Wednesday, September 30, 2009

Bergambar di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
dalam pada mengantuk mencari maklumat untuk projek sempat gak nak upload gambar walaupun tenet kat UMP macam siput dan kekura bertanding siapa paling perlahan....
enjoy.....
pagi raya bersalam dengan ayah tercinta....

candid tanpa aku

candid agi...sengal tol r

happy time with my family


kubur lama famili mak aku

bersediakah kita???

beraya dengan saga akakku

luar MITC....rumah terbuka MB dan TYT Melaka

jom naik beca....menyibuk r minah sebelah aku ni....

pokok kelapa yang ditanam kami bertiga lebih 10tahun dulu

rumah yang aku spend banyak masa disitu ketika zaman kanak-kanak...

rombongan meminang fariha untuk kamel....
(pasangan berbaju hitam di hujung sebelah kiri anda)

dengan makcik yang bawa aku pergi beraya....

itu je gambar yang dapat aku selitkan untuk post kali ni....
Ja Na...

Venue Gambar:-
rumahku, kesang tua,jasin,melaka
Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas, Selandar
MITC, Ayer Keroh Melaka
rumah arwah nenekku, Jalan Bunga Jermin, Felda Kemendore @ Felda Tun Ghafar
rumah Fariha, kawan sekolahku, Kampung Abbey, Nyalas
rumah pacat @ izat; Kampung Chohong, Jasin

credit to:-
*my big bro for the family picture
*aniesh for the friend picture

final words:-
*Happy birthday Makcik; thanx for being a good friend to me....
*aku tak pernah merasa balik ke kampung sebab kampung sebelah mak dan ayah aku dekat aja dalam sepuluh minit
*dulu masa kedua-dua belah arwah datuk dan nenek aku masih ada, pagi raya kami bersolat di Masjid Kg Kesang Luar lepas tu bertolak ke felda kemendore dan petangnya ke Selandar
*paling-paling pun masa dulu kami akan duduk di kampung sampai 2 pagi dan kami balik ke rumah semula dan datang esoknya sebab sedara ramai sangat yang balik, tak muat tempat tidur
*dah duduk di negeri orang barulah aku merasa balik kampung...

~nothing sometimes better than everything~
ana_anasha

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

assalamualaikum dan salam sejahtera....
jom cerita pasal raya....
sebab dah lama tak update....
busy bangat dengan raya....

Raya Eve
kerja pertama dibuat ialah membuat ketupat...
aku memang fail mengayam ketupat nie...
so aku nye kerja mengisi beras di dalam ketupat.....
lepas tu aku dipanggil untuk menyiapkan langsir pulak.....
terpaksa menyiapkan langsir serta memasangnya....
kena buat seorang-sorang lak tu....
sambil bukak lappy, tapi disalah paham oleh mak....
dia ingat tengah main lappy tak buat kerja....
sedeynya....
malam semua preparation siap...
pakcik datang siapkan air....
iron baju semua dan tidur agak lewat malam tu......

1 Syawal
pagi-pagi pukul 600 dikejutkan oleh bonda tercinta....
semua ahli keluargaku termasuk binatang berkaki empat bangun....
disebabkan tahun ni tak ada sesiapa pun yang tak pergi ke masjid, jadi pagi-pagi lagi dah kena siap-siapkan kuih raya...
lepas tu orang dari masjid datang,so kena siapkan ketupat...
lepas siap-siap semua kuih-kuih raya dan tempat sajian di luar,kami bersarapan dan kena ambil giliran siapa yang nak mandi dulu....
aku ikut ayahku bersama mak dan akak ke masjid...
geng-geng lelaki naik myvi alangku.....
balik solat raya, alangku dengan akakku pergi bergambar dengan kereta baru masing-masing....
aku yang bagi idea ambil gambar famili depan rumah....
kelam kabut betul...
dengan rambut spike abang aku yang sengal....
lepas tu mula bermaaf-maafan....
aku mempunyai tabiat aku suka bersalam ikut umur....
mula dari ayah dan last sekali abang aku....
yang kelakarnya aku mintak duit raya dari semua abang-abang dan akakku....
sampai aku kejar abang aku sebab nak duit raya...
sengal kan...
lepas tu bersiap-siap ke kubur....
pergi ke kubur arwah atuk dan nenek sebelah mak dulu...
lepas tu pulang ke rumah hantar mak balik...
lepas tu kami pergi ke rumah terbuka MB dan TYT Melaka....
ada orang state kat rumah aku....
bak kata beliau "dia buat rumah terbuka guna duit kita tau"....
lepas tu pulang ke rumah....
tolong mak kemas-kemas dan ada 2,3 orang tetamu datang termasuklah sepupu aku....
petang pukul 2 pergi ke kampung ayah aku di felda kemendore @ felda tun ghafar....
pakcik aku adakan jamuan kat sana....
dengar-dengar rumah tu nak demolish sebab makcik aku siap cakap ambillah gambar banyak-banyak...
sedih kalau rumah tu nak demolish sebab banyak kenangan rumah tu....
rumah ke-2 aku sebelum arwah nenek aku meninggal....
lepas tu ke kubur arwah atuk dan nenek kat sana....
pulang ke rumah, aku solat dan landing kat katil....
makcik dan pakcik aku datang pun aku tak sedar....
Gomeneh, tak sengaja...
penat sangat,dah lah lewat tidur malam tu....
tapi bila makcik sebelah mak aku datang, aku terpaksa bangun sebab diorang cari pula.....
makcik aku yang sorang ni berasal dari kuantan, so borak-borak lah pasal kuantan dan UMP...
maaflah, "i'm still thinking that Kuantan is kinda bored city"....
malam, sedara-mara datang....
abang aku agak-agak sengal sikit sebab tak habis-habis main mercun dia...
aduis sakit telinga wei....

2 Syawal
bangun agak lewat....
sedara-mara berpusu datang dan pergi.....
penat nyer....
agak petang kami pun rancang ke rumah makcik di Malim memandangkan kesihatan pakcikku tak berapa baik....
duduk sana selama 2jam....
gila ah....
lepas tu balik ke rumah atuk sedara aku dekat area kesang tu juga....
jumpa dengan kawan sekolahku merangkap 2pupu aku, amalina....
dah kerja dah dia tu, jadi nurse...
malam macam biasa melayan tetamu yang hadir....
dan aktiviti malam abang aku membakar duit, kata pakcik konservatif aku....

3 Syawal
menghantar abangku pulang ke rawang...
rancang nak gerak pukul 8 tergendala disebabkan akakku yang suka ber"make-up" tebal....

pit-stop pertama di Seremban, rumah mak sedara....
dengan tak telefon, inform nak datang, main redah aja...
ada ke tak ada dia kat rumah tawakal je....
nasib baik dia ada,peristiwa kelakar; aku tak reti bukak paip rumah dia nak basuh pinggan....

pit-stop kedua, bangi, selangor...
ingat nak pergi rumah anak angkat mak aku....
sekali dia tak ada...
peristiwa kelakar; akak aku bagi nombor telefon orang lain kat abang aku bukan nombor telefon anak angkat mak aku.....

pit-stop ke-3, putrajaya, rumah sewa akakku...
yang ni aku bengang sikit, semalamnya beria-ia nak pergi tengok rumah dia, sekali kunci rumah tak bawak...
dah rasa macam pencuri nak mencuri rumah orang jek...
sengetnya akak aku....

pit-stop ke-4, alamanda putrajaya....
tak ada sebab sangat pergi sini...
window shopping jek....
akak aku,mak aku dan angah aku pergi ke kedai watson,aku dengan abang aku masuk ke kedai buku MPH....
nak cari tempat makan, abang aku haus...
kejap jek lepak alamanda ni, banyak kedai tak bukak lagi....

pit-stop ke-5, masjid sultan mizan, bersolat jamak zuhur dan asar....
masjid ni baru 90% siap....
scenary dia memang cantik lah...
terutama khat dekat cermin...

pit-stop ke-6, rumah mak sedara di Sg Buaya, Rawang....
ni aku paling tak puas hati...
akak dan abang aku masing-masing kata mereka lagi bagus dari GPS, tapi rupa-rupanya GPS manusia ni membawa kepada kesesatan....
inilah yang terjadi sekiranya ada 3 guide; abang aku,akak aku dan GPS angah aku....
makcik aku dah risau sebab janji pukul 3 sampai tapi pukul 4 baru tiba....
dengan perut lapar ni, nasib baik makcikku dah siapkan nasi tomato...
best,best...
makan sambil berbincang hal-hal panas....
lepas tu abang aku ambil kenderaan kesayangan dia dan pulang ke rumah dia....
sebenarnya aku teringin nak ke rumah dia jumpa PanPan aka anjing rumah sebelah dia yang dia dan budak rumah dia manjakan....

pit-stop ke-7, bukit beruntung,rawang
hampehnye abang aku, motornya tiada minyak...
nasib baik kitaorang hantar dia balik kalau tak, tersadai dia kat sana....
sampai kawasan rumah dia, anjing dia dah menyalak dengan gembiranya....
terbukti yang PanPan memang manja dengan abang aku...
sengalkan...
bukan nak kutuk tapi nak kutuk juga, rumah dia macam orang lari dari hutang ahlong...
takleh nak dibayangkan....
aduis....
beli minyak, kemudian bergerak ke destinasi seterusnya....

pit-stop ke-8, seksyen 2, bangi
sampai tepat 730....
sampai-samapi solat dulu...
memandangkan ayah aku dah beritahu akan kehadiran aku dan lain-lain ke rumah dia, so die dah bersiap-sedia dah......
solat dulu lepas tu berborak lagi....
isu hangat lagi....
aduis....
dalam 830 ada tetamu lain datang, jadi kami pun mengechaukan diri...

pit-stop ke-9, rumahku syurgaku....
akak aku yang bawa sebab angahku dah mengantuk....
aku lak mari tidur dalam kereta....
penat wei....
esoknya ada temu janji dengan kawan-kawan pula....
sampai rumah dalam pukul 1030....
aku baru sedar aku tak mandi dalam pukul 12...
aku mandi pukul 1....
bijak tak???

4 Syawal
janji melayu memang tak leh pakai....
janji 930 jadi 10....
memang sengal kan....
beraya di rumah rakan-rakan sekolah dulu dan rumah 2 orang cikgu sekolah dulu....
mereka tetap macam tu...
siap kena tegur lagi dengan cikgu haslina; korang ni masih tak berubah lagi....
best..
tapi paling best dapat gak aku beraya rumah cikgu abu kassim...
my faveret cikgu tue, cikgu fizik aku...
tapi aku tak puas hati bila dia cakap fizik aku sengal...
aku dapat A2 tau bukan C5....
menangis,menagis....
tapi lama bangat tak jumpa beliau....
nasib baik nama ini masih diingati....
yi pie....
malam, tak banyak aktiviti selain tengok astro, cerita raya....
dapat panggilan dari unexpected person tapi tak sempat nak angkat....

5 Syawal
beraya di negeri sembilan....
mula-mula ke tampin, gemencheh dan terus ke palong....
ada juga peristiwa kelakar yang mana pakcik aku bising ayah aku tak ikut sekali beraya....
huhuhuhu....
on the way pulang, singgah pondok kempas kampung mak kat sana....
dah raya ke-5 baru balik kampung, sengal kan....
malam diisi dengan aktiviti depan lappy or tv bersama keluarga..

6 Syawal
mak ajak pergi ke Selandar rumah sedara kat sana....
tapi aku dah tak larat....
lagipun ini peluang last aku nak berdating puas-puas dengan lappy dan streamyx....
sebab abang aku dah kerja....
petang diisi dengan mendownload talk show suju....
yi pie.....

7 Syawal
teman akakku pergi service kereta....
EON, kenapa servis kamu macam cipan...
dah tahu kereta melambak tunggu diservis dia boleh pergi makan lak tu selama setengah jam....
aduis macam ni punya orang pun ada ker??
lepas tu membeli-belah di tesco dan makan di rasa mas kat tesco...
tapi kecewa tak ada chicken chop....
pulang ke rumah, aku kehilangan seekor lagi kucing...
sedihnya.....
aku,akakku dan angahku bersiap nak pulang keesokannya

8 Syawal
hari ni lah tue....
alang aku sorang hantar aku pulang...
mak aku pesan jangan tidur....
tapi aku terlelap at least 4 kali....
sampai aku terkejut masa abang aku bercakap dengan aku....
parah,parah....
sampai di UMP, aku rasa aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi hari esok aka kuliah pertama selepas

cuti 2 minggu....
apa-apa pun chaiyok, gambatte, hwaiting...

final words
*masih ada insan yang bermain mercun di UMP nie....
*berniat nak puasa 6 esok, hope jangan ada halangan
*raya yang memenatkan tahun ni
*aku agak annoying dengan pakcik konservatif dan menantunya...
*gembira dapat unexpected call
*doa aku ialah semoga aku dapat berjumpa jodoh dengan cepat
*aku still alergik sama qamil, far tolong r betulkan sikit kepala pakwe kamu tue,senget bebenar....

~life is full of sweet and bitter, take the sweet as encouragement to us and take the bitter as our reminder~
ana_anasha

Thursday, September 17, 2009

Akhirnya.....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua pembaca blog ni....
Maaf segala kesilapan dalam penulisan ini....
tak lupa juga buat kawan-kawan satu sekolah,satu matrik dan satu U maaf ku pinta sekiranya empuya diri ini berdosa kepada anda...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

Ja Na

final word

*masa menaip ni abang dengan akak aku baru sampai dari KL*
*terima kasih buat my junior hisyam sebab dah send sms raya dah semalam*
*malam ni nak shopping raya dengan my siblings*
*kad raya tak banyak ni,macam ner nak menggantung-gantung ni*
*kepada gurls di luar sana; jom puasa enam so tak ada lah pening-pening nak ganti nanti*
*kepada guys gak jomlah puasa 6 sekali terutama kat insan tersebut yang masa bulan rejab poyo-poyo konon-konon nak ikut puasa sunat,tapi tak puasa juga*
*tak pernah merasa 'balik kampung' sebab kampung parents dekat kawasan yang sama juga*

Tuesday, September 15, 2009

Perjalanan Jauh yang Kurasa

assalamualaikum dan salam sejahtera....
nak post gambar masa on the way nak pulang menaiki bas UMP....
disebabkan duduk seat seorang-sorang so agak bosan dan terus snap gambar nie....


aku ada atas bas tapi ramai student tengah mencari-cari bas mereka....

amik gambar lagi kat dataran mekanikal UMP walaupun lab meki dah berpindah ke Pekan nama dia tetap kekal



lepas isi minyak kat jementah....

sampai dah di melaka

air pancut ooo air pancut


kat cermin keta tu ada mirror imej bas UMP

air terjun di tengah bandar....


dalam MyVi abang....cepat-cepat snap bas UMP yang berhenti dekat Melaka Sentral lepas hantar kami

dah,dah tu aja....
lappy dah kembali menerima streamyx atas daya usaha aku....
aku takut dengan PC abang aku sebab dia suka error....
dah nak kena buat keje lain ni...
Ja Na

final words
*harapan tahun depan MPP buat lagi eik bas UMP balik kampung supaya tak menyusahkan aku nak cari orang hantar pergi terminal*
*agak bengang dengan orang yang lewat naik bas sebab bas delay sejam sebab nak tunggu penumpang yang tak puncual*
*banyak gila kad raya dari fb, sentimental kad raya dah hilang*
*masih gilakan SuJu sampaikan berjam-jam download music video diorang*
*preparation jalan-jalan raya bersama my siblings dah dirancang*
*rindu nak jalan-jalan raya dengan kawan-kawan sekolah dulu walaupun tiap-tiap tahun berjalan bersama*
masih taknak wish selamat hari raya.saya belum bersedia lagi k*

~waiting for someone who can take my hand and held it up and always be at my back to support me whenever i am falling~
ana_anasha

p/s:-ianya puitis bukan bermaksud sebenar,tiada lelaki yang dibenarkan menyentuhku kecuali my famili and husband

berpuasa di UMP untuk tahun ke-3

assalamualaikum dan salam sejahtera....
sekarang baru ada masa nak update blog sebab kabel telefon telah menunjukkan kebengungan nye...
dan ni update pun guna PC abang tak guna lappy....
so,tiada gambar dapat diuploadkan....
tahun ni aku rasa ramadhan yang mencabar emosi....
bukan fizikal....
lemah jiwa juga lah dibuatnya....
dan ramadhan tahun ni juga lah aku telah merosakkan jam biologi aku....
mana taknya esok ada kelas, aku cuma tidur sejam je dari pukul 3pg-4pg....
esoknya pula ada presentation...
memang agak masak lah juga...
nasib baik masa tu hari rabu jadi petang aky tidur semula lah....
dan yang lagi sengalnya, bila cuti hujung minggu aku stay-up sampai subuh lepas tu aku bantai tidur gila-gila....
bangun cuma bersolat saja....
dan stail aku berbuka kat sana agak mengejutkan kawan-kawanku....
makan kuih saja sudah....
tahun ni juga 3 kali aku berbuka puasa di luar;
1. berbuka dengan geng2 budak BKB dekat Tanjung Lumpur (cidi bila kamu nak bagi gambar??)
2. disebabkan tinggal seorang-sorang dalam bilik, so keluar dengan mazia dan rummate-rummatenya ke kedai sebelah shell dan petronas merangkap sebelah kedai katak....
3. keluar dengan mazia, mirul dengan duan sebab nak beli baju raya, makan pizza untuk berbuka....
dan pertama kalinya aku bershopping raya sendiri tanpa mak atau akak aku...
tahun lepas baju-baju raya aku semuanya akak aku beli disebabkan aku kesuntukan masa nak beli....
pertama kalinya aku balik ke kampung dengan menaiki bas UMP....
best gak sebab bukan naik bas persiaran tapi naik bas UMP yang baru...
siap ada seat belt lagi....
seronot,seronot...
tapi tahun ni disebabkan ramai adik beradik aku yang berkerja di luar melaka jadi mereka akan balik paling awal jumaat dan paling lewat sabtu....
terpaksalah aku berseorangan menyiapkan lauk berbuka, mengemas rumah bersama mak aku jek...
fuih...
dah lah tudung raya belum beli lagi...
pening,pening....
aku harap kabel tenet nie boleh sambung kat lappy aku tengah malam nie...
dapatlah aku download video suju banyak-banyak...
Ja Na
Final Words
*tahun ni tak ada kad raya, semua hantar guna facebook aja*
*ada orang dah minat lagu korea,hihihihi, welcome to da club*
*bosan sikit sebab abang dengan kakak aku tak ada kat rumah plus kawan-kawan pun belum balik lagi ni*
*abang aku dah mula buat perancangan raya.aku tak available selasa depan*
*assignment raya belum disentuh lagi.aduis*

~perkara yang berlaku ada cerita disebaliknya~
ana_anasha

Friday, September 11, 2009

Balik Kampung....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
insya-allah lebih kurang 2jam setengah lagi aku akan bertolak pulang ke kampung halaman di Kesang Tua, Jasin,Melaka.....
balik tahun ni aku berdoa agar segalanya dipermudahkan tak macam tahun lepas...
apakah yang terjadi??
hanya aku,familiku,kawan-kawan terdekat dan en busy ku je yang tahu apa terjadi.....
kepada kawan-kawanku yang ada kat rumah sekarang nie; enjoy tapi jangan lupa tolong mak dan ayah kamu tau....
yang belum boleh balik especially my BFF, jangan risau nanti aku datang jemput kat MC k...
Insya-allah kalau tak ada apa-apa aral aku akan still berblog kat rumah nanti sebabnya aku ada benda nak buat di rumah dengan internet....
Insya-allah kalau tak ada apa-apa aku akan bercerita pengalaman puasa aku di UMP untuk tahun ini...
Ja Na....

bear yang comel di the store....

final words;
*terima kasih kepada orang itu kerana sudi ber'gtalk' dengan aku sampai aku mengantuk ketika aku duduk sorang-sorang n keep on smiling yerk orang itu*
*balik ni nak download cerita SuJu banyak-banyak dan nak main pet*
*aku taknak ucap selamat hari raya lagi kepada korang sebab bagi aku terlalu awal*
*walaupun banyak cabaran dalam bulan puasa ni tapi aku berjaya bertahan dan bersabar walau banyak air mata yang tumpah tanpa disedari...yoish*

~cabaran dan dugaan hanya akan mematangkan kita sekiranya kita tahu bagaimana hendak berdepan dengannya~
ana_anasha


Thursday, September 10, 2009

Happy Together.....

assalamualaikum dan salam sejahtera.....
saja ja nak letak tajuk kat atas.....
menunjukkan hati tengah berbunga-bunga nak balik....
baru daku sedar bahawa penat yerk duduk kat UMP nie.....
sebenarnye cerita ni dah agak lambat tapi nak post gak....
buat pertama kali aku bershopping raya di negeri orang tahun ni....
best ker???
okalah....
sekurang-kurangnya aku belajar menjadi "wanita" sikit.....
nanti lepas raya aku postkan gambar transformasi aku....
hahahaha....
nak pergi basuh baju dulu.....
dalam bilik ni dahlah duduk sorang-sorang....
bersambung di post akan datang....
Ja Na....

Final words;
*to en zaki ---> bila hidup bermasyarakat ada kalanya berlaku perselisihan faham dengan cemburu buta tapi dia akan menjadi satu masalah besar kalau pihak tersebut taknak meluahkan apa yang terbuku di hati*
*mak kat melaka dah tak sabar nak tunggu anak bongsu dia balik nie sebab dia sekarang duduk sorang-sorang*
*ada lab lagi pagi ni.aduis..gambatte anashahira*
*sya---> terima kasih sebab suka Donghae...hihihihihi*
*saya memang suka SUJU especially eunhyukkie*

~SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING BUAT KAWAN-KAWAN SE-UMP DAN YANG BUKAN UMP YANG KENA BALIK LEWAT TU BERSABAR SAJALAH.HIHIHIHI~

Saturday, September 5, 2009

Menconteng di blog sendiri

assalamualaikum dan salam sejahtera....
satu lagi coretan dariku ketika tengah bosan...

aku perlukan seorang teman....
bukan untuk menemaniku keluar bandar....
bukan juga untuk menemaniku makan di kafe....
aku perlukan teman yang memberiku kekuatan....

teman yang baik....
yang sentiasa memberi perangsang untuk berjaya....
bukan penyebab untuk jatuh....
bukan penyebab aku bersedih....

aku memerlukan teman...
bukan yang perlu disms setiap hari...
bukan perlu dijumpa setiap hari...
tapi cukuplah sekadar aku dan dia tahu hati masing-masing...

aku perlukan teman
yang bisa menjadi pemangkin kepada kehidupanku ini
susah senang dikongsi bersama....
supaya berbahagia selalu........

*kalau orang tanya apa lelaki pilihan aku untuk jadi suami jawapannya:-
1. mestilah seorang yang boleh membuatkan aku tersenyum setiap hari aka a jokester
2. tak suka sakitkan hati aku aka pandai jaga hati r
3. boleh cemburu tapi bukan melampau
4. innoncent sebab lelaki yang innoncent ni agak comei macam eunhyuk
5. baik hati
6. boleh terima aku, keluarga aku, kawan-kawan aku dan paling penting boleh terima kucing
7. finale kalau rupa tentulah aku akan cari macam eunhyuk tapi kalau dah jodoh aku dengan orang yang bukan muka macam eunhyuk aku terima ajalah (nada kecewa sikit)

Ja Na

Final words;
~dulu pernah bercita-cita menjadi penulis atau wartawan tapi terbantut sebab aku lebih suka bidang mencabar macam sains dan maths~
~karangan BM aku masa SPM tak pernah dapat bawah 75 walaupun ada sekali karangan aku hampir terpesong, tapi markah aku tetap 83,terkejut juga aku~
~satu karangan BM aku menjadi rujukan kepada kawan-kawan aku masa SPM, cikgu aku suruh aku fotostatkan dan bagi pada kawan-kawan~
~esei BI??grammarku masih di tahap kritikal.tapi aku masih pelik sebab aku dapat markah esei BI dalam MUETku agak tinggi walaupun aku menulis lebih kurang 3 muka lebih untuk esei BI~
~aku pernah aktif membuat diari ketika di sekolah rendah dan di awal sekolah menengah, pernah juga mencipta sebuah novel pendek dan memberikan kawan-kawanku baca~
~sekarang aku masih aktif menulis tapi di depan lappy dan agaknya disebab itulah skill menaipku semakin bertambah dengan hanya perlu memandang ke arah skrin komputer untuk menaip~
~kalau aku bosan,frust atau kecewa banyak kata-kata hikmah atau poetry yang aku cipta~
~nak sambung buat ASSIGNMENT, ANASHAHIRA SILA BERHENTI MENAIP POST UNTUK BLOG NI~

sebab dah lama tak upload gambar dekat lab dan gambar masa kelas....
so enjoy...

masa: 815-10pg
tempat: makmal kimia bahagian Unit Operation (Plate Heat exchanger)


kerja kami pada pagi ini....

hot surface, lainlah kalau tangan anda itu kebal....

cari valve daripada pelan ni, kalau tak masak r nak cari valve die

p/s : sudah kena tegur kerana asyik tulis post-post sedih,frust dan kecewa, so lepas ni nak buat post gembira lak....hihihihihi

Thursday, September 3, 2009

Writing Artwork

assalamualaikum and a very good day....
just want to share my thought and writing here....
enjoy....

Days are passing by....
we are close yet we are distance....
why this happen to us??
who should be blame??

the days that we have each other
having time for each other
hanging out with each other
talking and sharing thought with each other

this distance make me sick
this distance make me sad
why we create this distance
why this distance happen between us

let's make this distance small
lets be like how we been before
please don't make the distance increase by day
because i still love our friendship

if the distance still increase
i cannot say much more
than crying in my deep at heart
let's not be like this

* this is written by me when i was deeply stress about NUMET and when i am really i bored phase.the words are TRUE, and dedicated to someone which i hope that person read it*

Final words:-
-to sya please don't like my hubby.try to absorb EHB,there are lots of hansome guys there (evil smile)
-i am really looking forward to go back home....
-wrote this in English, i still gotta say this; i love english but i really dont like grammar
-happy 15th of Ramadhan.half of Ramadhan already gone,let's increase our deeds....

Ja Na

~life is always like this,sometimes we cry, sometimes we smile, sometimes we laugh~
ana_anasha