assalamualaikum dan salam sejahtera.....
sebelum bermula episod baru dalam post ni nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada en zaki kerana merajinkan diri beliau melawat ke blog yang tak seberapa ni...
(tak adalah kewujudan siti dalam K16 lagi...yi pie...)
okaylah kenapa agaknya isu ini iaitu cara untuk mengawal emosi ini dibuka yerk...
sebenarnya dalam minggu-minggu ini aku rasa macam aku cuba memperbetulkan emosi seseorang dan akhirnya aku terhimpit dengan emosi mereka...
huhuhuhu...
okaylah taknak cerita panjang nilah yang berjaya dicari cara untuk mengawal emosi anda:-
1.yakin pada diri yang anda boleh kawal emosi anda.maksudnya jangan benarkan emosi anda membelenggu diri anda sampai anda ke jalan yang buntu.
2. tumpukan perhatian pada emosi anda yang mana akan membantu anda fokus pada persekitaran anda dan boleh repon dengan baik pada persekitaran kita.tak adalah kita marah tak pasal-pasal kat orang lain kan.
3. baca buku atau bahan bacaan lain yang boleh membuat kita bertukar emosi,contoh baca buku fantasi membuatkan emosi kita masuk ke dalam buku tersebut.
4.cari punca emosi anda.contoh kalau marah sebab apa kita marah.mana ada orang marah ikut suka dia je kan.
5. fahamilah perasaan orang lain dengan sebaik-baiknya dan anda akan boleh kawal emosi anda.
6. teruskan bertenang dengan apa juga yang berlaku pada kita.belajar bertenang adalah satu cara untuk kekalkan emosi yang baik pada kita.
7.berfikiran positif sentiasa.emosi kita tak akan tenang selagi kita asyik berfikiran negatif saja.
8. menjaga diri anda
9. meditasi bagi yang non-muslim dan pada yang Muslim kembali kepada Nya seperti banyakkan bersolat dan berzikir.
10. fikirkan benda lain jangan terlalu fikirkan masalah sampai menggangu emosi kita.
11.pergilah ambil angin,bercuti ke.
12. pergi menjerit kat mana-mana untuk lepaskan emosi. (macam dalam cerita Hana Yori Dango,aku pun cari peluang nak ke pantai nak jerit puas-puas)
okaylah tu saja yang aku jumpa masa buat carian di google dan yahoo.tapi bagi aku cara aku nak kawal emosi ialah:-
1. fikirkan benda lain,kalau aku sedih ke marah ke aku cari bahan-bahan yang akan membuatkan emosi aku ke arah lain seperti bahan bacaan yang kelakar.
2.aku senyum dan bergembira dengan insan-insan sekeliling aku.agaknya inilah sebab kawan-kawan aku ramai ingat aku ni 'happy go lucky'.
3. ada masa-masa aku akan 'burst'.cik mazi sendiri dah rasa dan rummate-rummateku pernah nampak aku 'burst' dengan orang tapi aku cepat-cepat fikir yang aku tak boleh macam ni nanti hati dan perasaan aku yang tak tenang sebab tu kalau aku moody kejap je.5 ke 10 minit dah okay.
4.aku jenis yang berfikiran positif.apa-apa hal pun aku akan selesaikan dengan cara aku tersendiri. 'live life with a bright'.
5. aku juga selalu memberi motivasi kepada diri.kira aku paksa diri aku lah ni.macam aku suka cakap pada diri 'ana ko boleh', 'ana rileks jangan emo' dan sebagainya.siapa lagi nak bantu aku kalau bukan aku sendiri.
6.last but not least aku selalu mengadu pada-Nya kalau aku ada masalah kerana aku tahu Dia yang bagi aku masalah supaya aku ingat kat Dia.aku rasa malu dengan Dia sebab selalu mengadu dengan Dia tapi bila aku senang sikit jarang aku selalu bercakap dengan Dia.Masya-Allah masih kerdil lagi iman hambaMu ini.tapi cara ini memang berkesan.
okaylah harap korang pun boleh belajar sesuatu dari post hari ni.asyik cerita tentang kehidupan aku jek kadang-kadang aku nak juga buat penyelidikan tentang benda-benda ni.
oklah..
Ja Na...
~Dia takkan memberi ujian yang tidak boleh dtanggung oleh hamba-Nya~
ana_anasha
Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment