend...
Happy Final Examination Day...
nie aku dan rakan-rakan 3BKB punya schedule exam...

19/4: OSH
23/4: PME
30/4: PCI
4/5: bioseperation

To all my friend good luck and study rajin2...
Ja....

cute monkey....but he is cuter monkey.....

sho-kun..date with him all nite.....so kawaiii...

Happy Exam...no stress is allowed in the exam hall...

last but not least...
*kenapa tiap-tiap kali nak exam mesti aku rajin studi movie....oooo help me pliz...
*ada orang berjaya membuatku bengang...pliz understand people if you want people to understand u
*oh dear...minggu ni 3 accident,
1. jatuh daripada tangga katil sampai sya kata pasni tidur bawah r...kaki masih lagi sakit masa post ni ditulis....jatuh pada hari selasa...
2. tertendang kerusi sampai bengkak kaki....aigo....ni hari jumaat ri tue...dua-dua belah kaki tercedera
3. bibirku pecah..nie aku tak sure macam ner ley berlaku....bibir terhentak besi pada katil....weird...
*aku mahu studi OSH....wish me luck....
*tiba-tiba sebaris lirik lagu heartquake sesuai dengan condition aku..part nie;
neomu ah ah ah ah apa etteohke
sarraneun geoni?
maksud lirik nie;
it h-h-h-h-hurts so much how am i supposed to live?

~althought i want to stop the tears from falling but its keep falling...sorry for bothering your day~
ana_anasha

Tuesday, February 9, 2010

Menconteng di blog....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya berakhirnya test 1....
dan hari ni adalah hari ke-9 aku dan laptop baru aku yang bernama Comppy @ Hyuk bersama-sama.....
bestnye...
tapi tak sangka masa-masa 3rd year nie banyak laptop sedang buat hal...
kepada kawan-kawan 3rd year sila berhati-hati k...
dan yang lagi happynye....
aku nak balik dah....
bertambah ke'epi'an ku....
ahaks....
sebab rindu nak buat 'cartalking' dengan aniesh...
banyak benda nak diceritakan...
hihihihi.......
tapi sekarang mood aku mood gila sikit sebab banyak benda yang tak setel lagi such as PSM dengan Li thingy....
tapi setelkan satu,satu nescaya akan berjaya....
hwaiting ana....
sedih tak ada adobe...
tak boleh menggila agi...
tapi just enjoy gambar-gambar nie...
chaus..
Ja.....

saranghae...eunhyuk oppa.....


all about him....cute....



just me and my rummate....menggila tatkala petang

learning how to write 'eunhyuk' in hangul

conteng-conteng
~aku harap rumours tu tak betul....kalau betul, salah lah sangkaan aku terhadap beliau sebelum ni~
~bersawang blog ni setelah masuk tahun baru~
~banyak berita mengejutkan ku baca....semakin hampir.......~
~hati dicuit???....entah r.....~
~countdown lagi berapa minggu tinggal kat UMP...LI short sem menjadikan ku semakin panas hati sebab kena tambah lagi masa duduk UMP~
~rindu my kittens~
~seronok layan lagu heartbeat-2pm....my hubby favorite dongsaeng (not from sm group); chansung~

~pretend to be okay....but it definitely not OK~
ana_anasha


Thursday, November 5, 2009

study week....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
dah lama betul tak meng'update' blog nie....
busy dengan pelbagai kerja...
assignment study dan lain-lain....
sambil-sambilan di minggu studi ni aku melayan FO....
dan tersuka sama itu daesung, Big Bang...
tapi aku tak suka sangat big bang nye music video...
terlalu western....
ramai sangat slut....
sebab Suju normally Music Video die emphasis pada tarian je....
tapi lagu dia berbeza dari Suju r....
stail dia....
wokay aku tak nak di bawa lari oleh big bang or Suju...
mahu studi ni...

Big Bang in Super Junior Kiss The Radio
(ada both eunhyuk dan daesung)

Final Exam

10/11/2009 - Chemical Reaction Engineering 2
12/11/2009 - Unit Operation 1
13/11/2009 - Environmental Biotechnology
16/11/2009 - Bioreactor Engineering
18/11/2009 - Numerical Method and Optimization
19/11/2009 - Homey

oklah kepada semua warga UMP....

GOOD LUCK FOR YOUR FINAL EXAM......

Ja Na

coretan terakhir...
*roomate ku nak exam esok....good luck kepada beliau...
*ahad ni nak pergi piknik...hope cuaca elok...
*tak sabar mahu pulang....ada perkara yang patut disetelkan
*study, moody....kenapa malas mahu study nie.....help me....
*abangku nak konvo bulan 12 ni....so datang semula ke UMP bulan 12 nie.....
*tak boleh nak buat keputusan, daesung or eunhyuk....tapi kalau combinedkan kedua-duanya jadi perfect men....yoish

~nobody perfect so, why do you want to be nobody as you can be somebody by accepting your unperfection~
ana_anasha





Wednesday, April 29, 2009

pengawas peperiksaan yang strict....

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tinggal satu paper je lagi...
yi pie...
happi sangat hati..
esok akan bermula aktiviti kemas-mengemas...
malam semalam aktiviti basuh membasuh telah berlangsung..
best-best..
tapi internet pula bengung...
ajak cik Nad datang borak-borak kosong dulu...
hahahhaha...
tak studi mass aku...
semalam test heat aku dapar ketua pengawas yang sangat strict...
masuk-masuk aja dah 'sound' kitaorang supaya duduk kat meja masing-masing.....
maksudnya suruh kitaorang duduk dekat tempat ikut nombor meja...
masa dia nak ambil slip kehadiran daripada aku...
dicari-carinya kalau-kalau aku ada bawak kertas lebih...
wah aku nie jujur...
tengah-tengah sakit menjawab heat tiba-tiba dengar beliau menjerit dengan sekuat hati kat budak cina ni...
dia marah sebab dia bawa masuk lebih dari 2 kertas...
kalau tak silap aku dia ambil semua kertas rumus budak tu..
aduis masak...
budak cina ni pula lepas dah kena ambil semua rumus dia,dia pun apa lagi keluar ikut pintu belakang dengan sesuka hati tengok balik rumus yang perlu...
kat luar...
kesian dia...
tapi salah beliau juga kan...
siapa suruh menggatal bawa lebih kertas...
kan dah diberitahu boleh bawa 2 kertas jek....
lepas tu masa nak habis pengawas peperiksaan ni dia kata " masa tamat saya taknak tengok lagi ada orang pegang pen.."
wala wei...
ganas gila menyebabkan aku terus letak pen walaupun aku tak puas hati dengan paper heat aku ni...
huhuhuhuhu...
masa dia nak ambil sook fun punya kertas tiba-tiba dia menengking...
rupanya masa dia nak ambil kertas sook fun, sook fun masih menulis...
dan beliau telah memangkah kertas sook fun...
aduis teruknya perasaan...
huhuhuhu...
kenapa beliau mengambil tindakan drastik itu...
kesian sook fun...
tapi pengajarannya bila dah suruh berenti tu berhenti ajalah...
tak ada guna nak tulis apa-apa lagi...
kan dah bermasalah...
apa-apa pun semua dah berlalu...
tak mahu fikir lagi..
nak concentrate yang bakal mendatang ni...
Ja Na....



seperti yang ditulis dalam post sebelum ni, nilah hasil kekreatifan en hisyam menggunakan doodle YM

bila dvd tak dapat diburn

memang tengah tension mamat ni...


windows vista ker???

aduis pe menda yg putih kat tepi tue.....

owh penguin Linux upenye...FH stand for Fadzrulhisyam en yang lukis tue...

from PGL??aku salah baca ker en hisyam??

*oh internet di UMP aku berharap kamu akan sihat..berilah aku masa menggunakan kamu sepuas-puasnya sebelum aku blah dari UMP nie* 

~people isn't all the same, so be prepared to face other people with different behaviour~
ana_anasha

Wednesday, April 22, 2009

aku,air dan final

assalamualaikum adan selamat sejahtera...
semalam aku telah menghadapi peperiksaan akhir yang pertama...
lega rasanya bila satu kertas dah tamat....
semalam air ada tak ada...
macam chipsmore kejap ada kejap tak ada...
siap masuk Utusan bahagian terkini sebab UMP tak ada air...
hahahahahahahahaha....
okalah ni fakta-fakta tentang aku ketika krisis air melanda UMP.....

1. aku turun naik dari ground floor ke aras tiga lebih 5 kali sehari ketika tak ada air....
2. aku mengelak makan nasi sebab taknak ke tandas...
3. aku berjumpa bermacam-macam jenis manusia,yang tak sabar,yang 'jual ikan' , berlagak bagus, pengotor,tapi nasib baik ada orang yang baik hati juga....Alhamdullilah
4. aku kerap mandi pada waktu malam dan hadiahnya, aku demam,batuk dan selsema..
5. waktu yang diperuntukkan untuk belajar telah habis sama sekali kerana nak mandi saja masa yang diperuntukkan ialah sejam...
6. cubaan untuk mengurangkan mandi,kiranya nak mandi sekali je sehari berjaya dipatahkan....sebab badan tak rasa selesa...
7. cubaan untuk mandi di luar juga berjaya dipatahkan kerana ketiadaan kenderaan....
8. mood belajar ku berkurangan sebanyak 30%... (nasib baik masih boleh jawab CRE1)
9. air yang menjadi teman setia sudah tentu 100+ dan excel...
10. tak tahu kenapa aku jadi orang yang rajin turun naik tangga...
11. membasuh menggunakan air tadahan hujan memang best tapi baru ku sedar ramai yang takut menggunakannya... (air mutlak lah air hujan tu buat apa takut)
12. emosi jadi kurang stabil sikit.sebab nak marah kat seseorang ni (kepada beliau kalau nak mengutuk cuba duduk ditempat orang dulu)...
13. jadi sangat cepat penat..
14. dah pandai mandi macam orang dulu2....
15. baju banyak yang dilonggokan.niat nak basuh baju asik tertangguh namun tatkala ada air ni berjaya juga basuh...
16. terpaksa melambatkan solat maghrib sebab taknak batal wudhu' dan terus solat isya' after that....
17. kalau tak ada paper exam aku akan mandi dekat dengan tengah hari dan aku mandi malam..

itu saja kot.bila baca Utusan aku rasa kagum sebab NC mengeluarkan juga statement pasal tak ada air ni...
dan tolong jangan jadikan ia acara setiap semester...
sebab ianya bukan menyusahkan pelajar sahaja...
menyusahkan staff juga sebab pelajar akan guna staff punya bilik air mereka....
dan hari ini air dah macam pulih...
aku harapkan line internet juga akan pulih...
Ja Na...

~hidup tak seindah yang diharapkan namun ianya seperti rama-rama sebelum ianya berubah menjadi rama-rama yang cantik ia hanya ulat beluncas dan kepompong yang menggelikan~
ana_anasha

Monday, April 20, 2009

hari dinanti telah tiba

assalamualaikum dan salam sejahtera...
nak cerita tentang apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat...
apakah yang berlaku??
kurang dari 24jam aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk subjek kejuruteraan tindak balas kimia atau dalam bahasa jawanya Chemical Reaction Engineering...
bila aku keluar bilik dan terjumpa insan-insan yang kukenali mereka semua menyangka aku dah habis belajar...
mana lah belajar itu pernah habis...
betul tak??
oklah apa-apa pun selamat berjaya semua...
all the best....
good luck...
chaiyok...
gambate....
dengan kesempatan ini daku ingin memohon kemaafan daripada semua kawan-kawanku jikalau daku membuat salah...
kerana diri ini tidak sempurna dan sering membuat 1001 kesalahan...
doakan kejayaan bersama...
untuk sahabat ku aku dah memaafkan kesalahan kamu...
kepada Dijah and Mizah my best friend kat sekolah dulu...
happy birhday..
Ja Na...
* kepada kawan-kawan especially budak-budak 2BKB marilah berdoa semoga kawan kita Azila Azura akan cepat sembuh....
zilot i will always pray for the best of you...*

~setiap perkara yang berlaku akan ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya,jadi usahalah mencari perkara tersembunyi itu~
peace

Saturday, April 18, 2009

Highlight for Final exam...

assalamulaikum dan salam sejahtera...
sebenarnya happy sangat hari ni sebab dapat mandi dengan puas-puasnye...
sebab apa??
sebab paip air di tandas ground floor mula mengeluarkan airnya...
tahniah...
dan pagi-pagi ni baca memo tulisan izzah dan suffi...
terima kasih kepada korang yang berusaha untuk menyelesaikan masalah ni...
oklah nak highlight final aku ni..
kebarangkalian untuk aku rajin update blog ni masa final adalah sangat tipis....

21hb April 2009
kejuruteraan tindak balas kimia 1

24hb April 2009
industri bioteknologi

27hb April 2009
kebarangkalian dan statistik

28hb April 2009
perpindahan haba

30hb April 2009
perpindahan jisim

1hb Mei 2009
perpindahan pulang ke rumah
(hihihihihi)

kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan esok good luck diucapkan...
dan kepada sahabat handaiku di Fakulti Kimia terutama my beloved 2BKB, gambatte neh...
oklah nak sambung studi....
Ja Na...

~apabila kita masih boleh berdiri di saat-saat genting ianya bukti kekuatan minda dan fizikal kita~
ana_anasha

Friday, April 3, 2009

Peristiwa berdarah


assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ni ada peristiwa berdarah yang berlaku....
bermula dengan pagi-pagi yang sengal sebabnya aku dikejutkan bukan dengan bunyi jam loceng di telefon bimbit tapi dengan kaki yang tiba-tiba kejang...
tambah pula dengan tugasan perpindahan jisim belum dapat disiapkan....
adui ai macam mana nie....
aku risau betul sebab dr Mimi kata hantar pada hari ini....
tapi menenangkan diri...
kata yakin boleh nye...
boleh siapnye tugasan tu...
kata-kata nak bagi motivasi pada diri sendiri nie....
lepas tu aku ke kelas syarahan kebarangkalian dan statistik...
pensyarah aku menunggu komputer riba beliau tiba di dewan kuliah menyuruh beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak untuk buat pengucapan umum tentang PPSMI...
aku tak nak ulas dengan lebih lanjut pasal PPSMI sebab aku dah ulas dalam blog ini......
kemudian kami mula belajar tentang analisis tentang varians pada cara 2....
sebelum tu rasidi telah meminta tugasan perpindahan jirim aku namun aku tidak bawanya ke kuliah...
tapi disebabkan aku ada ming sien punya jadi aku bagi kat dia...
kesian punya pasal....
jadi selepas tu aku pun dengar syarahan dari pensyarah selama 2jam...
selepas itu dalam perjalanan nak balik aku ajak mazia ke astaka dengan niat nak pergi menderma darah ni...
dah lama tak derma sekarang baru ada masa nak pergi derma...
masa pergi ikut saja prosedur macam biasa...
tapi aku agak terkejut sebabnya doktor tu tanya boleh tak kalau dia nak ambil darah aku 450mL...
wah gila banyak tu....
tapi tak apalah...
lepas tu aku terus berbaring di atas katil...
dan tatkala ketika jururawat pertama mencari urat beliau menyuruh aku menggengam dengan sekuat hati...
dah genggam dah dia nak apa lagi....
huhuhuhu...
dia kejap jumpa kejap hilang akunya urat....
ketika itu perasan takut mula menerpa diriku....
apakah bakal terjadi pada lengan tanganku ini...
adakah bakal lebam lagi sebab aku mempunyai pengalaman yang mana tangan aku lebam disebabkan jururawatnya salah cucuk....
seminggu tu tak hilang....
dan secara tiba-tiba darah aku agak lambat turun apabila aku mengepamnya....
dan dengan selambanya jururawat tersebut berkata "dik,cucuk kat tangan sebelah lagi boleh tak.ni darah tak turun"....
aku kata okay je sebab aku tak takut jarum....
tapi tatkala jururawat tersebut ingin mencabut jarum yang sedia ada di lenganku, satu peristiwa pertumpahan darah berlaku....
dimana apabila jarum yang besar itu keluar dari kulit tanganku, serentak itu juga darah mencurah-curah keluar....
tak sabar-sabar pula tu...
habis seluruh bahagian lenganku dipenuhi darah...
dengan segera jururawat tersebut memberi kapas kepadaku....
datang pula serangga menghurungi tanganku yang berdarah....
hendak saja aku menyuruh jururawat tersebut memberi aku kain dan air tapi tak terkeluar dari mulut....
ketika berlakunya peristiwa bedarah itu insan yang menemani aku aka cik mazi melarikan diri...
kenapa???
sebab dia takut darah....
hihihihi
jangan marah cik mazi....
kemudian dia cuba tangan kanan aku,tapi tak berhasil juga....
kembali ke tangan kiri...
sekali lagi aku menjalani prosedur yang sama....
tapi jururawat ni pun macam malas-malas saja nak ambil darah aku sebab baru lambat sikit darah aku turun dia dah berputus asa...
dia cakap kat aku " tak apalah dik tak dapat derma janji niat dah ada dapat pahala"....
aku derma bukan sekadar mengejar pahala tapi aku juga ingin mendapatkan kesihatan yang baik...
dan selepas seminit datang jururawat lain yang menampal pelekat berubat di tangan aku...
namu aku dapat merasakan yang bahagian cucukan keduaku darahnya masih belum kering sepenuhnya....
bila pelekat berubat ditampal aku pun ke kafe teman cik mazi sebab aku dah hilang selera makan disebabkan peristiwa tadi....
balik aku tengok skype dan aku dapat berita gembira iaitu tugasan perpindahan jisim hantar minggu hadapan namun begitu, ujian ke2 perpindahan jisim akan diadakan pada hari rabu...
alamak maksudnya minggu hadapan aku perlu bersedia untuk 5 ujian dan peperiksaan akhir iaitu :-
selasa :- peperiksaan akhir hubungan etnik
rabu :- ujian ke-2 perpindahan jisim
khamis :- peperiksaan akhir kejuruteraan grafik
jumaat :- ujian ke-2 kebarangkalian dan statistik dan juga peperiksaan akhir mandarin

setelah itu aku menukar pelekat berubat dan hasilnya.....
darah begitu banyak dan tak kering lagi dalam cucukan kedua....
tapi aku pasrah...
aku solat zuhur,layan skype sekejap dan terus tidur..
aku sangka keadaan semakin elok tapi lain jadinya...
aku bangun dan lihat di luar pelekat itu berdarah...
darahku menebusi pelekat tersebut...
rasa macam nak menangis saja...
sudah lah malam ni ada ujian ke 2 kejuruteraan grafik...
pening sangat...
yana keluar ke Pekan sebab ada program dan fathiyyah pula pulang....
huhuhuhu sedihnya...
bertahan sahajalah....
okalah tu sahaja tulisan hari ini...
akan bersambung esok....
Jumpa Lagi...



orang ramai di tempat derma darah lepas aku derma

dapat juga sijil walaupun derma sekadar 10 mL


kalau anda semua besarkan nampak darah di tepi pelekat tu....


tatkala pelekat berubat ditanggalkan


hasilnya....

*gambar-gambar di atas mungkin agak meloyakan dan menakutkan bagi sesetengah pihak...harap maaf atas ketidak selesaan anda.....

p/s:- baru hari ini ku tahu 'en busy' tak cukup darah jadi beliau tak boleh menderma.kepada 'en busy' makanlah banyak makanan laut supaya hemoglobin dalam darah bertambah ok....

tambahan sedikit tulisan hari ini agak pelik kerana aku menggunakan 100% bahasa melayu skema sebabnya anda akan faham sendirilah...

~kita tak sempurna jadi tak semestinya apa yang kita cakap betul dan orang lain cakap salah dan sebaliknya,dengar semua pendapat dan analisis data anda akan lebih memahami keputusan anda~
ana_anasha

Sunday, November 9, 2008

final paper and going home....

assalamualaikum dan salam sejahtera..
well tomorrow was my last paper for this final exam.well a but nervous about it but still im quite happy because i will go home tomorrow.seeing my hometown make my heart jump.well goodbye this semester.hope my pointer will increase this semester.


my fluid mechanics book

my quote for today :-
nobody doesnt make a mistake but everybody have to learn from it.