Thursday, March 19, 2009

dari sahabat buat sahabat...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
ntah kenapa tiba-tiba saja rasa macam nak tulis warkah sebegini...
dulu sekali jek pernah buat.
okalah enjoy...

sahabat,
denganlah rintihanku ini
setiap masa aku cuba menjadi yang terbaik
namun aku bukan makhluk sempurna
aku ada kekurangannya

sahabat
aku pernah mengusik emosimu
aku pernah menambahkan masalahmu
tapi niatku ingin membantumu
menjadi manusia yang baik

sahabat,
hanya satu ku pinta
fahami aku
jiwai aku
bukankah itu ertinya sahabat sejati

sahabat,
tanpamu aku kesunyian
tanpamu aku sengasara
namun begitu
aku tak mahu hanyut dalam hidupmu

sahabat,
bila kamu meminta bantuan
aku hadir tanpa meminta balasan
adakah engkau mengerti
akan niatku ini???

sahabat,
aku berdoa akan kesejahteraan kau
tatkala kau dirudung malang
adakah kau sedar akan itu??
namun aku tetap berdiam diri di sini

sahabat,
aku berdoa agar persahabatan kita kekal
walaupun ada kalanya aku tersentuh
tidak bermakna aku berdendam
aku juga manusia biasa

sahabat,
ingat dan kenanglah masa gembira
tapi ingatlah masa sukar
aku tidak dapat memegang tangan kamu
namun aku akan cuba menyokongmu
ketika kau jatuh

sahabat,
semoga kau bergembira dengan kehidupanmu
walaupun aku hanya melihat dari jauh
namun tak bererti aku tidak peduli
kerana kaulah sahabat istimewaku.

poem ini ditujukan buat sesorang dan tak perlulah aku ceritakan siapa dia.kalau dia tahu bagus lah kalau dia tak tau pun tak apa.cuma luahan hati yang penat saja.






Ja Na...

No comments: