Friday, April 3, 2009

Peristiwa berdarah


assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ni ada peristiwa berdarah yang berlaku....
bermula dengan pagi-pagi yang sengal sebabnya aku dikejutkan bukan dengan bunyi jam loceng di telefon bimbit tapi dengan kaki yang tiba-tiba kejang...
tambah pula dengan tugasan perpindahan jisim belum dapat disiapkan....
adui ai macam mana nie....
aku risau betul sebab dr Mimi kata hantar pada hari ini....
tapi menenangkan diri...
kata yakin boleh nye...
boleh siapnye tugasan tu...
kata-kata nak bagi motivasi pada diri sendiri nie....
lepas tu aku ke kelas syarahan kebarangkalian dan statistik...
pensyarah aku menunggu komputer riba beliau tiba di dewan kuliah menyuruh beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak untuk buat pengucapan umum tentang PPSMI...
aku tak nak ulas dengan lebih lanjut pasal PPSMI sebab aku dah ulas dalam blog ini......
kemudian kami mula belajar tentang analisis tentang varians pada cara 2....
sebelum tu rasidi telah meminta tugasan perpindahan jirim aku namun aku tidak bawanya ke kuliah...
tapi disebabkan aku ada ming sien punya jadi aku bagi kat dia...
kesian punya pasal....
jadi selepas tu aku pun dengar syarahan dari pensyarah selama 2jam...
selepas itu dalam perjalanan nak balik aku ajak mazia ke astaka dengan niat nak pergi menderma darah ni...
dah lama tak derma sekarang baru ada masa nak pergi derma...
masa pergi ikut saja prosedur macam biasa...
tapi aku agak terkejut sebabnya doktor tu tanya boleh tak kalau dia nak ambil darah aku 450mL...
wah gila banyak tu....
tapi tak apalah...
lepas tu aku terus berbaring di atas katil...
dan tatkala ketika jururawat pertama mencari urat beliau menyuruh aku menggengam dengan sekuat hati...
dah genggam dah dia nak apa lagi....
huhuhuhu...
dia kejap jumpa kejap hilang akunya urat....
ketika itu perasan takut mula menerpa diriku....
apakah bakal terjadi pada lengan tanganku ini...
adakah bakal lebam lagi sebab aku mempunyai pengalaman yang mana tangan aku lebam disebabkan jururawatnya salah cucuk....
seminggu tu tak hilang....
dan secara tiba-tiba darah aku agak lambat turun apabila aku mengepamnya....
dan dengan selambanya jururawat tersebut berkata "dik,cucuk kat tangan sebelah lagi boleh tak.ni darah tak turun"....
aku kata okay je sebab aku tak takut jarum....
tapi tatkala jururawat tersebut ingin mencabut jarum yang sedia ada di lenganku, satu peristiwa pertumpahan darah berlaku....
dimana apabila jarum yang besar itu keluar dari kulit tanganku, serentak itu juga darah mencurah-curah keluar....
tak sabar-sabar pula tu...
habis seluruh bahagian lenganku dipenuhi darah...
dengan segera jururawat tersebut memberi kapas kepadaku....
datang pula serangga menghurungi tanganku yang berdarah....
hendak saja aku menyuruh jururawat tersebut memberi aku kain dan air tapi tak terkeluar dari mulut....
ketika berlakunya peristiwa bedarah itu insan yang menemani aku aka cik mazi melarikan diri...
kenapa???
sebab dia takut darah....
hihihihi
jangan marah cik mazi....
kemudian dia cuba tangan kanan aku,tapi tak berhasil juga....
kembali ke tangan kiri...
sekali lagi aku menjalani prosedur yang sama....
tapi jururawat ni pun macam malas-malas saja nak ambil darah aku sebab baru lambat sikit darah aku turun dia dah berputus asa...
dia cakap kat aku " tak apalah dik tak dapat derma janji niat dah ada dapat pahala"....
aku derma bukan sekadar mengejar pahala tapi aku juga ingin mendapatkan kesihatan yang baik...
dan selepas seminit datang jururawat lain yang menampal pelekat berubat di tangan aku...
namu aku dapat merasakan yang bahagian cucukan keduaku darahnya masih belum kering sepenuhnya....
bila pelekat berubat ditampal aku pun ke kafe teman cik mazi sebab aku dah hilang selera makan disebabkan peristiwa tadi....
balik aku tengok skype dan aku dapat berita gembira iaitu tugasan perpindahan jisim hantar minggu hadapan namun begitu, ujian ke2 perpindahan jisim akan diadakan pada hari rabu...
alamak maksudnya minggu hadapan aku perlu bersedia untuk 5 ujian dan peperiksaan akhir iaitu :-
selasa :- peperiksaan akhir hubungan etnik
rabu :- ujian ke-2 perpindahan jisim
khamis :- peperiksaan akhir kejuruteraan grafik
jumaat :- ujian ke-2 kebarangkalian dan statistik dan juga peperiksaan akhir mandarin

setelah itu aku menukar pelekat berubat dan hasilnya.....
darah begitu banyak dan tak kering lagi dalam cucukan kedua....
tapi aku pasrah...
aku solat zuhur,layan skype sekejap dan terus tidur..
aku sangka keadaan semakin elok tapi lain jadinya...
aku bangun dan lihat di luar pelekat itu berdarah...
darahku menebusi pelekat tersebut...
rasa macam nak menangis saja...
sudah lah malam ni ada ujian ke 2 kejuruteraan grafik...
pening sangat...
yana keluar ke Pekan sebab ada program dan fathiyyah pula pulang....
huhuhuhu sedihnya...
bertahan sahajalah....
okalah tu sahaja tulisan hari ini...
akan bersambung esok....
Jumpa Lagi...



orang ramai di tempat derma darah lepas aku derma

dapat juga sijil walaupun derma sekadar 10 mL


kalau anda semua besarkan nampak darah di tepi pelekat tu....


tatkala pelekat berubat ditanggalkan


hasilnya....

*gambar-gambar di atas mungkin agak meloyakan dan menakutkan bagi sesetengah pihak...harap maaf atas ketidak selesaan anda.....

p/s:- baru hari ini ku tahu 'en busy' tak cukup darah jadi beliau tak boleh menderma.kepada 'en busy' makanlah banyak makanan laut supaya hemoglobin dalam darah bertambah ok....

tambahan sedikit tulisan hari ini agak pelik kerana aku menggunakan 100% bahasa melayu skema sebabnya anda akan faham sendirilah...

~kita tak sempurna jadi tak semestinya apa yang kita cakap betul dan orang lain cakap salah dan sebaliknya,dengar semua pendapat dan analisis data anda akan lebih memahami keputusan anda~
ana_anasha

4 comments:

Zamri bin Mohamad said...

Apo ko hal lak nie??? Suruh le dekek saman nurse tu ... nguwawawawawa

anashahira said...

teringin juga nak saman...
dalam 20 ribu ke....
huhuhuhuhuuhu

Unknown said...

Euw...banyaknye darrrraaahh

anashahira said...

memanglah banyak dah nama pun peristiwa berdarah...
kalau darah sikit tak masuk blog nie....