assalamualaikum adan selamat sejahtera...
semalam aku telah menghadapi peperiksaan akhir yang pertama...
lega rasanya bila satu kertas dah tamat....
semalam air ada tak ada...
macam chipsmore kejap ada kejap tak ada...
siap masuk Utusan bahagian terkini sebab UMP tak ada air...
hahahahahahahahaha....
okalah ni fakta-fakta tentang aku ketika krisis air melanda UMP.....
1. aku turun naik dari ground floor ke aras tiga lebih 5 kali sehari ketika tak ada air....
2. aku mengelak makan nasi sebab taknak ke tandas...
3. aku berjumpa bermacam-macam jenis manusia,yang tak sabar,yang 'jual ikan' , berlagak bagus, pengotor,tapi nasib baik ada orang yang baik hati juga....Alhamdullilah
4. aku kerap mandi pada waktu malam dan hadiahnya, aku demam,batuk dan selsema..
5. waktu yang diperuntukkan untuk belajar telah habis sama sekali kerana nak mandi saja masa yang diperuntukkan ialah sejam...
6. cubaan untuk mengurangkan mandi,kiranya nak mandi sekali je sehari berjaya dipatahkan....sebab badan tak rasa selesa...
7. cubaan untuk mandi di luar juga berjaya dipatahkan kerana ketiadaan kenderaan....
8. mood belajar ku berkurangan sebanyak 30%... (nasib baik masih boleh jawab CRE1)
9. air yang menjadi teman setia sudah tentu 100+ dan excel...
10. tak tahu kenapa aku jadi orang yang rajin turun naik tangga...
11. membasuh menggunakan air tadahan hujan memang best tapi baru ku sedar ramai yang takut menggunakannya... (air mutlak lah air hujan tu buat apa takut)
12. emosi jadi kurang stabil sikit.sebab nak marah kat seseorang ni (kepada beliau kalau nak mengutuk cuba duduk ditempat orang dulu)...
13. jadi sangat cepat penat..
14. dah pandai mandi macam orang dulu2....
15. baju banyak yang dilonggokan.niat nak basuh baju asik tertangguh namun tatkala ada air ni berjaya juga basuh...
16. terpaksa melambatkan solat maghrib sebab taknak batal wudhu' dan terus solat isya' after that....
17. kalau tak ada paper exam aku akan mandi dekat dengan tengah hari dan aku mandi malam..
itu saja kot.bila baca Utusan aku rasa kagum sebab NC mengeluarkan juga statement pasal tak ada air ni...
dan tolong jangan jadikan ia acara setiap semester...
sebab ianya bukan menyusahkan pelajar sahaja...
menyusahkan staff juga sebab pelajar akan guna staff punya bilik air mereka....
dan hari ini air dah macam pulih...
aku harapkan line internet juga akan pulih...
Ja Na...
~hidup tak seindah yang diharapkan namun ianya seperti rama-rama sebelum ianya berubah menjadi rama-rama yang cantik ia hanya ulat beluncas dan kepompong yang menggelikan~
ana_anasha
No comments:
Post a Comment