Thursday, April 30, 2009

My nickname??

assalamualaikum and a very good day....
im just finishing packing half of my thing...
well really made me think whether it can be fitted into my brother's car with myself and my youngest bro thingy...
just want to talk about the my name anasha....
well recently i read my junior's blog and he put my name as "Kak Anasha"..
actually it make me laugh because he never call me by name...
the name Anasha cames when i am in the first year...
in my class K23, there's is another girls called "Ana"...
and when the class introduce ourselves another "Ana" was introduced herself first..
then i said to Izyan....
"alamak, there is someone nick name's same as me"...
when my turn came i said "my name is Anashahira bte Mohamad" and you can call me Ana...
then the lecturer ask me to change my name...
aduis...
hard for me...
then Dayah came to our class for some quite time because she was the second in-take....
she was the one give this new name to me...
at some times most of my classmates start to call me by that name....
by the time my roomate sometimes call me by that name too...
then recently some of my guy-classmate called me by that name...
darn i feel definately awkward when they call me 'Anasha'...
now even my junior call me by that name..
but cant blame them because i used that name for many occassion...
such as my skype,my gtalk,my friendster and facebook...
what i can remember my sister quite suprise when Dayah call me "anasha"..
she even asked Dayah 'what did you called her?'...
this event happen when i and my sister sending her home...
i never thought that i'm going to have other nick names apart Ana...
i was born called by that name...
only my mum choose another name instead my dad put another name..
my mum choose to name me by "Analiza"...
but my dad name me "Anashahira"...
but it quite different name..
and somehow what i like it.
when i in kindergarten i wrote my name as Anas hahira...
hahahhahha...
then some of my friends call me Anas....
then i wrote as Ana Shahira when im getting bigger...
thats how people name me as Ana...
the again in my birth certificate my name is wrote as Anashahira...
no space at all...
all time through school and matric i prefer to be called ana...
now i get a new nick names that i carry more than 1year...
but still need to adapt when guys call me by that name...
Ja Na...

my name on skype anasha is my name tsukushi is my favourite character in HYD


my user also anasha


my account in gmail


my friendster also

~name only a thing that written on the paper,but it differ us from the rest~
ana_anasha

Wednesday, April 29, 2009

pengawas peperiksaan yang strict....

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tinggal satu paper je lagi...
yi pie...
happi sangat hati..
esok akan bermula aktiviti kemas-mengemas...
malam semalam aktiviti basuh membasuh telah berlangsung..
best-best..
tapi internet pula bengung...
ajak cik Nad datang borak-borak kosong dulu...
hahahhaha...
tak studi mass aku...
semalam test heat aku dapar ketua pengawas yang sangat strict...
masuk-masuk aja dah 'sound' kitaorang supaya duduk kat meja masing-masing.....
maksudnya suruh kitaorang duduk dekat tempat ikut nombor meja...
masa dia nak ambil slip kehadiran daripada aku...
dicari-carinya kalau-kalau aku ada bawak kertas lebih...
wah aku nie jujur...
tengah-tengah sakit menjawab heat tiba-tiba dengar beliau menjerit dengan sekuat hati kat budak cina ni...
dia marah sebab dia bawa masuk lebih dari 2 kertas...
kalau tak silap aku dia ambil semua kertas rumus budak tu..
aduis masak...
budak cina ni pula lepas dah kena ambil semua rumus dia,dia pun apa lagi keluar ikut pintu belakang dengan sesuka hati tengok balik rumus yang perlu...
kat luar...
kesian dia...
tapi salah beliau juga kan...
siapa suruh menggatal bawa lebih kertas...
kan dah diberitahu boleh bawa 2 kertas jek....
lepas tu masa nak habis pengawas peperiksaan ni dia kata " masa tamat saya taknak tengok lagi ada orang pegang pen.."
wala wei...
ganas gila menyebabkan aku terus letak pen walaupun aku tak puas hati dengan paper heat aku ni...
huhuhuhuhu...
masa dia nak ambil sook fun punya kertas tiba-tiba dia menengking...
rupanya masa dia nak ambil kertas sook fun, sook fun masih menulis...
dan beliau telah memangkah kertas sook fun...
aduis teruknya perasaan...
huhuhuhu...
kenapa beliau mengambil tindakan drastik itu...
kesian sook fun...
tapi pengajarannya bila dah suruh berenti tu berhenti ajalah...
tak ada guna nak tulis apa-apa lagi...
kan dah bermasalah...
apa-apa pun semua dah berlalu...
tak mahu fikir lagi..
nak concentrate yang bakal mendatang ni...
Ja Na....



seperti yang ditulis dalam post sebelum ni, nilah hasil kekreatifan en hisyam menggunakan doodle YM

bila dvd tak dapat diburn

memang tengah tension mamat ni...


windows vista ker???

aduis pe menda yg putih kat tepi tue.....

owh penguin Linux upenye...FH stand for Fadzrulhisyam en yang lukis tue...

from PGL??aku salah baca ker en hisyam??

*oh internet di UMP aku berharap kamu akan sihat..berilah aku masa menggunakan kamu sepuas-puasnya sebelum aku blah dari UMP nie* 

~people isn't all the same, so be prepared to face other people with different behaviour~
ana_anasha

Sunday, April 26, 2009

Bila Lelaki Itu Sedang Bosan

assalamualaikum dan salam sejahtera
apakah tajuk post ini??
siapakah lelaki itu??
adakah my prince charming??
jawapannya adalah Tidak...
kerana beliau sekarang tengah 'in love'...
tak baik kacau....
ceritanya bermula tatkala daku sedang berstudi probs dan statistik...
bukan problem dan statistik ye...
probablity...
faham-faham sajalah bila belajar terlebih jadilah satu peristiwa yang dipanggil peristiwa bosan dan tension...
lalu membuka YM dan terbaca shout out seorang lelaki yang bernama Mohd Fadzrulhisyam yang mengatakan beliau bosan...
aku pun tengah ala-ala bosan jadi mengacau dengan menge'buzz' beliau...
beliau lebih banyak menconteng doodle daripada menaip YM...
tak apalah...
so nie jek yang sempat aku capture daripada lukisan artistik beliau...
jangan kata aku post tanpa kebenaran...
aku dah mintak kebenaran dari tuan tangan...
enjoy lukisan insan yang bosan bernama fadzrulhisyam ....


YM 9.0 yang terbaru sebab yang before tak leh online kat UMP....
(2 nama telah dihighlightkan kerana mereka tak ubah nama sebenar sebaliknya mereka menggunakan nama YM mereka)


aku meminta kebenaran untuk mengepost hasil karya
(telah diedit serba sedikit YM tersebut)

dengan menggunakan aplikasi doodle pada YM beliau telah menyiapkan karya ini:-


yang gambar orang kat tepi tulah hisyam kalau korang nak kenal....hihihihihi


bila budak meki buat teori kimia....hancus jadinya....

*ada beberapa lagi karya yang beliau lukis tapi tak sempat capture.....
tak apa nanti aku YM dengan dia suruh dia lukis lagi*
kepada hisyam,sudah ku mencapapkan namamu berkali-kali dalam post ini...
enjoy...
Ja Na

~friendship is always about you and me,we stick together like a family~
ana_anasha

Happy Birhday my dad



my dad n mum masa raya




assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ni hari penting buat famili aku...
sebabnya hari ni hari lahir ayahanda kami....
yang ke-???
biarlah rahsia...
walaupun beliau sangat strict kepada kami namun beliau bekerja keras untuk kami...
doaku moga beliau sihat selalu dan saya sayang ayah saya...
peace...
telefon ayah tadi call beliau tapi tak diangkat...
beliau yang call semula...
fuh selamat kredit....
so sempat wish...
akakku di rumah sambut birthday ayahku dengan membeli KFC satu bucket...
eea menyampah mereka ni makan best2 tanpa mengajak adikmu yang bongsu ni...
jaga beliau masa birthday dia....
Ja Na...

~put your family ahead from everything because they sacrife more just to make us live~
ana_anasha

Saturday, April 25, 2009

untitle

assalamualaikum dan salam sejahtera....
dah lama rasanya tak menulis di blog nie...
mungkin ada yang pembaca blog ni dekat rumah sekarang tengah menghadapi sisa-sisa cuti...
kepada yang bercuti jaga diri baik-baik jangan ikut hati sangat bercuti....
buruk padahnya....
aku masih belum habis berjuang lagi....
masih ada 3 paper lagi yang perlu dileraikan...
pada malam jumaat lepas aku telah mengikut roomate-roomate yang tersayang pergi ke astaka....
kenapa??
untuk taklimat perpindahan FKEE dan FKM ke Pekan....
aku kira terlibat juga sebab aku je warga c7309 yang bukan FKM dan FKEE....
jawapan persoalan mereka ialah....
memang budak-budak FKM dan FKEE akan pindah...
tapi mereka wajib menetap di UMP Gambang ni....
banyaklah persoalan,permasalahan dan pelbagai lagi per yang berlaku....
tapi orang yang paling terkena tempiasnya ialah orang yang berPSM...
sabar jelah ye pada akak-akak dan abang-abang PSM sekalian...
ooo...
tak lupa yang PTA pun kena tempias gak...
bukan apa bila dah nama buat PSM dan PTA tentu banyak masa akan diluangkan di lab masing-masing...
jadi akan sukar dan menyukarkanlah kalau mereka terpaksa naik bas pergi balik Gambang-Pekan....
dan mereka tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri...
aku sendiri tak tahu keberkesanan cara ni....
nak banding dengan UniMaP??
kampus dan kolej kediaman mereka taklah jauh sangat..
plus kampus terletak di bandar dan masalah-masalah kesukaran perjalanan tak akan berlaku...
dahlah kampus Pekan masih lagi dalam proses pembinaan...
tentu banyak masalah yang berlaku di sana....
apa-apa pun kepada pelajar FKEE dan FKM bersabarlah...
aku akan berseorang di bilik nanti...
huhuhuhuhu....
oklah aku mahu sambung studi...
Ja Na...

~kita perlu melepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu~
ana_anasha


Wednesday, April 22, 2009

aku,air dan final

assalamualaikum adan selamat sejahtera...
semalam aku telah menghadapi peperiksaan akhir yang pertama...
lega rasanya bila satu kertas dah tamat....
semalam air ada tak ada...
macam chipsmore kejap ada kejap tak ada...
siap masuk Utusan bahagian terkini sebab UMP tak ada air...
hahahahahahahahaha....
okalah ni fakta-fakta tentang aku ketika krisis air melanda UMP.....

1. aku turun naik dari ground floor ke aras tiga lebih 5 kali sehari ketika tak ada air....
2. aku mengelak makan nasi sebab taknak ke tandas...
3. aku berjumpa bermacam-macam jenis manusia,yang tak sabar,yang 'jual ikan' , berlagak bagus, pengotor,tapi nasib baik ada orang yang baik hati juga....Alhamdullilah
4. aku kerap mandi pada waktu malam dan hadiahnya, aku demam,batuk dan selsema..
5. waktu yang diperuntukkan untuk belajar telah habis sama sekali kerana nak mandi saja masa yang diperuntukkan ialah sejam...
6. cubaan untuk mengurangkan mandi,kiranya nak mandi sekali je sehari berjaya dipatahkan....sebab badan tak rasa selesa...
7. cubaan untuk mandi di luar juga berjaya dipatahkan kerana ketiadaan kenderaan....
8. mood belajar ku berkurangan sebanyak 30%... (nasib baik masih boleh jawab CRE1)
9. air yang menjadi teman setia sudah tentu 100+ dan excel...
10. tak tahu kenapa aku jadi orang yang rajin turun naik tangga...
11. membasuh menggunakan air tadahan hujan memang best tapi baru ku sedar ramai yang takut menggunakannya... (air mutlak lah air hujan tu buat apa takut)
12. emosi jadi kurang stabil sikit.sebab nak marah kat seseorang ni (kepada beliau kalau nak mengutuk cuba duduk ditempat orang dulu)...
13. jadi sangat cepat penat..
14. dah pandai mandi macam orang dulu2....
15. baju banyak yang dilonggokan.niat nak basuh baju asik tertangguh namun tatkala ada air ni berjaya juga basuh...
16. terpaksa melambatkan solat maghrib sebab taknak batal wudhu' dan terus solat isya' after that....
17. kalau tak ada paper exam aku akan mandi dekat dengan tengah hari dan aku mandi malam..

itu saja kot.bila baca Utusan aku rasa kagum sebab NC mengeluarkan juga statement pasal tak ada air ni...
dan tolong jangan jadikan ia acara setiap semester...
sebab ianya bukan menyusahkan pelajar sahaja...
menyusahkan staff juga sebab pelajar akan guna staff punya bilik air mereka....
dan hari ini air dah macam pulih...
aku harapkan line internet juga akan pulih...
Ja Na...

~hidup tak seindah yang diharapkan namun ianya seperti rama-rama sebelum ianya berubah menjadi rama-rama yang cantik ia hanya ulat beluncas dan kepompong yang menggelikan~
ana_anasha

Monday, April 20, 2009

hari dinanti telah tiba

assalamualaikum dan salam sejahtera...
nak cerita tentang apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat...
apakah yang berlaku??
kurang dari 24jam aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk subjek kejuruteraan tindak balas kimia atau dalam bahasa jawanya Chemical Reaction Engineering...
bila aku keluar bilik dan terjumpa insan-insan yang kukenali mereka semua menyangka aku dah habis belajar...
mana lah belajar itu pernah habis...
betul tak??
oklah apa-apa pun selamat berjaya semua...
all the best....
good luck...
chaiyok...
gambate....
dengan kesempatan ini daku ingin memohon kemaafan daripada semua kawan-kawanku jikalau daku membuat salah...
kerana diri ini tidak sempurna dan sering membuat 1001 kesalahan...
doakan kejayaan bersama...
untuk sahabat ku aku dah memaafkan kesalahan kamu...
kepada Dijah and Mizah my best friend kat sekolah dulu...
happy birhday..
Ja Na...
* kepada kawan-kawan especially budak-budak 2BKB marilah berdoa semoga kawan kita Azila Azura akan cepat sembuh....
zilot i will always pray for the best of you...*

~setiap perkara yang berlaku akan ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya,jadi usahalah mencari perkara tersembunyi itu~
peace

Saturday, April 18, 2009

Highlight for Final exam...

assalamulaikum dan salam sejahtera...
sebenarnya happy sangat hari ni sebab dapat mandi dengan puas-puasnye...
sebab apa??
sebab paip air di tandas ground floor mula mengeluarkan airnya...
tahniah...
dan pagi-pagi ni baca memo tulisan izzah dan suffi...
terima kasih kepada korang yang berusaha untuk menyelesaikan masalah ni...
oklah nak highlight final aku ni..
kebarangkalian untuk aku rajin update blog ni masa final adalah sangat tipis....

21hb April 2009
kejuruteraan tindak balas kimia 1

24hb April 2009
industri bioteknologi

27hb April 2009
kebarangkalian dan statistik

28hb April 2009
perpindahan haba

30hb April 2009
perpindahan jisim

1hb Mei 2009
perpindahan pulang ke rumah
(hihihihihi)

kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan esok good luck diucapkan...
dan kepada sahabat handaiku di Fakulti Kimia terutama my beloved 2BKB, gambatte neh...
oklah nak sambung studi....
Ja Na...

~apabila kita masih boleh berdiri di saat-saat genting ianya bukti kekuatan minda dan fizikal kita~
ana_anasha

day 3 without water source

assalamualaikum dan salam sejahtera...
nak cerita lagi pasal air...
tak payah lah...
sebab ada orang macam dah sound dah....
i will follow the flow saja...
tapi dalam keadaan tak ada air jumpa pelbagai jenis manusia...
orang yang ikhlas membantu kita dalam kesusahan....
orang yang berlagak bagus...
orang yang 'jual ikan'...
dan pelbagai lagilah dalam keadaan ketiadaan air ni....
orang yang ikhlas membantu contohnya angkat air yang berat tadi ada orang nak tolong tadi....
terima kasih banyak-banyak pada beliau...
aku ni nampak macam bertenaga tapi aku cepat tak larat...
sempat membasuh tatkala malam-malam ni....
orang yang berlagak bagus nak suruh orang bagi laluan dekat dia masa dekat tangki air dia boleh cakap 'tepi sikit'...
tak ada budi bahasa ka???
dahlah orang semua tengah pressure tak ada air dia pula buat perangai macam bagus dia...
bagus ker??
kalau dapat 4 flat mungkin bagus...
kalau tak,tak bagus mana pun....
muka lawa macam mana pun tak ada budi bahasa tak guna...
at least cakap lah tumpang lalu....
tak pun tunduk aja...
orang tahu sendiri nak bagi dia laluan...
tak usah berkasar masa tengah darurat ni...
orang yang 'jual ikan' ataupun dalam bahasa jawa nya selfish....
dah lah orang ramai ternanti-nanti nak tunggu turn nak isi air kat tangki....
dia boleh mandi berlama-lamaan kat situ...
kalau tak ada orang nak tunggu turn ikut suka koranglah...
nak berenang kat tangki air tu pun tak ada masalah....
ni nasihat kepada sesiapa yang terasa tu....
aku pula hari ini sangat tak sihat..
akibat bendalir yang keluar dari badan aku tanpa jemu....
di liang roma, di sistem kumbahan dan terbaru di hidung...
aku tak faham macam mana aku boleh dapat selsema sedangkan sekarang panas...
any respond??


flu is coming to visit me again...aduis

semester ni paling banyak aku demam dan ditimpa kemalangan....
huhuhuhu...
sudahlah mungkin ada hikmah disebaliknya...
kepada kawan-kawan yang luar UMP terutamanya sorry lah dua post yang aku tulis semuanya meluahkan perasaan marah.....
tak boleh nak simpan,kalau tak akan meletup seperti gunung berapi....
oklah aku nak seru mood studi aku semoga ak
u cemerlang semester ini walaupun ditimpa banyak musibah....
go go chaiyok gambatte neh ana...
Ja Na


penyanyi lagu crush yang comel menyejukkan hati yang duka lara....



comel aja bila orang bukan melayu pakai baju melayu lagi segakkalau orang melayu pakai baju melayu selalu bukan masa raya je....

~jujur pada perasaan,jujur pada hati tatkala otak membuat rumusan yang mengelirukan~
ana_anasha

Friday, April 17, 2009

air ooo air



assalamualaikum dan salam sejahtera...
perasaan sekarang ni ialah BENGANG...
mengapa sih mesti tak ada air selama 2 hari...
apakah orang JBA malas bekerja ataupun orang JPPH juga malas bekerja...
kenapa aku masukkan sekali orang JPPH...
sebabnya aku tak suka buka memo baca announcement board diletakkan pelbagai alasan tapi masalah yang paling disukai ialah pam air di loji felda lepar hilir rosak...
adui ai takkan pam tu tak berganti lepas rosak sekali...
macam mana sekejap-sekejap rosak...
engineer dan technician diorang pilih produk yang salah ker??
ker salah pasang atau sebagainya...
kenapa tak buat perincian yang betul masa beli pam tu...
aduis....
kenapa aku letakkan JPPH sebagai insan yang bersalah juga...
sebabnya JPPH tidak ambil insiatif nak push JBA Pahang..
aku rasa masalah ni tak akan berulang jika diorang push dan minta jaminan dari JBA Pahang benda ni tak akan berulang...
kami ni student...
kami tak perlukan 1001 alasan kenapa ye tak ada air...
kami perlukan pihak atasan cari jalan penyelesaian masalah ni.....
antara jalan yang aku dapat pikirkan ialah :-
1. bina lah tangki air untuk kolej kediaman yang lebih besar...
atau at least setiap blok ada tangki sendiri...
bukan 2 blok kongsi satu tangki
2. beli generator untuk pam air dari tanah....
nie kat rumah aku ada gak buat benda ni...
efektif lah juga...
3. bila dah diberitahu tak ada air terus suruh lori air datang...
bukan lewat macam ni...
dah hari kedua baru lori air datang...
air berkarat lak tu..
huhuhuhuhu....
4. kutip derma dari student n staff belikan pam baru yang canggih untuk loji air felda lepar hilir tu...


air...aku dehydrate tanpanya


memo hari rabu...



memo terbaru...

oklah nak marah pun dah malas...
nak studi pulak...
Ja Na...

~air itu penting untuk hidup,tanpa air akan hilang rasa selesa untuk belajar dan melakukan kerja-kerja seharian~
ana_anasha

Thursday, April 16, 2009

ditag oleh pn norlia


assalamualaikum dan salam sejahtera...
aku ditag oleh Pn Norlia JP aku masa aku ambil Chemical Lab 2 semester lepas...
dapat award lagi...
tak sangka aku ni cute gak eik...
hihihihihi (blush)

5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda

1. masa aku darjah 1 atau darjah 2 aku tak sure lah....
tapi masa tu pertama kali aku nak ke tandas sepanjang aku bersekolah di SKKt...
aku masuk je tandas yang berdekatan tanpa peduli apa-apa...
bila aku keluar ada cikgu lelaki kat dalam tandas tu...
lepas tu aku tengok tanda, tandas lelaki...
aduis bengongnya rasa masa tu...
nasib baik masih kanak-kanak lagi

2. masa aku form 1 aku suka bangat sama ada mamat nie...
peristiwa paling poyo sekali ialah aku leh pula main hantar surat...
kalau jumpa beliau memang tak boleh bla...
siap main dengan kawan aku "kalau kau jumpa dia 3 kali hari ni dia suka kat kau"...
dan memang jumpa dia 3 kali masa tue...
memang kelakar lah...
satu kelas budak perempuan tau aku syiok habis dengan mamat tu...
masa dia lalu kat kelas boleh diorang jerit...
so sampai budak lelaki pun tahu....
lagi aku mesti lari-lari nak jumpa dia...
dan bila dah jumpa malu-malu terutama bila bertentangan mata...
that's my first love story...

3. peristiwa ni berlaku masa form5...
aku masa tue terkejar-kejar nak balik dari kelas....
maklumlah ayahanda tercinta sedang menanti..
kelas lewat pula walaupun loceng dah berbunyi tapi cikguku tetap setia...
dalam pada nak lari nak balik sangat aku tersadung lalu terjatuh..
si BFF aku aka aniesh ada kat belakang aku...
sakan dia gelak..
siap masa tuisyen petang tu sakan cerita dengan kawan-kawan aku yang lain...
lepas tu boleh buat demo lak tu...
sengalnye perempuan...

4. peristiwa ni berlaku masa MINDS...
dekat kuatan sebab nak tunggu budak-budak 1st year nak naik bas...
aku nak tanya kat abang afiq (NYDP MPP masa tu) pasal bas lambat lagi tak sampai...
tiba-tiba tersadung kaki idah...
terjatuh kat situ juga...
tapi memang terpaksa 'cover' lah...
masa bangun senyum dan buat-buat macam tak pernah jatuh...
malu tahap 5 lah we....

5. peristiwa poyo dan sengal seterusnya berlaku masa jom heboh kuantan tahun lepas...
kejadian poyo + kelakar gila ni berlaku tatkala kami satu rummate plan nak pergi om heboh..
parking kereta dekat ECM yang masa tu baru buka...
jalan-jalan kaki ke padang MBK...
masa jalan pusing jom heboh tiyyah ajak ke satu macam booth yang cantik....
kami pun pergi lah...
sekali dengar bunyi-bunyi menakutkan....
argh tidak rupa-rupanya rumah hantu...
idah yang ala-ala penakut memikirkan 2,3 kali nak masuk....
begitu juga tiyyah...
me n yana steady state je....
akhirnya kami masuk...
dah lah tukang tiket berusaha nak kenakan aku....
silap baik r....
masa tu aku pegang tiyyah...
disebabkan terlalu gelap....
then dekat jambatan aku terpaksa lepaskan tiyyah sebab aku takut jatuh dari jambatan...
then aku perasan tiyyah semakin jauh dari aku...
masa keluar sakan kitaorang bercerita...
tiyyah yang bertambah cuak tatkala aku melepaskan tangan dari bahu beliau...
macam mana 'hantu' menganggu tiyyah dan idah...
macam mana yana jadi ketua yang best...
sampai ada pak guard tegur sebab kitaorang sakan bercerita...
tue lah pengalaman poyo paling tak boleh dilupakan sampai bila-bila....

sebenarnya banyak peristiwa kelakar plus bodoh aku dengan ramai orang...
terutama kalau silap orang lah...
menerajang orang...
jadi ah-long...
dan macam-macam lagi...
tapi nanti jadi panjang lebar post aku...
so aku berhenti di sini...
Ja Na

* mereka yang bertuah untuk ditag
nadelot -nak sangat kena tag
isyah - jangan studi jek ecah meh buat tag ni
nurul - comel ker??
mazia - baru nak join buat blog
amalina - kawanku masa matriks

~pengalaman gembira dijadi kenangan,pengalaman pahit dijadikan pengajaran~
ana_anasha

Wednesday, April 15, 2009

hujan dan aku

assalamualaikum dan salam sejahtera...
post hari ini bertajuk hujan dan aku....
hari ini aku konon-kononnya rajin mengajak cik Mazi ke library sebab nak siapkan assignment probablity and statistic....
tapi masalah betul cari beribu-ribu buku dekat library tu tapi tak jumpa juga dengan buku yang dicari...
penat wei...
buat-buat two ways ANOVA yang tak berjaya tu...
menyampah sih...
sebabnya aku sangat penat...
berjam-jam melepak di library dan hasilnya zero...
aku buat one way handmade tapi kurang berjaya...
sebabnya aku salahkan penyakit yang melanda diri ini....
penyakit careless...
tak apalah....
tengah dah boring sambil boleh layan majalah asuh....
aish sungguh budak-budak aku ni...
aku tahu hujan kat luar sebab keadaan penghawa dingin sangat dingin daripada biasa...
mula-mula ingat dah reda sekali...
hujan yang lebat...
bagaimana nak balik....

suka bangat gambar yang dicuri dari google ni....

sms 'en busy' tapi tak balas...
aduis mesti tak ada kredit beliau ni...
lalu aku terus call tak angkat juga beliau ni...
terpaksa menanti hujan reda....
ingat nak redah sebab belum solat...
tapi tia kata ada surau kat dalam...
pergi surau...
solat...
dah busan duduk kat bilik 24jam tu lama-lama...
aku ambil keputusan pulang...
jom redah hujan...
seronok ker??
tak juga...
sebab cik mazi dah demam...
sian die...
malam turun makan kat kafe...
dah siap-siap tempah...
tapi sekarang dah boleh menarik nafas lega sebabnya ANOVA one ways dah siap...
yang 2 WAYS pun cuma tinggal nak buat handmade...
chaiyok ana...
walaupun ada benda yang menyakitkan hati aku...
tapi biarlah si dia dengan kehidupan beliau...
aku rela melepaskan segalanya...
huhuhuhu
JaNa


library yang lengang...memanglah dah pukul 630 dah masa tu...


shin fang yang sibuk studi di bilik 24 jam

*kepada 'en busy' kemaafanmu diterima.....thanks sebab amik peduli juga 3 miskol tu walaupun lewat sebab credit beliau tak ada*

~ laluilah kehidupan suka duka dengan senyuman yang indah~
ana_anasha

Tuesday, April 14, 2009

study week = busy week


assalamualaikum dan salam sejahtera...
kepada korang mesti ramai yang sedang mentelaah sambil baca blog ni...
tak terkecuali dengan empunya blog ni...
tapi hari ni baru dapat study untuk final...
mana taknya minggu studi week nie jugalah test berlambak...
dengan mula-mulanya ingat lawatan ke Innobio esok jadi...
tapi akhirnya tak jadi atas sebab-sebab syarikat tersebut....
tak apalah....
amir tulis kat memo mungkin kami akan ke innobio next sem awal sem....
dalam bulan 7 macam tu lah...
setiausaha ini tetap akan setia menyempurnakan tugasannya...
hihihihihi...
so masa untuk studi berjaya diextendkan....
huhuhu...
sekarang aku berusaha memahami CRE sebab ada bab-bab tertentu aku masih bengung...
bila dapat assgnment dan kuiz aku tahu apa masalah aku dengan CRE...
aku terlalu CARELESS...
ana,apa kau buat masa CRE...
orang tulis 1 ko tulis 7...
negative sign lupa letak, tak convert,sepatutnya 1/2 yang ko buat 2 tu apa hal.....
kepada kawan-kawan adakah anda tahu bagaimana nak hilangkan penyakit ini....
serius betul dia merebak pada aku....
huhuhuhuhu...
tak apalah yang penting ak kena berusaha lebih...
lepas ni tak boleh buat kesalahan bengung tu...
hari ni last kuliah untuk semester ni...
dan aku kena buat presentation...
kekurangan presentation tahun nie membuatkan darah gemuruh aku berkembang....
huuhuhuhu...
oklah aku mahu sambung belajar...
chaus...
Ja Na..


test2 industial biotech...


last kuliah..industrial biotech....


presentation by my boy-friends (2BKB guys)


my hostel block.... c7

~tak ada sesiapa yang dapat bantu diri kita melainkan diri kita sendiri~
ana_anasha

Sunday, April 12, 2009

penunjuk perasaan,demonstrasi????

assalamulaikum dan salam sejahtera....
semalam masa menunggu abangku tiba di kafe untuk makan sempat juga aku menonton berita yang kian lama tak ditonton....
biasanya aku baca surat khabar online je pagi-pagi.....
aku agak terkejut dengan situasi di thailand ni.....
habis kereta PM diaorang Abhisit Vejjajiva dihancurkan....
aku agak tak faham sebab sebelum ni mereka tak berpuas hati dengan PM yang lama diaorang buat demostrasi dekat lapangan terbang lepas tu sekarang dah berganti buat lagi demonstrasi....
aduis....
impak kepada 'kebijaksanaan' mereka maka ekonomi negera mereka runtuh...
siapa yang patut disalahkan??
kerajaan yang mereka tak suka??
tak juga sebab salah diaorang lah...
salah sendiri boleh pula kata salah kerajaan...
kalaupun tak suka kerajaan yang sedia ada guna cara yang betul..
paling penting bukan rusuhan...
dan dapatkan pandangan semua rakyat dan bukan hanya pandangan parti-parti politik....
sebab impak pada perangai mereka menyebabkan ekonomi negara jatuh...
lepas tu mereka berjaya memalukan negara sendiri pula....
sebab masa persidangan ASEAN mereka merusuh....
nampak sangat tak sayang negara....
jadi kesimpulannya untuk warga negara Malaysia yang disayangi...
janganlah nak merusuh tak tentu hala....
nanti bloggers negara lain pun akan mengutuk korang dengan 'kaw-kaw' punya....
kalau anda sayangkan negara buktikan tapi bukan dengan cara merusuh....
kalaupun anda tidak sukakan pemimpin sekarang namun ianya bukan satu sebab yang memberikan anda lampu hijau untuk merusuh....
tunggu 4 tahun lagi untuk PRU 13 nanti....
sebab untuk menukar pemimpin negara memerlukan suara semua rakyat bukan sebilangan sahaja...
aku??
aku bersikap neutral dan lepas 20 Ogos 2009 aku akan mendaftar sebagai pemilih....
supaya aku dapat pilih pemimpin yang aku betul-betul rasa layak....
aku mahukan Malaysia aman damai tanpa demonstrasi....
jangan pentingkan diri...
kalau anda merusuh ramai yang akan kehilangan kerja....
dan mereka mungkin abang,akak,ayah,mak,anak-anak anda....
hendakkah anda???
Ja Na...




rusuhan di airport sebelum Abhisit jadi PM


kesian pelancong kat atas tu


rusuhan oleh orang berbaju merah pula


kereta kebal tak sekebal mereka

di thailand???tak di Malaysia situasi yang hampir sama....sebabnya pasukan mereka kalah....so childist.....


im craving for peace.....


~mencalarkan nama negara di mata dunia adalah bukti anda bencikan negara~
ana_anasha

selamat menyambut hari kelahiran




assalamulaikum dan salam sejahtera...
post kali ini menceritakan tentang.....
birthday orang...
sebenarnya post nie saja dibuat lewat sebab aku takut dimarahi beliau kerana membocorkan tarikh hari lahirnya...
so...
ucapan selamat menyambut hari lahir ditujukan khas buat :-
mereka yang menyambut hari lahirnya pada 12hb April iaitu,
my KMM friend budak UMS sekarang ni iaitu Lin
dan tak lupa juga

insan tersayang iaitu..............

....
.........
..............
.....................
.............................
..........................................
..........................................................
............................................................................
...............................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................




My big bro aka admin bloggers UMP.....(sori ambil gambar curi tadi)

to kawan-kawan dia sorry tak dapat beritahu tarikh lahir beliau sebab beliau dah kasi warning jangan mengada-ada beritahu orang lain kerana beliau takut 'Peristiwa Minyak Hitam' berlaku semula....
sebentar tadi aku membelanja abang aku di kafe makan semperna hari lahir die...
mula-mula nak makan kat luar akan tetapi kenderaan menjadi masalah...
naik motor??
no,no,no...
sampai bila-bila pun ku tak akan naik motor dengan beliau...
peristiwa terbang itu masih melekat di benak ku....
siapa-siapa yang nampak aku dengan lelaki tadi,beliau adalah my big bro atau dalam bahasa melayunya abangku...
takut lak berlaku salah faham...
aku masih single and not available tau...
tak bersedia lagi nak berpunya...
okaylah tu saja post ni...
chaus....
Ja Na

next birthday line-up
mizah dan jijah 20 April
my beloved dad 26 April

~ingatlah ketika umur semakin meningkat semakin banyak tanggungjawab dan bebanan yang perlu kita tanggung~
ana_anasha

Friday, April 10, 2009

minggu-minggu penyeksaan....

assalamualaikum dan salam sejahtera...
minggu lepas adalah minggu yang paling memenatkan...
masa agak terbatas untuk aku berpoya-poya dengan lappy dan update blog...
rasanye minggu ni rankingku di bloggers UMP bakal turun dengan jayanya sebab tak update lebih 4 hari...
huhuhuhuhu...
sedih gila....
penatnya tak terkira...

isnin
tengah hari kelas CRE macam biasa..
belajar chapter 8....
chapter last....
aku pula lupa nak baca pasal catalyst...
senget...
tu gara-gara buat assignment mass tahap kritikal lah tu...
adui ai...
aku pula diberitahu bahawa mass tak ada petang tu...
aissy...
kena pergi bilik dr mimi la petang tu hantar assignment...
janji turun dengan mazia....
lepas hantar assignment aku pergi tengok kat board fakulti....
bahagian pendaftaran subjek....
aku tengok ada pula BI elektif sedangkan kitaorang tak ada BI elektif....
pergi fakulti tanya...
orang pejabat pula kata pergi kat pusat bahasa....
penat nye nasib baik beberapa langkah saja sampai ke pusat bahasa...
staff yang jaga tu pun macam tertekan sikit...
aduis....
tapi masa tu dia kata setel dah semua...
oklah kalau dah setel....
balik jumpa shahrul afzam....
dia tengah nak ambil gambar korperat...
dia ajak join sekali pula...
tak ada maknanya....
muka mencapap nanti...
balik bilik tengok IMS sekali cuma ada public speaking je...
mazia tertekan gila...
malam terus tak ada dah elektif english...
malam ada talk pasal heat exchanger kat mini teater...
miss sureena yang arrangekan...


kat mini teater
selasa
kelas hubungan etnik ada final test..
susah wei objektif ni...
tikam aja...
lepas kelas hubungan etnik kelas CRE...
lepas habis kelas CRE shahrul buat pengumuman...
kata beliau nak buat lawatan ke innobio...
untuk subjek industrial biotech...
pilik AJK masa tu...
dan aku dipilih sebagai...
setiausaha...
berusahalah aku menjadi setiausaha yang baik...

rabu
belajar mass transfer...
kelas last heat..
ramai datang lewat sebab ingatkan kelas dah tak ada...
kelas mass pukul 11 pula...
lepas kelas mass aku pulang...
tiba-tiba handphone berbunyi....
nama tak appear...
aku jawab lah dalam keadaan lemah lembut sikit...
rupa-rupanya shahrul...
dia suruh buat proposal pula...
bermulalah tugasan sebagai setiausaha yang berjaya....
masa nak save nombor tu handphone ku kata its already save..
aku pelik nombor siapa ni...
cidi nye nombor...
asal tak appear nama masa dia call...
tak pasal-pasal suara romantik keluar...
aduis....
test mass malam tu bagi aku oklah..
tapi last minute dr mimi beritahu yang rupanya aku salah ambil rumus...
cepat-cepat betulkan...
naik mereng juga kepala...
aduis...
balik terus siapkan proposal..

khamis
proposal siap...
ada kelas CRE pukul 10 karang...
belek-belek nota engineering graphic...
pergi ke kelas...
dapat CRE test 2 rasa kecewa gila...
sebabnya aku boleh mendapat markah yang lebih tapi dek kerana kecuaian aku terpaksa mengalami kemarkahan yang rendah...
walaupun lulus tapi kecewa denganaku sendiri...
salah aku cuma lupa covert inch kepada ft dengan tak letak sign -ve...
aduis kesalahan budak darjah 5..
aduis...
ni kertas graf UMP punya pasal...
i hate it...
hope next time UMP tolong tukar kertas graf tu kepada yang lebih mudah dibaca dan diplot....
bagi proposal pada shahrul...
lepas kelas balik bilik....
niat nak beradu....
tinggalkan handphone celcom kat meja studi...
sebab tengah charge bateri....
tiba-tiba masa bergolek-golek atas katil handphone berbunyi...
terus turun...
tengok tak ada nama lagi...
aku target nie mesti shahrul...
tekaan tepat..
tak ada lah aku terbuat suara romantik lagi...
dia nak suruh jumpa dekat payung putih...
aduis...
bergeraklah aku ke payung putih selepas itu...
penatnya...
dia suruh betulkan repot dan terus hantar kat Pn Norashikin...
aku dah hantar dan dah golek semula atas katil tiba-tiba dia call suruh betulkan lagi..
aduis...
nasib baik tak payah pun tak apa...
malam siap-siap untuk test eng grafik...
sampai leong cakap mana ada zdk 28...
eik aku lupa...
aku tengok kat skype hafiz jek...
lama tunggu pn tak sampai-sampai...
tapi ada peristiwa kelakar yang mana hafiz tanya aku ada tak nombor pn...
aku kata ada...
aku ambil handphone mazia dan bagi nombor tu kat dia...
sekali dia terus letak handphone kat telinga dia...
tergelak besar aku,mazia,cidi dengan duan...
aku cakap dengan dia aku tak call puan pun...
hahhahahahha....
sebenarnya test kami mula pukul 830...
senget tak...
ingat test mula pukul 8...
tapi dalam test kami sempat berbincang walaupun ni final test....
jahatnya kami...
pulang aku terus study probs...


sebelum gurlz 2BKB


penantian itu satu penyeksaan ker?? (soalan untuk duan dan afiq)


opps kantoi.....


tengok jam pelikkumenunjukn pukul 820 tapi kelibat puan masih tiada.
jumaat
aku bangun dan bersiap sedia ke test 2 probs n stat....
masa pergi belek-belek sikit...
masa dapat kertas aku frust betul...
sebab aku tak faham rumus...
aduis...
masak...
frust pergi ke kelas IB lak...
puan norashikin kata beliau tak pasti lagi dapat pergi ke tak innobio...
tunggu our beloved dean untuk approve...
presentation...
tapi group kami tak present lagi...
bagus lah tu ain pun tak ada...
balik ke bilik studi mandarin...
siapkan 'toyol' untuk mandarin....
huhuhu...
tunggu mazia dia tak turun-turun...
call tak dapat...
sms wawa roomate dia suruh beritahu dia aku chaus dulu...
lepas tu dapat tempat yang tak berapa best..
second depan laoshi....
lepas tu laoshi skema suruh letak semua barang-barang dekat bawah...
aduis macam mana nak guna 'toyol'...
jadi kesimpulannya tak jadi juga guna 'toyol'...
tambahan pula laoshi suka duduk depan aku masa aku tengah tulis character...
dia kata aku buat tulisan character ikut sequence...
yeke...
thanks....
rommate lah yang ajar...
balik aku gembira gila sebab sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan...
bestnye rasa di hati...
zatty pula balas sms nak print malam tu...
so pergi kat bilik mpp pukul 830...
tapi macam senget sikit...
MPP pun tak ada...
komputer macam tak leh guna...
so kami pergi ke bilik zatty print..
banyak gila..
zatty tinggalkan daku berseorangan dalam bilik dia...
siapkan...
penat...
dalam 1030 siap...
balik lepak sat...
pastu terus tidur...
huhuhuhuhu..
tamat minggu sengal...
p/s : setelah seminggu peristiwa berdarah berlaku,tanganku masih di tahap kritikal...


toyol yang tak dapat berkhidmat


esok saya akan ke KL beli buku...

Ja Na...

sebagai slot selingan yang mana lagi comel??


opet my new pet....


kucing di tepi tong sampah koop 1


kucing di tepi tong sampah koop 2

~pencuri masa adalah orang yang lebih teruk daripada pencuri duit.jadi hargailah masa anda dan jadilah orang yang menepati masa~
ana_anasha