Saturday, April 17, 2010

Coming soon on your nearest exam hall.....

assalamulaikum dan salam sejahtera...
just drop by to wish all my friend...
Happy Final Examination Day...
nie aku dan rakan-rakan 3BKB punya schedule exam...

19/4: OSH
23/4: PME
30/4: PCI
4/5: bioseperation

To all my friend good luck and study rajin2...
Ja....

cute monkey....but he is cuter monkey.....

sho-kun..date with him all nite.....so kawaiii...

Happy Exam...no stress is allowed in the exam hall...

last but not least...
*kenapa tiap-tiap kali nak exam mesti aku rajin studi movie....oooo help me pliz...
*ada orang berjaya membuatku bengang...pliz understand people if you want people to understand u
*oh dear...minggu ni 3 accident,
1. jatuh daripada tangga katil sampai sya kata pasni tidur bawah r...kaki masih lagi sakit masa post ni ditulis....jatuh pada hari selasa...
2. tertendang kerusi sampai bengkak kaki....aigo....ni hari jumaat ri tue...dua-dua belah kaki tercedera
3. bibirku pecah..nie aku tak sure macam ner ley berlaku....bibir terhentak besi pada katil....weird...
*aku mahu studi OSH....wish me luck....
*tiba-tiba sebaris lirik lagu heartquake sesuai dengan condition aku..part nie;
neomu ah ah ah ah apa etteohke
sarraneun geoni?
maksud lirik nie;
it h-h-h-h-hurts so much how am i supposed to live?

~althought i want to stop the tears from falling but its keep falling...sorry for bothering your day~
ana_anasha

Saturday, April 10, 2010

Nak strawberry milk

assalamualaikum dan salam sejahtera...
aigo...
kepingin mau minum itu strawberry milk...
dah r kat inna shoppe tak ada lak strawberry milk...
oooh no...
bertambah sakit belakang badan ku nie...
huhuhuhu...
aku sebenarnya start addicted pada strawberry milk ni tahun lepas masa aku nak beli air susu kat inna shoppe dan yang ada cuma strawberry milk jew...
biasa kau beli coklat tapi tak ada lak masa tu....
lepas tu baru sedar, sedap gak strawberry milk ni ea....
hihihihi...
teringat masa patah tulang rusuk dulu kena minum susu tiap-tiap hari...
dah lah dorang beli full cream milk....
terseksa aku minum sebab aku tak suka susu tanpa perisa....
huhuhuhu...
minggu depan bermulalah minggu belajar aka study week pada student UMP....
aku pula minggu depan bermula lah aku belajar cara-cara untuk menjaga bakal baby-baby aku aka hybidoma cell....
tired + serabut sekarang ni...
dengan harapan segalanya akan dipermudahkan...
Insya-Allah...
Ja....

layan citer ni Sj-Miracle....mula-mula gelak lepas tu menangis...nie episod 4, guest Kara dengan SG Wannabe....

hyuk 5 years back.....baru abis high school...

layan cerita nie....Lets Go Dream Team..cerita agak serius dan mendebarkan tapi kehadiran lelaki ini menyebabkan cerita ni jadi lawak.....

can U pass me ur strawberry milk???

last but no least...
~ oh exam kenapa jarakmu jauh sangat~
~kesimpulan dari post sebelum nie, aku jek yang mempunyai perasaan perasan.so tutup buku, tutup kamus~
~oooo...aku mau pulang~
~tension,blur,serabut~

my words...
*the person who looks happy and bright everyday is the person who always hiding its depression and stress in order people for the people wont worry about it...there is no such thing as happy go lucky person*
ana_anasha

Saturday, April 3, 2010

Happy Birthday Lee Hyuk Jae.....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
yeay...
hari ni 4hb4 birthday eunhyuk yang ke24 ataupun 25 dalam umur korea....
aish bila lah agaknya aku nak menjejakkan kaki ke korea walaupun berazam nak pergi Super Show 3 tahun depan....
mari bercerita tentang minggu ni....
Serabut...
tak tahu kenapa semester ni walaupun kredit hours sikit tapi masa-masa macam ni banyak pula assginmnet plus presentation....
nie semua gara-gara banyak kelas kansel yang tak berganti...
so last-last memang agak struggle lah....
lagi satu tolonglah company mana-mana pun replylah form aku tue dengan kata ok...
penatnye nak dapatkan tempat LI....
kabel tak sekuat kabel car...
huhuhuhuhu....
oooooohhhh
cepatnya final nak datang...
risaunya daku....
PCI,biosep,OSH dan PME....
kehidupan serabut datang kembali....
tengah bersedia mengahadapi segala kemungkinan....
oh..oh only for U....
Ja...
taknak merapu dah....
layan je gambar birhday boy nie;
p/s:all this picture is not mine....taken from other site...tq



seriously same as me, aku pun suka gak buat lipat sebelah kaki jek...mak selalu bising, kadang-kadang tak perasan pun sebenarnya sebelah jek kaki seluar yang dilipat....hik2...

self-cam...cute.

lastly...
#sudah ada orang sound pasal kegilaan ku pada hyuk ni...sorry lah, bukan apa lagi seronok suka orang yang dari awal kita tahu takkan dapat so tak akan mengalami frust mengejut....
#sekarang tengah konpius dengan hiding language seseorang.aku taknak guessing ni...kalau betul tak apa..kalau salah mesti aku yang rasa diri senget,so sekiranya beliau taknak terus terang so i assume apa-apa hiding language yang aku pikir tu sebenarnya tak ada pape,just aku je yang perasan.....
#sakit belakang...any recommendation

~crying is not a solution for a problem, be brave and face it!~
ana_anasha

Saturday, March 27, 2010

just a little words

assalamualaikum dan salam sejahtera...
wah minggu ni penuh dengan cerita-cerita hot lagi panas....
taknak r bukak cerita yang hot2 nie....
sebab kat facebook dah terlalu banyak cerita...
just nak letak gambar ss2 taken dari fan....


my second suju bias, henry (sj-M)

when he is confused (lift rosak)


of course, u r my endless love.....

love this quotation...hyukkie fighting

---> picture taken from http://sj-world.net it is not mine....sorry i did not quote the real owner....

conteng-conteng
*penatnya minggu lepas hati membara yang banyak
*hari ni hari keletihan + tak sihat sikit, so tertidur dengan kadar yang banyaknya....
*sedih tak dapat pergi Super Show 2 kat malaysia sebabnya tak ada duit dan tak akan menggunakan duit PTPT-pu dan famili untuk pergi enjoy.....
*baca review orang pasal SS2 menyebabkan kejelesan yang tinggi...
*suka bila leeteuk suka buat SS2 kat malaysia, harapan SS3 kat Malaysia agak tinggi dengan respon yang baik dari suju members + henry dan Zhoumi yang asyik tersenyum sebab pertama kali dorang terima fan love....sebelum ni asik kena boo aja....
*lastly, i'm saving for Super Show 3...yi pie....

i really love this fan quotation from http://sj-world.net
~to meet you is fate, to like you is choice but to fall in love with you is beyond my control~

p/s: sorry, i'm using malaygish.....hihihihihi
malay + english.....

Sunday, March 7, 2010

kesibukan melanda

assalamualaikum dan salam sejahtera....
fuih....
selama beberapa minggu nie memang sibuk....
selepas cuti midsem jadualku penuh dengan kerja-kerja PSM...
training untuk cell culture pun dah start dah...
dapatku mengambarkan bahawa ketika bermulanya PSM secara official, aku akan duduk berkampung kat lab....
duduk dekat bisafety hood...
bilik yang hanya authorized personnel only...
hihihihihi...
then fokus dan kesabaran adalah kunci utama untuk PSM aku nie....
doakan aku berjaya yerk....
Ja......


apparatus untuk cell culture, tapi ada yang aku tak guna
last word;
*menulis sekadar untuk meng'update'
*adik2ku sila jangan pandang remeh pada kesibukan akak, nanti korang rasa baru korang tahu
*pertama kali rasa seram tengok cerita hantu sebab start tengok pukul 1pg sorang-sorang semua rummate dah dibuai mimpi
*labku rumahku, hostelku tempat tidur aja.....

~without a pain we never learn~
ana_anasha

Wednesday, February 10, 2010

Perempuan bersalin vs ibu bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Hari ni memang hari baru buatku….

Tak pernah ku menyukai cell culture sebegini rupa….

Sampai baca 10 buku pasal cell dengan biotechnology….

Hihihihi…

Pasni aku leh jadi expert hybridoma cell….

Ngeh, ngeh ngeh……

Dah lame tak bukak isu semasa…

Dan cerita hari ini tentang perempuan bersalin dan ibu bersalin….

Apa bezanya ea???

Perempuan yang bersalin adalah perempuan biasa yang tiada sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki bersalin (dengan kata lain mengandung anak luar nikah)….

Dan ibu mengandung ialah seorang Ibu yang mendapat anak hasil daripada hubungan halal beliau dengan seorang lelaki yang bernama suami….. (aku punya tafsiran kalau dalam kamus korang cari for sure tak jumpa)….

Kenapa aku bukak cerita ni…

Sebab baru je aku baca paper petang tadi lepas berhempas pulas di library tentang mayat baby perempuan yang ditinggalkan dekat surau di Melaka….

Ada gambar dia dekat utusan online menyebabkan aku sebak….

Comel r baby tu…

Walaupun dah jadi mayat tapi tenang je baby tu….

Tapi sedih kan manusia nie….

Bila dipikir-pikirkan senangnye dorang lahirkan anak lepas tu buang macam tu aja….

Dan satu lagi perkara aku tak paham kenapa perlu dibuang budak itu di surau….

So disgusting lah perangai korang….

Kenapa tak korang tu pergi kat surau bertaubat, kenapa perlu commit another sin???

Kesian baby tue….

Cerita pasal perempuan bersalin…

Pernahkah anda terpikir kenapa senang sangat perempuan-perempuan ni menyembunyikan kandungan dan seterusnya melahirkan anak dengan mudah dekat tandas-tandas awam…..

Sedangkan cuba korang Tanya mak korang, senang tak lahirkan korang….

Jawapan dia memang susah…

Terutama part bersalin tu…..

Menahan sakit berjam-jam….

Kes aku lahir, lak mak aku tak tahan tapi doctor yang cipan tu boleh kata nanti-nanti…

Kepala lutut dia….

Akhirnya, Aku dilahirkan di bilik menunggu di Hospital Besar Melaka…

Jawapan yang simple untuk kenapa perempuan sangat mudah menyembunyikan kandungan dia (kira macam tak ada tanda muntah-muntah,kaki bengkak, mengidam dan etc.aku tak tahu sangat sebab aku anak last plus adik beradik aku semua belum kahwin lagi) dan mudah sangat bersalin…..

Sebabnya setiap kesakitan yang ditanggung ibu ketika bersalin akan dihapuskan setiap dosanya dan jika seorang ibu meninggal ketika melahirkan anak akan dikira syahid….

Kira macam berjuang lah…

So bagi perempuan bersalin lak….

Aaah, Lu Pikir lah sendiri…..

Jadi kepada kawan-kawan janganlah kyusuk bercinta sehingga terlanjur….

Dosa berzina tue bukan dosa kecik dan boleh buat main-main….

Jangan kata dah tua nanti baru nak bertaubat….

Kalau anda tak sempat tua macam mana??

Teringat kisah masa gempa bumi kat Indonesia yang lepas tsunami tu….

Dalam runtuhan bangunan ada mayat lelaki dan perempuan sedang mengadakan hubungan seks…..

Aibnya mati macam tue….

Ni just reminder to me and to all lah….

Kepada yang dah terlanjur, tolonglah jangan lakukan dosa besar yang lain iaitu bunuh anak korang….

Kalau taknak hantar ke rumah anak-anak yatim ke…

Jangan biarkan mereka….

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang mencarinya….

Oklah….

Ja Na….

baby and him....

both are really cute...

Conteng-conteng

~rasa macam nak bunuh je orang yang buang baby tu dah r kat Melaka lak tue~

~minggu yang senget tapi tetap berjaya dapat mengikuti pekembangan semasa~

~pertama kali ‘update’ blog dalam tempoh kurang 24jam setelah sekian lama~

*close your eyes and you know that He always be with you no matter what*

Ana_anasha


Tuesday, February 9, 2010

Menconteng di blog....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya berakhirnya test 1....
dan hari ni adalah hari ke-9 aku dan laptop baru aku yang bernama Comppy @ Hyuk bersama-sama.....
bestnye...
tapi tak sangka masa-masa 3rd year nie banyak laptop sedang buat hal...
kepada kawan-kawan 3rd year sila berhati-hati k...
dan yang lagi happynye....
aku nak balik dah....
bertambah ke'epi'an ku....
ahaks....
sebab rindu nak buat 'cartalking' dengan aniesh...
banyak benda nak diceritakan...
hihihihi.......
tapi sekarang mood aku mood gila sikit sebab banyak benda yang tak setel lagi such as PSM dengan Li thingy....
tapi setelkan satu,satu nescaya akan berjaya....
hwaiting ana....
sedih tak ada adobe...
tak boleh menggila agi...
tapi just enjoy gambar-gambar nie...
chaus..
Ja.....

saranghae...eunhyuk oppa.....


all about him....cute....



just me and my rummate....menggila tatkala petang

learning how to write 'eunhyuk' in hangul

conteng-conteng
~aku harap rumours tu tak betul....kalau betul, salah lah sangkaan aku terhadap beliau sebelum ni~
~bersawang blog ni setelah masuk tahun baru~
~banyak berita mengejutkan ku baca....semakin hampir.......~
~hati dicuit???....entah r.....~
~countdown lagi berapa minggu tinggal kat UMP...LI short sem menjadikan ku semakin panas hati sebab kena tambah lagi masa duduk UMP~
~rindu my kittens~
~seronok layan lagu heartbeat-2pm....my hubby favorite dongsaeng (not from sm group); chansung~

~pretend to be okay....but it definitely not OK~
ana_anasha


Sunday, January 31, 2010

akhirnye.....

assalamualaikum dan salam sejahtera....
bergembira hati ini tatkala sudah mendapat laptop baru....
berbekalkan duit yang dibagi oleh ayah sebanyak RM1500 dan ditambah dengan duit sendiri sedikit, berjaya aku mendapatkan sebuah laptop baru....
Compaq Presario CQ40....
setakat nie berpuas hati....
dan telah menamakan beliau dengan nama comppy....
sengal kan aku....
aku suke sebab waranti die 3tahun dan dapat banyak gak gift tadi....
apa-apahal pun...
aku berharap aku bahagia bersama commpy seperti mana aku bahagia bersama lappy....
apa-apahal pun jasa lappy tetap dikenang....
yuhu....
lastly, thanx to jijah,zuu n sya yang sudi menemaniku membeli comppy....
jasamu dikenang....
tak lupa gak buat Iz yang menyewakan kereta dia....
maceh....
love you guys....
Ja Na...

*sekadar untuk berbicara
~dah lepas dah PRK UMP nie, apa yang aku boleh simpulkan adalah;
politik boleh diumpamakan seperti assignment, assignment adalah satu benda yang baik tapi kalau kita asyik tangguh je, die akan jadi bebanan pada kita dan akan menyusahkan kita....
politik adalah satu yang baik tapi kalau kita layan dia buruk mesti akan jadi buruk, ye tak.....
oklah apa-apa pun tahniah pada yang menang, semoga anda kuat memperjuangkan hak student dan yang kalah it's okay, banyak lagi peluang menanti anda....
all together..
Hwaiting

conteng-conteng
~even though my heart is ache, i try to smile again...~
~like someone who make people smile~
~like someone who has no pain~
~i queitly cry behind you today~
*kang daesung; trying to smile

Sunday, January 24, 2010

hanya sekadar berbicara

assalamualaikum dan salam sejahtera...
akhirnya tiba musim durian....
alamak silap lak....
tibanya musim pilihan raya umum kampus.....
dah lebih setahun dah selepas aku terjebak dalam PRK kat UMP nie....
banyak kenangan juga....
walaupun tak menang tapi ada bestnye....
dan tahun ini....
walaupun aku tak bertanding....
tapi aku membantu si mamat ini:-
nama diberi, Mohd Fadzrul Hisyam...
aaah....
korang baca sendiri lah poster kat bawah nie....

Undillah beliau sekiranya anda rasa beliau layak....
nak tahu beliau layak or tidak, datang ke manifesto beliau....
sebab bagi aku dia memang layak berdasarkan pengenalan aku dengan dia hampir setahun ini....
janganlah tutup mata main undi je...
nanti kalau orang yang dipilih bermasalah takkan korang nak salahkan diorang...
sebaliknya salahkan diri korang....
for more information go to
http://www.bicarasipemikir.blogspot.com/
Ja

*cis dah 3 hari tanpa lappy, otak jadi jem stawberry dah nie
*kerja PCI tidak berjaya dibuat lagi....
*kepala kusut, hampir terputus tanpamu lappy....
*erm...harapanku moga lappy kembali kepada aku.....
*macam lagu heartbeat lak aku dengan lappy cuma lappy aku tahu lappy akan kembali
*masih tak mendengar khabar berita dari orang kedai yang membetulkan lappy ku.....

~dont be so childish because someday all people will know what you up to, dont think that you're save forever for your childish play~
ana_anasha

Friday, January 22, 2010

never ending problem

assalamualaikum dan salam sejahtera....
apakah ni never ending problem??
macam never ending story pula...
sebenarnya ada sesuatu yang terjadi padaku sekarang dan ianya amat menyetresskan diri nie....
minggu ni dengan kesukaran berjumpa dengan PA aku....
nasib baik hari khamis berjaya berjumpa dengan beliau dan juga my SV....
baru aku nak menarik nafas lega disebabkan hal-hal LI dengan PSM dah kira setel....
cuma PSM kena rajin membaca jurnal dan jumpa dengan madam Chua setiap jumaat jek....
dengan tiba-tibanya tanpa ku pinta lappy telah menunjukkan perangai cipan beliau....
huhuhuhu....
baru je petang tadi berjaya menghantar lappy ke klinik berkenaan...
ingatkan cuma nak format saja....
sekali dia kata ada lain yang korup....
kena tinggalkan dia dekat sana....
dia nak check dulu...
sebab dia tak leh nak format lappy....
darn....
lappy kenapa kamu menyeksa saya....
harap kamu sihat seperti biasa ea lappy....
saranghae walaupun kamu menyeksa saya tatkala saya memerlukan kamu untuk menyiapkan repot lab dan mencari jurnal pasal " medium optimization of monoclonal antibody against CAH"....
lalallalala.....
Ja

conteng g...
*lepas lappy nie baik aku bersedia untuk menanti masalah seterusnya, mental preparation
*terlalu banyak berlakon dengan orang, tak suka menunjukkan hati yang sakit dekat orang..
*i will MISS HYUK very much..
*dah 24jam tak bersama lappy, perasaan sangat serabut....
*aku tak heran ditinggalkan pakwe/orang yang kita suka daripada ditinggalkan laptop...
*aku tak pernah rindukan orang yang aku crush semacam aku rindukan lappy....
*kesimpulannya hatiku tetap pada lappy daripada any guys.....

~only realize dat feeling until it's too late~
randooooooooooommmmmm

Monday, January 18, 2010

pressure increase......

assalamualaikum dan salam sejahtera....
huh.....
minggu ni bermulanya PSM.....
agak pressure gak r....
sebab hal-hal LI belum setel....
darn....
tak apalah....
aku harap beban aku akan kurang lepas setel hal-hal LI....
boleh aku concentrate benda yang penting....
walaupun rasa macam jadi bahan experiment pihak-pihak tertentu....
tapi nak buat macam mana....
redha jelah....
anyway....
hwaiting!!!!
Ja.....
~hobi terbaru aku, membuang masa dengan adobe photoshope~

saje taruk quotation dengan hyuk

*harapan agar semuanya kembali normal...
*lowering pressure....

~trying to smile at my critical condition~
ana_anasha



Friday, January 15, 2010

Just want to share something

assalamualaikum and good day.....
just want to share my artwork that i just finish it at 16th January 2010 @ 2.22am....
i am doing it because i feel quite stress because i do not have any idea how to start the 2nd question of my PCI assignment...
darn....
BTW it hard to photoshop the picture when I just using mouse pad...
I accidently left my mouse at home....
darn......
enjoy....
Ja Na

*the picture all about Hyuk because he is my ideal stail....
*I just create my sign "anasha_hyuk" for all my artwork...
*my roomate already sleep, need to sleep too...

~painful thing can become a sweet thing too....make sure you enjoy your life.....
(^____^)
ana_anasha

Thursday, January 14, 2010

my "chin-han chin-gu"

assalamualaikum dan salam sejahtera....
maaf sebab lama tak 'update' blog...
sebabnya tak ada event yang menarik untuk dikongsi bersama....
post nie ditulis disebabkan 'incident' semalam....
maksud incident ialah penyebab kepada accident....
alamak silap-silap....
termasuk bab OSH lak....
diam tak diam dah 14 tahun aku kenal dengan minah sorang nie....
dialah my "ka-jang chin-han chin-gu" (가장 친한 친구)....
maksudnya dalam BM ialah kawan baik.....
selama 14 tahun kenal rasanya tak pernah lagi bergaduh or bermasam muka....
plus kalau aku nak keluar rumah dengan kawan-kawan, parents aku tak kisah kalau dia yang drive kereta....
biasanya birthday masing-masing akan diingati dan tak lupa beli present...
tapi tahun lepas masing-masing sibuk....
so tak dapat nak buat pape....
fakta yang kelakar.....
sepanjang sekolah rendah aku langsung tak ingat sebarang memori dengan minah ni.....
walaupun satu kelas....
biasalah masing-masing ada "geng bas sekolah" sendiri.....
masuk sekolah menengah aku alami "rebellion phase"....
yang mana aku memberontak taknak duduk kat asrama disebabkan rumah setakat 5km je dari sekolah....
membazir....
ahaks,sebenarnya ada kisah lain,tapi biarkan ia lepas....
barang lalu tak baik dikenang....
masa tu ler jadi kamcing dengan minah ni.....
kitaorang kerap berkongsi stress dan kebengangan....
selalu gak buat "car meeting"....
masa raya tahun lepas....
dalam kereta berdua jek....
so banyaklah bahan-bahan yang nak diceritakan....
lepas keluar kereta...
buat-buat tak ada apa-apa....
ahaks....
apa-apahal pun....
kamu memang sahabat saya yang baik....
apa-apahal pun u know that i always right besides U....
jangan asyik stress je...
studi itu penting....
Ja Na....
just sharing my artwork....
gatal tangan sebab lama tak main photoshope.....

daku dan minah tue..

conteng-conteng
*kepada korang yang ada kawan baik tue,silalah hargai beliau sebab ada kes sebab pakwe/makwe sanggup tinggalkan kawan baik, lepas tue bila pakwe/makwe diaorang lari cari balik kawan baik....ish2...
*aku tetap dengan prinsip aku kawan dulu sebelum kekasih.prinsip hanya akan berubah after kawin.....
*jadi kaunselor kepada minah ni semalam...
*aku tak sangka aku ada kawan yang tak pernah lost contact selama 14tahun
*cuti semester lepas langsung tak jumpa dia dengan budak-budak sengal yang lain, last jumpa masa cuti raya kalau tak silap...
*bermulanya Projek Sarjana Muda minggu depan dan berita buruk; status LI masih lagi pending.....
*nak fokus 120% dalam kelas disebabkan tak banyak subjek....
*suka lagu terbaru super junior "sorry sorry answer" kesinambungan lagu "sorry sorry"

~I'm wanting U like crazy....I can't be one single day without U~
~Could U feel how I became a happy fool?~
~i want time to stop that way so that it's only me~
~i cant imagine if I lost U.... living life without you~
~Sorry baby, sorry baby.......For only loving you.......Sorry, I'm really sorry.......Shawty baby, shawty baby........I'm sorr y for looking at you only....... guess I really can't do anything about it~
~feel the symptoms of the love we're falling deep into~
~On and On precious love~
(lines taken from sorry,sorry answer...if I got the time i will post the full lyrics....)
anasha_hyuk


Friday, January 1, 2010

Happy New Year

assalamualaikum dan salam sejahtera....
lama juga dah tak menconteng blog nie....
kerana bercuti....
bukan sebab tak ada internet cuma takut nak mencoret di blog ni....
disebabkan kehidupan penuh dengan emosi dalam sebulan nie....
plus kesibukan melanda tatkala my big sis bertunang....
hope jodoh die dengan "pakcik" tue berkekalan....
hihihihih.....
sepanjang cuti gak aku mencari dan menyurvey semua variety show pasal suju....
banyak gak yang dapat....
dan sepanjang cuti aku banyak menghabiskan masa di Astro KBSW....
tengok star golden bell, happy together dan paling best sekali Let's Go Dream Team....
sebabnya ada my hyuk kat situ.....
walaupun sempat tengok 2 episod je sebelum balik UMP tapi puas hati....
sebab dapat tengok Hyuk menang masa 1st episod aku bukak.....
hyuk full house dengan EHB dah hilang....
diganti dengan Hyuk yang lagi hensem dan macho....
ahaks....
tapi aku masih suka hyuk yang dork tue....
dan aku happi suju menang golden disk award popularity award,bonsang dan daesang.....
aku tengok kat youtube dan aku dapat spot moment yang semua pengkomen di youtube tak dapat spot.....
EunSung moment.....
masa tue Nichkhun peluk Sungmin tapi kat belakang Chansung dengan Hyuk.....
Chansung bagi 2thumb kat Hyuk before peluk die....
Chansung tak peluk mana-mana Suju members before Hyuk.....
comei.....
dorang memang rapat after ISF.....
SuPm hwaiting.......
Ja.......

apa agaknya yang ditunjukkan Hyuk kat Chansung ea.....

*jadual paling tak pack sepanjang menjadi student UMP nie sem nie.....
*aku berharap tahun baru nie akan membawa kebahagian kepada orang yang aku sayang dan orang yang sayang aku

~i want to stay besides U even it is hard~
random......................