rasanya dah lama tak 'update' blog ni kan...
sebab semalam seharianku sibuk dengan hal-hal akedemik dan non-akedemik...
dan yang paling bestnya kisah aku jatuh kerusi pada awal-awal pagi rabu....
dengan muka yang agak 'bantal' tu aku menuruni katil double decker yang taklah berapa tinggi pun...
lepas aku menerjuni ke atas kerusi aku nak betulkan cadar aku yang agak tak kemas...
tiba-tiba kemalangan berlaku...
kemalangan yang tidak dipinta lak tu....
sakit sih kaki...
dan tapi rasa macam sikit je...
so macam biasa aku suka buat bodoh jek kalau kena benda-benda macam ni...
yang kelakarnya roomate-rommate aku tak perasan kan kejadian tersebut terutama si fathiyyah tue....
dia dah bangun dan tengah siap-siap...
ada-ada je roomate-roommate aku ni....
kerusi ni punca kejatuhanku....
hari khamis biasanya rutin ku bermula macam biasa tapi rutin kelasku bermula lebih lewat dari biasa....bermula kelas pukul 11 pagi di blok W....
kelas TITAS 2 ataupun nama lainnya hubungan etnik...
suka pergi kelas-kelas macam nie...
sebab bukan kelas pressure...
tapi kadang2 pressure gak dibuatnya...
dan aku masih lagi belum membentangkan tajuk presentation aku...
giliran yang lewat....
kemudiannya petang ada tutorial...
kelas khamis petang memang penuh dengan tutorial...
dan aku rasa agak legak tengok muka lecturer ku yang sorang yang mood dia semakin okay...
dengan moodnya yang okay aku nak belajar pun okay...
Alhamdullilah....
aku pun suka belajar sebegini....
yang membuatkan jadual aku full khamis ialah ada kelas ganti dan ada interview MINDS malam tu...
aku bergegas dari kelas mass transfer ke bilik MPP...
roommate ku Idah dengan Tiyah dan tunggu dekat sana dah....
nasib baik dorang pun baru sampai...
so daftar dengan dorang...
dan janji nak masuk bilik interview sama-sama...
masa tengah tunggu 'turn' tengok siapakah interviwer dia...
bilik 1-syazwan dengan abang afiq (mantan MPP).syazwan aku tak kenal sangat tapi ida kenal classmate dia.abang afiq aku kenal lah sebab aku banyak terlibat dengan MPP dulu masa jadi sekretariat.
bilik 2 - en suffi seorang mula-mula lepas tu cik Yan datang tapi dia balik.tak nak interview orang lah tu.lepas tu kak izzah pula datang dan paling last sekali abang Salman.mereka ni semua orang yang aku kenal rapat.suffi aku kenal masa aku jadi fasi MINDS.satu group dengan dia masa debat PROMINDS tambahan lak dia duduk belakang aku masa post-mortem.yan lak kawan pertama aku budak kimia tolak budak-budak yang aku kenal masa matrik dulu lah.dia juga classmate aku yang baik.iye ke??hihihihi.sekarang aku berusaha membantu dia tatkala beliau kepenatan.kak izzah lak aku kenal masa election MPP.aku salah seorang candidate yang tak berjaya tapi aku bersyukur banyak-banyak kerana tak dapat. abang salman aku kenal dia sebab dia YDP MPP 07/08.dia lah orang yang bagi akunya public speaking 6.5/10.bangga siot.hihihi.start dari hari tue aku kira rapat juga dengan dia kalau jumpa mesti senyum selalu.lepas pilihan raya aku lagi okaylah dengan dia sebab aku banyak tanya kat dia.hihihihihi
bilik 3- izzah dan norizan. izzah aku baik dengan dia sebab dia satu group sekretariat dengan aku bekerja under abang jamil (suburbanzero).memang selalu lah dia kena tunggu aku kalau nak pergi meeting.Ijan aka Norizan lak aku kenal masa bengkel penulisan dia jadi AJK makanan.aku tak perasan yang dia ni fasi MINDS'08.adakah aku sudah rabun tahap ke-3.huhuhuhuhuhu.
okaylah berbalik pada interview ni aku,idah dan tiyyah ke bilik nombor 2.penemuduga dia ialah ----> en suffi dan abang Salman.tapi kelakar dia apa suffi panggil nama tiyyah suruh masuk.kelakar sampai tiyyah 'blur' macam ner en suffi boleh tahu nama dia.masuk boleh lak aku gaduh dengan en suffi dulu.mula-mula takut juga sebab abang Salman macam nak skema je untuk interview ni.tapi aku tak kisah aku lagi suka interview formal walaupun dengan orang yang kita kenal.tapi last-last jadi tak formal.mana taknya en suffi dan abang Salman asyik kenakan tiyyah je kesian dia.banyak betul gelak dalam bilik interview.paling kelakar en suffi suruh tiyyah berlakon dan bayangkan en suffi tu kakak sufiah.hihihihi.tapi peliknya sedara idah (sorang tambahan),idah dan tiyyah diaorang suruh berlakon aku tak ada pun.baru aku nak panggil en Suffi, kak Suffiah.soalan aku yang pertama perkenalkan diri.en suffi sempat lagi buat lawak.nak kena tendang ke apa.tapi agak kelakar bila aku kata masa matrik aku nak rileks sikit tak nak involve pape.abang Salman kata pasif lah tu.yelah setahun saja duduk situ so macam agak malas untuk aku involve gila2.concentrate pada belaja lagi best.soalan kedua aku ingat en Suffi nak tanya pasal nilai teras sebab soalan tu diajukan pada roommateku yang dua orang tu tapi en Suffi tanya aku apa kegunaannya aku involve debat untuk fasilitator MINDS.adui en Suffi takkan masih tak puas hati masa debat hari tu bukan kamu dah menang ker??soalan ketiga bolehkah pelajar UMP handle MINDS ni.mestilah boleh kan.hihihihihi.masa soalan ni sempat aku cerita tentang ketidakpuasan hatianaku pada MINDS lepaslah.soalan last sanggup tak.mestilah aku sanggup kalau tak masakan aku sanggup berlari dari kelas terus ke bilik MPP.siap abang Salman dengan en Suffi mengenakan kitaorang yang ada kamera dalam bilik interview tu.last kitaorang ditanya nak ambil department apa.pilihan aku sambutan dengan cenderahati sebab jemputan aku nak tambah kekurangan masa MINDS lepas bahagian sambutan dan cenderahati best sebab dapat tengok dulu barang-barang yang nak diberi kepada pelajar sebelum orang lain dapat tengok.tambah sikit kepada en Suffi kalau anda membaca blog ni please jangan marah daku yerk.hihihihi,.cuma tulisan sebuah pengalaman jek.
hari ni pula aku sibuk dengan test IB.baru ku tahu pn Norashikin ni agak skema.so tak dapat aku keluar awal tadi.sob3. . aku bukan apa aku rimas duduk bilik tu lama-lama nanti fikiran merewang kemana ntah.dan kat kelas IB aku dilanggar bukan dilanggar motor tapi dilanggar orang yang membawa motor.aku rasa aku tak buat brek emergency tadi.adui ai.tu lah nak cepat tak pandang kiri-kanan.masa mandarin ada oral aku agak teruk sebab preparation aku sikit aja.ni gambar-gambar masa oral test mandarin.
Ja Na
~jalanilah kehidupan dengan senyuman kerana senyuman itu dapat mengubati hati yang sedang sakit dan keliru~
ana_anasha
No comments:
Post a Comment