Sunday, March 1, 2009

Kemalangan dan aku......

assalamualaikum dan salam sejahtera...
mugkin tajuk post nie membuat korang tertanya2 kenapa apakah yang telah berlaku pada manusia yang diberi nama anashahira ni....
sebenarnya tak ada lagi kemalangan yang berlaku pada ku (not yet happen k )...
sebenarnya bersantai nie menceritakan semula tentang 2 kemalangan yang berlaku pada insan yang ku kenali baru2 nie... (sebenarnya tak ada lah baru sangat)

pada 17hb Februari 2009
aku telah pulang ke bilik dari menjawab test1 probablity and statistic dan terus menyiapkan assignment heat transfer . si Nad jiran tetangga arasku mula2nye siang tue poyo2 nak buat heat bersama.tiba2 die kata tak jadi.nak keluarlah minah nie.getus fikiranku.tapi sedang aku kyusuk membuat heat si Nad nie datang ke bilik dan menyampaikan berita bahawa sharul dan apis accident.dalam fikiran aku 'alah accident macam Amir dan Afiq kena tue aje kot' (mereka berdua jatuh motor dan mengalami calar2 sahaja). selepas tu aku terus meneruskan kerja2ku yang banyak namun tiba2 datang satu skype dari farisha classmateku menyuruh aku membaca shoutout cidi (classmate ku gak aka bekas musuh ketat aku.sekarang dah tak bermusuh lagi ). aku baca shoutout dia yang berbunyi lebih kurang begini ---> budak2 laki BKB semua pergi hospital tengok Apis accident. apalagi aku terus mencapai handphoneku dan terus sms si cidi.risau lak aku.cidi beritahu yang dia and rakan2 lain on da way nak pergi hospital jadi aku terus mintak dia update dengan aku supaya aku boleh update dengan kawan2 di UMP ni.setelah beberapa ketika si cidi reply aku kata dia apis okay kot dan aku tanya if kena tahan wad ke tak.dia kata dia tak pasti.aku dah berniat dah kalau dia kena tahan wad aku cadang nak pergi melawat dia dah plan dengan leong (classmateku yang ada kereta).tapi nasib baik tak ada apa2.esoknya mereka berdua boleh ke kelas lagi tapi masa test engineering graphic tenampaklah tangan si sharul tu.ngeri beb.kesan bekas luka tu ada.simpati dengan mereka.kata Nad aka the witnesses kata beliau keadaan masa tu agak genting.kelam kabut juga mereka2 ni.tapi tak apalah asalkan semuanya selamat.
sebenarnya masa diberitahu si sharul terlibat dalam kemalangan tu dan agak teruk aku agak terasa bukan sebab aku ada skandal ke dengan die tapi petang tu masa lab aku sempat bergurau senda dengan beliau so tue yang agak terasa kalau ada pape yang terjadi kat dia.

27 Februari 2009
sedang aku menyelam tanpa menggunakan alat pernafasan di alam internet sebab nak melihat binatang comelku di pet society sambil2 menyelam ke dalam blog UMP-blogger ternampak juniorku hisyam baru update dia punya blog dan agak mengerikan tajuk dia, kemalangan mengerikan.ngeri juga lah.seram.dahlah mamat ni pun sama baru lepas jumpa dia kat kafe lepas aku pulang dari kelas IB.sempat melambaikan tangan bila jumpa tapi petang accident terkejut sangat2.macam kes si sharul tu terasa amat kalau kita baru jumpa orang tiba2 dia kemalangan.adui ai.seram tu beb.

cerita tentang aku dan pengalaman aku mengalami kemalangan yang agak teruk...

2005 ----> jatuh tangga.ni sebab nak cepat balik dari kelas punya pasal.ceh bestfren aku sempat merepeat semula aksi aku jatuh.hampehmu aniesh.kaki bengkak teruk.pastu lambat jumpa doktor.kena lecture dengan doktor sebab lambat jumpa dia.sedih2.lepas tu dia bagi ubat seminggu lebih baru surut bengkak.susah nak pakai kasut sekolah time tu memang tak boleh nak cakap apa.
pengajaran yang aku dapat :- janganlah terlalu kelam kabut sangat nak cepat kan dah kena

2006 ---> kemalangan yang paling teruk.ketika aku ke bandar Jasin nak buat gambar.maklumlah nak masuk matrik dalam sepuluh hari lagi.dalam perjalanan nak balik naik motor dengan abangku aka admin blogger-UMP ketika hampir nak sampai ke rumah dalam 500meter depan je abangk lost balance dan akibatnya aku tercampak ke depan.aku mengalami masalah ke'blur'an.aku sedar aku tercampak tapi aku tak ada perasaan masa tu.memang kelakar kalau mengingatkan keadaan masa itu.abangku masa tu memang panik.aku pula buat2 macam tak ada apa2.menyembunyikan tapak tangan yang berlumuran darah tu.sebenarnya agak bernasib baik sebab jalan yang aku tercampak tu agak sibuk tapi masa tu langsung tak ada kenderaan langsung dalam masa 5-10 minit.masa sampai kat rumah mak tanya macam mana dah siap ke semua borang2.jawapan aku adalah tadi kemalangan abangku (tak panggil dia abang tapi adalah) kat belakang tadi.makku dengan agak gelabah keluar jumpa abangku.aku yang tiada berperasaan masuk ke bilik dan terus tidur.makku kejut tapi ntah kenapa agak susah untuk aku bangunkan diri.sakit pulak.mak bagi air susu dan suruh lap muka takut trauma lah kan.aku menurut.esokkannya aku ke hospital doktor yang hensem tu (sempat lagi tu) check dan kate dia mungkin patah.buat X-ray memang betul tanganku patah.so aku ke matrik dengan berbandage.ramai orang tegur.kesian aku.sob3.
pengajaran yang aku dapat :- jangan naik motor lagi dengan abang aku (pengajaran or trauma)

2007 ---> kejadian berlaku ketika bulan puasa di UMP.kerana internet macam sampah dan tak tahu nak buat apa jadi ikutlah rummate ku,fazliana fauzun bermain basketball pukul 12.00pg depan c1.tengah syiok2 men tiba2 bola datang dengan lajunya ke arah daku yang tak bersedia lagi dan resultnya jariku terhentak.aku masa tu buat2 cool.taknak menakutkan rummateku dan kawan2nya.siap boleh pergi sahur dengan dorang lagi masa tu.tapi jari tu memang dah menggigil dah.2 hari lepas tu dah kena lecture dengan rummate sebab dorang dah perasan somethin wrong wif my finger.(maceh rummate sebab sayang daku.saya pun sayang kamu juga. )<---- selingan.so aku ke klinik UMP.mereka membalut jari manisku kerana takut dia patah.patah lagi ke.aku tak sanggup mendengar perkataan itu.aku dihantar ke HTAA untuk buat X-ray naik ambulans lagi tu.kat HTAA aku disahkan tak patah tapi ada makcik kat HTAA ingat akunye jari berbalut sebab main mercun.nak tergelak pun ada dengan statement tu.bila aku cakap pasal main basket terkejut juga makcik tu. aku rasa jari manis tangan kiriku dah tak seperti dulu. pengajaran yang aku dapat dari cerita di atas:- jangan main basketball tengah malam2 buta.

2008 ---> peristiwa latest nie terjadi di SMK Ubai ketika aku buat program motivasi under kaunselor siswa.failku hilang.bukan apa dalam fail tu ada nota fluid yang mana aku ada test lusanya.macam ner nak studi kan.time tengah kelam kabut cari fail tu dengan tak pandang bawah aku tersungkur pada divider batu hitam putih tu.sakit sih.kalau korang nak tau korang leh refer post aku yang lepas2 pasal SMK Ubainye program motivasi.kakiku bengkak dan peristiwa ni juga berlaku di bulan puasa.bezanya aku cuma mengikut nasihat rummateku dengan melatakkan tempat bengkak dengan ais.ada lagi satu peristiwa tapi kemalangan kecik yang agak teruk yang mana aku tertendang bucu pintu bilik masa kat c2 dulu.teruk gak berdarah sebab pintu kat c2 tu berat ni kisah berlaku pada tahun 1 semester 2.
pengajaran:-tengok kiri kanan atas bawah ketika berjalan dan jangan jalan menonong jek.

tu lah kisah aku dan kemalangan.rasa macam tahun ni akan berlaku sesuatu lagi tapi apakah ia terukkah ia itu kuasa Yang Esa..

Ja ne.

Quote:-
~setiap musibah yang menimpa ada kebaikan yang tersembunyi disebaliknya~
ana_anasha

2 comments:

i-sYah said...

sad entry...
yup..penah juga tersa begitu ttp yg lebey dasyat...psl xcident juga...

baru je 10 mnit lps ckp telepon ngan org tesyg pastu trus dpt tahu die telibat ngan kemalangan...but the accident cause her death...i'm the last person talk to her (my grandmother...so sad =(

pesanan utk semua berhati-hatilah d jln raya~

anashahira said...

wah sedey r kisah ecah...
sob 3x...
betul2 smue org kne bhati2 bkn d jalan raya saje tp dmaner2....
igtlah org tsyg....